Wednesday, October 16, 2019

Hati kau Busuk



Salam ceria di bulan Oktober. Recently saya dengar berita pasal artis Korea bunuh diri. Desas desus katanya di sebabkan beliau mengalami depress yang teruk plus beliau juga menjadi mangsa cyberbully. Sama je kan netizen ni, tak kira la kat negara mana pun, suka je kecam teruk². Mula-mula dengar kat radio masa tu, terfikir siapakah gerangannya  Sully ni.. rupa-rupanya beliau ni lead actress cerita To The Beautiful You. Sully berlakon watak perempuan menyamar jadi budak lelaki. Saya follow gak cerita tu, hero drama tu Min Ho, group Shinee. Comel dan cantik je Sully ni, muda lagi..mati pada umur 25 tahun. Rupanya dia ni seawal umur 11 tahun dia dah start berlakon. Korea ni, bukan nak kata ape la kan.. budak kecik ke, muda ke tua ke..even nenek ke atok ke dah terketar² pun cukup terror berlakon. Takde langsung berlakon kayu. Tu yang menjadik je cerita korea ni.



Banyak artis² KPop muda bunuh diri, ade dulu JongHyun group member Shinee pun suicide juga sebab depression. Condolences pada keluarga mereka-mereka.


Ramai juga artis-artis depress sekarang ni, dan ramai juga depress sebab cyberbully. Netizen ni pun jahat sangat bagi komen dah kenapa.? Cuba lah bawa-bawa elok sikit kata-kata tu. Kalau orang or artis tu teruk macam mane pun possingnya, postingnya, biar dia lantak je la diaorang tu. Tak payah la nak keyboard warrior sangat hai..kalau gambar tak okey tu tahan je la jari dari komen yang bukan-bukan. Tak payah la nak sesedap rasa kutuk maki bagai orang tu. Biar kan aje lah dorang dengan SocMed dorang tu. Kalau tak suka, skip or swipe je tempat lain. Tak payah lah tengok ape yang korang tak suka.

Semuanya sebab dengki la kot, tu yang hati busuk dan sangat hitam. Apa je orang lain buat semua tak kena pada hati dia! Padehal netizen² luar tu bukan nya kenal rapat nya pun kan dengan artis yang mereka-mereka condemn tu. Sebaranggg je nak cakap yang tak elok. Bukan setakat netizen je busuk hati, kadang ade yang busuk hati dengan kawan, jiran, keluarga..kawan kerja, kadang-kadang tu bos pun boleh dengki dan busuk hati dengan staff sendiri tau.. punya besar nya penyakit bila hatinya dah busuk kan, semua bendanya lah ada salah pada mereka-mereka ini. Hidupnya macam tak puas bila orang lain lebih atau kurang dari mereka. Itu lah tandanya Iblis dah menang dah dapat merosakkan hati manusia.

…..*iklan kejap
Concentration mengarang ai terganggu pule tetibe ni akibat bau orang tak mandi penuh di udara sekarang ni ha.. adoii mister uncle.. nak sembang lama-lama, sembang la jauh dari workstation kami ni.. tak tahan la kami bau orang tak mandi pagi ni oii. terpaksa ai sembur cologne untuk elak terhidu bau orang tak mandi. BUSUKKK!! Tak tahan hidung ni nak bau.
Nasib baik colleagues office ni jenis mandi pagi rasanya.. semua jenis menjaga bau badan, takde la bau orang bukit!



Thursday, October 10, 2019

Apakah Kebaikan Yang Akan Kita Perolehi Jika Minum Teh Tanpa Gula



Bulan Oktober ni dah start musim hujan di petang hari. Kerap juga waktu balik kerja hujan turun dengan lebatnya. Alhamdulillah perjalanan saya ke tadika transit anak-anak dan ke rumah sampai dengan selamat walaupun mengharungi hujan yang lebat sepanjang pemanduan. Cuma berbeza lewat sikit dari hari-hari biasa sampai kat tadika.


Pagi-pagi rasa sejuk, Nak bagi panaskan badan sikit buat air minum panas-panas, nanti sekejapan je air tu jadi sejuk dek aircond office ni suhu winter. 2-3 minggu sudah bancuh air Nescafe. Memang lah sedap je rasa.. tapi bermasalah pula susah nak tidur malam-malam saya ni. Minggu ni kita tukar pula buat air teh oh panas. Ambik 1 uncang teh BoH rendam dalam air panas tanpa di campur gula.. wahhh nyaman nya rasa minum air panas dalam keadaan yang sejuk dingin!



Dulu-dulu memang inilah minuman panas saya di office. Teh O kosong tanpa gula. Tetiba dah tak ingat pula nak amalkan minum air teh kosong macam ni. Gara-gara terbuai dek kesedapan kopi haritu.. hahahaha.. so saya nak tepek lah antara kebaikan-kebaikan yang ada bila kita minum air teh kosong tanpa gula.

Kebaikan Minum Teh Tanpa Gula seperti berikut:-

Ø  Menjaga kesihatan gigi dan dapat mencegah kerosakan gigi

Ø  Meningkatkan metabolisme tubuh badan

Ø  Mengurangkan Stress

Ø  Menurunkan berat badan dan menjaga kecantikan

Ø  Daun Teh berupaya mengekang pertumbuhan sel kanser

Ø  Dapat mengawal paras gula dalam darah

Ø  Menjaga kesihatan tulang

Ø  Menyejukkan tubuh dan menurunkan suhu badan

Ø  Dapat menghalang sel penuaan. Kesan antipenuaan yang terdapat dalam daun teh adalah 18 kali ganda komposisinya daripada Vitamin E

Ø  Memperlahankan dan menyekat pembentukan lemak pada selaput dalam pembuluh darah, pembentukan lemak pada selaput dalam pembuluh darah

Ø  Mencegah pengerasan pembuluh nadi, tekanan darah tinggi dan penyumbat pembuluh darah pada otak.

Dapat la sedikit info kebaikan minum teh tanpa gula ni kan. Moh le kita sama² amalkan!. Tapi harus di ingat iya, teh ni pun ada kandungan kaffein juga, cumanya kaffein yang ada dalam teh rendah dari Kopi. So Berpada-pada lah kita minum air Teh. Nak banyak-banyak minum  air .. kita minum sahaja air mineral yaa. Air mineral kalau di minum banyak-banyak kali pun takde hal lah... O kalori kann. cumanya.., bila dah banyak minum air mineral ni.. bersiap siaga lah untuk kerap ke toilet buang air ! hihihihi... k itu je nak cerita. Babaiiiiiii!!