Tahun ni, di bulan Jun 2019 anak saya yang sulong, Haziq dah 12 tahun umurnya, wahahahaha macam tak percaya pun ada. Betapa sekejapnya masa tu berlalu seiring dengan pertambahan usia kita manusia biasa setiap tahun. Bukan sahaja Haziq excited, saya dan suami pun lagi sangat excited nya. Tepat hari lahirnya hari tu, saya dan suami ambil cuti pergi JPN, Putarajaya. Bukan setakat kami bertiga sahaja yang ambil cutinya tau, Ziyad yang sekolah darjah 1 tu pun merengek nak cuti juga nak ikut. Alasan dia, bukan ada kali yang lain abang long nak ambil ic umur 12 tahun. Memang tak dapat la nak bagi alasan untuk menolak si kecik tu dari join kami.
Nasib
baik lah ziyad sekolah rendah agama waktu pagi, tidak la rasa bersalah ponteng
sekolah hari tu. Makanya awal-awal pagi kami bangun. Lebih awal dari bangun
pagi pergi sekolah. Punye semangatnya yang lain dari biasa. Pukul 7 semua dah
tunggu kat living area. Anak-anak mata kuyu tu merengek gak minta breakfast.
Awalnya kami ingat tak payah berhenti makan sarap takut terlewat sampai JPN
nanti, lewat pula nak sudah urusan. Tapi kesian juga dengan anak-anak
kelaparan. Tak sampai hati pula nak sekat anak-anak makan pagi. Kami berhenti
tapau Dunkin Doughnuts kat R&R Dengkil (*kot?!-tak
sure betul ke tak nama R&R tu, tapi hentian lebuhraya MEX R&R
selepas Seri Kembangan)
Sampai
kat JPN pukul 8.30 pagi juga. Alangkah seronok dan bahagianya kami, parking
kereta memang berdekatan je dengan bangunan JPN tu, dah lah mudah, PERCUMA lagi.
Antara kami berempat hari tu, Ziyad adalah orang yang tersangat-sangat teruja
sampai JPN. Sunguh-sungguh dia berasa kagum dan terpegun tengok bangunan²
Putrajaya tersergam indah dan cantik-cantik. Punya lah lamanya kami tak datang
ke Putrajaya ni, sampaikan anak kebaruan yang amat bila sampai
ke Putrajaya ni. Hahahahaha.
Mula-mula kami terus menuju ke tingkat 2, walaupun tahu sepatutnya
kena pergi terus ke tingkat 3 untuk update sijil beranak haziq. Sijil beranak
haziq still warna putih. Format sijil beranak yang latest is Hijau. Tapi kami
terus tuju ke tingkat 2 sebabkan tingkat 2 tu dah memang confirm-confirm untuk
urusan kad pengenalan. Pergi ke kaunter informasi, bagitau kami nak buat urusan
kad pengenalan umur 12 tahun. Pegawai kaunter pun suruh kami ke tingkat 3 untuk
urusan update sijil beranak.
Naik tingkat 3, pergi kaunter informasi dan pegawai beri borang
untuk kami isi. Butiran anak dan butiran ibu bapa atau penjaga. Lepas tu dalam
3-4 minit dah siap untuk collect sijil beranak yang baharu berwarna hijau dan
ada bar code. Wahhh canggih lah.
*Update
terkini.
Haaaa
Nasib baik suami tak lupa permintaan saya. Besar tau maknanya 2 keping gambar
ni. Kenangan yang tak akan di repeat lagi kan, permohonan IC kali pertama anak.
Yeyyy! Anak ibu dah ada IC..
dah remaja la my baby not baby anymore ni. I love you sayang ibu!
2 comments:
Wah dah buat IC ya :) Hehe. Singgah balas kunjungan dan follow sini.
dah besar anak bujang dia..kita tahun depan baru boleh buat ic..
Post a Comment