Thursday, September 26, 2019

Ada beza juga laa..Dulu dan sekarang



Assalammualaikum,
Rupanya sekarang kita dah berada di dalam bulan September di tahun 2019. 3 bulan lagi to go to tahun yang baru, Tahun 2020. Dulu-dulu masa saya kecik memang imagine yang pada tahun 2020 dah ada kereta terbang, trafik bukan setakat di darat je yang ada, di langit pun dah ada trafik dah, bersempena dengan wawasan 2020 dulu. 

Oh ya, Bulan ni bulan kelahiran saya.. yippi! Bertambah lagi usia saya. Happy birthday yang ke 39 tahun untuk untuk saya! Tiada apa yang saya harapkan kecuali kebahagiaan, kegembiraan, kesihatan yang baik dan kejayaan dunia akhirat untuk saya dan anak-anak saya dan keseluruhan keluarga. Tapi untuk en abah suami saya memang saya ada dah bagi wishlist hadiah saya kat beliau, tahun lepas lagi saya dah cakap dah.. mudah-mudahan dapat lah hendaknya hadiah harapan saya tu. Hahahaha..

Seiring dengan pertambahan umur ni, saya nak try recall juga apa yang saya dah pandai buat sekarang dari dulu yang tak pandai nak buat walaupun tahu bende tu kita kena buat. aPa dia la tu kan.. takde ape, cumanya benda paling simple je nak buat.

Dulu-dulu, saya bantai je pakai baju tshirt lengan pendek tapi bertudung. Hahaha.. macam tu je dapat dosa free bagi aurat lengan terdedah. Alhamdulillah sekarang saya dah pakai baju lengan panjang bila keluar rumah. Tidak ada lagi pakai baju lengan pendek bila keluar rumah.

Dulu-dulu, saya tak berapa kisah sangat pakai tudung tu tutup dada ke tidak.. asal pakai tudung cukup memadai dah bagi saya. Alhamdulillah sekarang saya cuba ke arah style yang cover dada .. tak kira shawl atau tudung bawal aka square scarf. Cuba sehabis boleh untuk cover dada. *tapi style tudung/shawl sekarang mostly semua nya di naikkan atas tak kisah pun nak cover dada. Asal tutup kepala namanya gittew!

Sekarang ni saya cuba sedaya upaya dagu saya tercover bila pakai tudung. Saya tak berapa buat pun dulu. Kiranya okey la sekarang slowly but surely saya try buat pemakaian tudung yang tutup dagu.

Dulu-dulu memang tak berapa rasa nak pergi Jemaah solat maghrib dan isyak di Masjid akibat fikirkan kekangan masa yang tak mengizinkan. Alhamdulillah sekarang saya, suami dan anak-anak akan cuba ke masjid untuk join Jemaah solat maghrib dan isyak. Saje nak bagi anak-anak saya rasa suka dan minat untuk ke masjid.
Masjid ada 2 juga yang berdekatan dgn rumah saya. Satu dekat Alam Sutera.. satu lagi kat bandar kinrara BK5. So kami pilih Masjid Al Ehsan BK5 je la..

Cerita pasal anak-anak saya pergi ke Masjid ni, mula-mula 1st day pergi masjid tu anak² semua macam mengeluh panjang macam tak best, complaint² solatnya lama la.. wiridnya lama la.., yadaa. ., yadaa.., sekalinya lepas habis isyak tu, ehh dua orang ni taknak balik pula mereka nya.




Seronok pula mereka berdua lepak kat Masjid, ibu kan dah cakap best pergi Masjid ni.. kita try sentiasa Jemaah kat masjid ya anak-anak ya..