Cerita ni cerita Throwback 7 Julai 2019
yang lepas kami hunting Beyblade
tournament, bagi anak-anak saya explore pengalaman baru.
Saja-saja nak bawa anak-anak join
tournament, bercampur berkawan happy-happy, bagi mereka bersosial dan adapt
suasana dan situasi yang baru, menang kalah dalam bertanding itu adalah rezeki..apa-apa
pun, saya dan suami ok je. Janji anak-anak saya rasa seronok join tournament
tu.
Mula-mula si abang tak nak join. Malu
katanya. Bagi chance adiknya sahaje yang join. Adiknya memang bersemangat
tinggi, berkobar-kobar betul lah beliau nak join tournament ni sampaikan malam
sebelum hari bertanding tu tak boleh nak tidur la anak saya tu. Hahahaha..
Datang masa tu pukul 2 lebih rasanya. Tournament
tu ade 3 sesi, Sesi pagi, Sesi Tengahari, Sesi Petang. Masa pendaftaran bermula
pukul 11.45 pagi. Ingat kan kami sempat register untuk sesi tengahari. Rupanya
tak sempat nak join juga. Dah Terlepas tournament pukul 2 petang punya. Nasib baik
kami dapat juga register sesi yang last, sesi petang pukul 4.
Tournament ni adalah anjuran Beyblade Malaysia. Jenis Beyblade yang layak untuk sertai tournament
ni Hanyalah
brand Takara Tommy. Beyblade
yang takde brand Takara Tommy totally DISQUALIFIED ya! Nak register untuk tournament
ni kena ada WBBA Passport. Untuk dapatkan WBBA Passport, kita kena beli lah satu barang Beyblade ni. Satu resit pembelian
barangan Beyblade jenama Takara Tommy, layak untuk dapatkan satu Passport WBBA.Sebagai first timer untuk tournament² anjuran Beyblade
Malaysia
ni koleksi Beyblade anak-anak saya
yang ada cumalah brand kual-kual aje yang ada , tak ada satu pun Brand Takara Tommy . hahahahaha.
memang kenalah kami ni belikan Beyblade baru hari tu untuk melayakkan anak-anak
saya joint tournament ni.. makan ratusan harga-harganya oii …huhuhuhu
tapi tak bestnya hari tu, kami tak dapat
lagi WBBA Passport. Habis sold out dah passportnya.
Ramai betul yang join, macam kami juga lah agaknya.
Masa bertanding ziyad, adiknya abg long pukul 4.petang. Ada lagi dalam berejam masa
sebelum lawan, ziyad bersungguh²
training kat stadium training. Mula-mula haziq
si abang malu-malu kucing, lelama ehhh naik syeikh dah dia! Terus kami
daftarkan haziq join tournament tu
jugak.
Anak-anak saya nervous sangat-sangat masa
lawan battle ni.. tunggang langgang shaking tangan. Haziq segan-segan alah, tapi nasib baik gak lah hampir nak menang
dalam 1st battle, rezeki je yang tak menyebelahi haziq hari tu. Ziyad habis berpeluh tangan nya.. memang
terlepas keluar stadium terus masa launch Beyblade.
Confirm kalah lah Ziyad. Hihihi kelakar comel.. tapi macam kesian pun ada juga
tengok dia frust dia buat mistake tu.
Takpe lah sayang-sayang ibu, walaupun
kalah 1st battle ni..kita try lagi battle next..next.. nanti ya. Jadi
masa kat rumah kita training rajin-rajin bagi improve skill masing-masing tau.
Tiap minggu ada tournament Beyblade
ni. Cuma lokasi sahaja yang akan berbeza. Nak tau kat mana dan bila, memang
saya kena sentiasa alert dengan update Facebook
Page Beyblade Malaysia. Bila dah tahu je
lokasi dan tarikhnya, saya akan update suami saya, kalau okay.. let’s our kids go
battle! Hihihihihi…punya semangat omak eh ni.
Memang lah omaknya suka dan bersemangat
bawa anak-anak tournament ni.. tournament tu buat dalam Mall kottt!? Sape tak
suka kannn.. ai ni dah memang² lah favourite pergi Mall nihh.. walaupun hanya
pergi tournament tak beli/shopping ape-ape ponn..nak harap saje-saje je nak
masuk Mall? Huii memang mimpi siang hari je lahhh saya ni..yang minat jenjalan
dalam Mall saya seorang. Yang tak minat masuk Mall ade 3 orang anak-anak
se geng abahnya tak minat jalan Mall. Ko Rasa sape yang
kalah? Aiolls la yuollsss oiiii!!
2 comments:
Beyblade takara tommy beratus-ratus ringgit? Mahalnye..
Kesian lak anak-anak nervous sebelum berentap.
haha..semangat maknya..kita boleh anak selalu berzikir nak join.. memandangkan dua lagi sekecik kat blakang ni..lahaiii..lupakan saja..
Post a Comment