Thursday, October 21, 2021

Tak tenang yer

 

Betul sangat kan quote atas ni.

Kalau di fikir-fikirkan memang di akui nya benar kata-kata tu.

Tak perlu nak pandang lebih orang pendengki ni punya harta

Tengok je lah air muka orang pendengki tu, dah Nampak malapppp je muka

nampak jelas air muka tak Bahagia dan tak berseri.

 

Saya doa-doa banyak biarlah hati saya sentiasa di lapangkan

dan tenang, tak perlu pun nak di jaki kan kesenangan orang lain.

Bahagian masing-masing, yang penting kita hidup cara masing-masing.

Bahagia tak susah untuk di cari, yang susah.. hati kita bila menjadi seorang pendengki



 

Wednesday, October 13, 2021

Banyak yang tertinggal

assalammualaikum...

 

Setelah sekian lamanya bersua saya Kembali di blog tersayang saya ini..

Merasa la blog saya hilang dari radar sekejap, disebabkan tak ingat tarikh domain expired.

Walaupun dah tak berapa nak update blog ni, sayang juga rasanya kalau tak renew.

Bila buka email personal, berderet email-email tak di baca. Wahh betapa di tinggalkan segala private mivet saya dah sejak-sejak zaman pandemic ni.

 

Salah satu email yang tertarik hati saya, email-email dari Nuffnang.

Sekarang Nuffnang dah berwajah baru ya..

Nampak macam tenaga-tenaga nya pun orang-orang muda dan baharu.

Dulu-dulu merasa gak la dapat duit ratus-ratus cash dari Nuffnang hasil blogging ni.

Ehh dapat bayaran ratusan untuk blog caca merba saya ni dah rasa bersyukur yang amat tau!

 

Oh ya.. bermula 11 Oktober 2021, semua rakyat semenanjung dah di beri kebenaran rentas negeri. Yess, masanya untuk balik kampung.. jalan-jalan.. macam-macam lagi la..

Untuk saya, tak tau la macam mana lagi. Ada juga rasa nak balik kampung tu. Tapi macam saya dan en. Abah ni.. walaupun work from home sepanjang lockdown, busy nya tu sama je macam work from office. Tengok lah macam mane weekend ni. Kalau traffic dan tenaga ni kuat dan terdaya maybe insyallah balik sekejap kot Sabtu Ahad. Confirm-confirm trafic jammed kemain jalan ulu bendul-senaling tu!

Okayla.. setakat ini dulu lah intro pengenalan bersempena baru lepas renew domain blog saya ni.

 

Bye, assalammualaikum!