Sekarang ni kan tengah hot dengan CoronaVirus
(2019-nCoV)
kan.. virus ni di kesan mula-mula di Wuhan, China pada awalnya. Tapi sebab
rakyat-rakyat yang berada di kelompok orang yang berpenyakit tersebut di Wuhan
sakan pergi bercuti travel ke sana sini di luar negara, tak semena-mena virus
ni dah tersebar di banyak negara. Adoiiyaiii..
Hari tu balik kampung suami.. mak mertua saya
galak kali pesan saya suruh saya pakai mask masa kerja untuk elak penyakit
bahaya-bahaya macam ni. Katanya tempat kerja saya ni rajin orang luar negara keluar masuk opis memang betul pon!.. mula-mula tu macam funny gak la bila tetibe je kan mak mertua saya
ni pesan macam tu.. tapi bila fikir-fikir balik, eh betul juga pesan mak mertua
saya tu.. sepanjang penyakit bahaya ni menular di seluruh negara, dah berapa
orang jepun datang ke office. 😰😰😰
*sayang juga mak mertua ai dengan menantu dia
ni rupanya yerkk.. 😂😂😂
Prevent is better than cure gittew!
Jom kita baca doa ni setiap kali sebelum keluar rumah ya!..
Cepat-cepat cari mask untuk preparation
nak pakai. Surgical Mask yang saya ada cuma yang jenis ear-loop
sahaja. Yg getah nya kena sangkut kat dua belah telinga tu. Bukan yang jenis
ikat kat belakang macam doctor kat hospital tu. Untuk kami orang bertudung ni
memang susah la nak pakai mask jenis-jenis ear loop ni.
Lalu saya ni pun bukak le google, surfing
terus mencari info dan cara pakai mask ear loop yang senang diguna untuk
orang yang bertudung. Maka terjumpalah satu blog ni VanillaKismis nama blog tu.
Blog ni share kan tips pakai ear-loop mask dari facebook Elita
Shafee.
Bagus la girl ni, bagi idea yang menarik dan tertarik serta simple yang amat
untuk guna mask ni.
Bahan yang
diperlukan:
Paper clip size
yang besar
Ear loop mask
So, saya pun Berjaya buat mask saya guna
paper clip ikut exactly gambar bawah ni...,
saya dan mask saya! Gambar pandangan sisi
ini gambar saya Bersama mask ear-loop Pandangan
depan
semoga kita di pelihara dari wanak-wabak
penyakit yang jahat ni. Saya share kan satu doa dari Ustaz Jafri Abu Bakar, Doa
mohon di hindar dari wabak. Tak jumpa ayat jawi nya.. tapi boleh la kan saya
tepek doa yang dirumikan ejaan nya.. heeee 😁😁…
A'uuzu bi kalimaatillaahit taammaati
min syarri maa kholaq.
Maksudnya: ''Aku berlindung dengan
kalimat-kalimat Allah yang sempurna dari kejahatan makhluk-Nya''.
Jom kita baca doa ni setiap kali sebelum keluar rumah ya!..