Bulan Oktober
ni dah start musim hujan di petang hari. Kerap juga waktu balik kerja hujan
turun dengan lebatnya. Alhamdulillah perjalanan saya ke tadika transit anak-anak
dan ke rumah sampai dengan selamat walaupun mengharungi hujan yang lebat
sepanjang pemanduan. Cuma berbeza lewat sikit dari hari-hari biasa sampai kat
tadika.
Pagi-pagi rasa sejuk, Nak bagi panaskan
badan sikit buat air minum panas-panas, nanti sekejapan je air tu jadi sejuk
dek aircond office ni suhu winter. 2-3 minggu sudah bancuh air Nescafe. Memang lah
sedap je rasa.. tapi bermasalah pula susah nak tidur malam-malam saya ni. Minggu
ni kita tukar pula buat air teh oh panas. Ambik 1 uncang teh BoH rendam
dalam air panas tanpa di campur gula.. wahhh nyaman nya rasa minum air panas
dalam keadaan yang sejuk dingin!
Dulu-dulu memang inilah minuman panas saya
di office. Teh O kosong tanpa gula. Tetiba dah tak ingat pula nak amalkan minum
air teh kosong macam ni. Gara-gara terbuai dek kesedapan kopi haritu..
hahahaha.. so saya nak tepek lah antara kebaikan-kebaikan yang ada bila kita
minum air teh kosong tanpa gula.
Kebaikan Minum Teh Tanpa Gula seperti
berikut:-
Ø
Menjaga
kesihatan gigi dan dapat mencegah kerosakan gigi
Ø
Meningkatkan
metabolisme tubuh badan
Ø
Mengurangkan
Stress
Ø
Menurunkan
berat badan dan menjaga kecantikan
Ø
Daun
Teh berupaya mengekang pertumbuhan sel kanser
Ø
Dapat
mengawal paras gula dalam darah
Ø
Menjaga
kesihatan tulang
Ø
Menyejukkan
tubuh dan menurunkan suhu badan
Ø
Dapat
menghalang sel penuaan. Kesan antipenuaan yang terdapat dalam daun teh adalah
18 kali ganda komposisinya daripada Vitamin E
Ø
Memperlahankan
dan menyekat pembentukan lemak pada selaput dalam pembuluh darah, pembentukan
lemak pada selaput dalam pembuluh darah
Ø
Mencegah
pengerasan pembuluh nadi, tekanan darah tinggi dan penyumbat pembuluh darah
pada otak.
Dapat la sedikit info kebaikan minum teh
tanpa gula ni kan. Moh le kita sama² amalkan!. Tapi harus di ingat iya, teh ni pun
ada kandungan kaffein juga, cumanya kaffein yang ada dalam teh rendah dari Kopi. So Berpada-pada
lah kita minum air Teh. Nak banyak-banyak minum air .. kita minum sahaja air mineral
yaa. Air mineral kalau di minum banyak-banyak kali pun takde hal lah... O kalori kann. cumanya.., bila dah banyak minum air mineral ni.. bersiap siaga lah untuk kerap ke toilet buang air ! hihihihi... k itu je nak cerita. Babaiiiiiii!!
1 comment:
Dalam tak sedar, teh pun ada kaffein ye. Good info thanks
Post a Comment