Monday, June 24, 2019

Kali Pertama untuk Anak Sulong yang Kami Sayangi Buat IC umur 12 Tahun (His 1st Evolve)


Tahun ni, di bulan Jun 2019 anak saya yang sulong, Haziq dah 12 tahun umurnya, wahahahaha macam tak percaya pun ada. Betapa sekejapnya masa tu berlalu seiring dengan pertambahan usia kita manusia biasa setiap tahun. Bukan sahaja Haziq excited, saya dan suami pun lagi sangat excited nya. Tepat hari lahirnya hari tu, saya dan suami ambil cuti pergi JPN, Putarajaya. Bukan setakat kami bertiga sahaja yang ambil cutinya tau, Ziyad yang sekolah darjah 1 tu pun merengek nak cuti juga nak ikut. Alasan dia, bukan ada kali yang lain abang long nak ambil ic umur 12 tahun. Memang tak dapat la nak bagi alasan untuk menolak si kecik tu dari join kami.





Nasib baik lah ziyad sekolah rendah agama waktu pagi, tidak la rasa bersalah ponteng sekolah hari tu. Makanya awal-awal pagi kami bangun. Lebih awal dari bangun pagi pergi sekolah. Punye semangatnya yang lain dari biasa. Pukul 7 semua dah tunggu kat living area. Anak-anak mata kuyu tu merengek gak minta breakfast. Awalnya kami ingat tak payah berhenti makan sarap takut terlewat sampai JPN nanti, lewat pula nak sudah urusan. Tapi kesian juga dengan anak-anak kelaparan. Tak sampai hati pula nak sekat anak-anak makan pagi. Kami berhenti tapau Dunkin Doughnuts kat R&R Dengkil (*kot?!-tak sure betul ke tak nama R&R tu, tapi hentian lebuhraya MEX R&R selepas Seri Kembangan)
Semua makan on the go je.. hihihi.. tapi rules saya, semua make sure jangan ada sedikit pun kekotoran dan adalah dilarang sama sekali pertumpahan makanan or minuman berlaku dalam kereta (kejam kan bunyi nya? ..ya saya ni selalu over dengan anak² saya. Macamne ya nak bagi lemah lembut gemalai.. Huhuhu)

Sampai kat JPN pukul 8.30 pagi juga. Alangkah seronok dan bahagianya kami, parking kereta memang berdekatan je dengan bangunan JPN tu, dah lah mudah, PERCUMA lagi. Antara kami berempat hari tu, Ziyad adalah orang yang tersangat-sangat teruja sampai JPN. Sunguh-sungguh dia berasa kagum dan terpegun tengok bangunan² Putrajaya tersergam indah dan cantik-cantik. Punya lah lamanya kami tak datang ke Putrajaya ni, sampaikan anak kebaruan yang amat bila sampai ke Putrajaya ni. Hahahahaha.

Mula-mula kami terus menuju ke tingkat 2, walaupun tahu sepatutnya kena pergi terus ke tingkat 3 untuk update sijil beranak haziq. Sijil beranak haziq still warna putih. Format sijil beranak yang latest is Hijau. Tapi kami terus tuju ke tingkat 2 sebabkan tingkat 2 tu dah memang confirm-confirm untuk urusan kad pengenalan. Pergi ke kaunter informasi, bagitau kami nak buat urusan kad pengenalan umur 12 tahun. Pegawai kaunter pun suruh kami ke tingkat 3 untuk urusan update sijil beranak.


Naik tingkat 3, pergi kaunter informasi dan pegawai beri borang untuk kami isi. Butiran anak dan butiran ibu bapa atau penjaga. Lepas tu dalam 3-4 minit dah siap untuk collect sijil beranak yang baharu berwarna hijau dan ada bar code. Wahhh canggih lah.







*Update terkini.

Suami dan Haziq ke JPN nak collect IC selepas beberapa hari buat IC haritu. Saya tak follow. Ziyad pun sekolah. Tapi siap dah pesan suami jangan lupa ambik gambar masa kat JPN nanti. 



Haaaa Nasib baik suami tak lupa permintaan saya. Besar tau maknanya 2 keping gambar ni. Kenangan yang tak akan di repeat lagi kan, permohonan IC kali pertama anak.





Yeyyy! Anak ibu dah ada IC.. dah remaja la my baby not baby anymore ni. I love you sayang ibu!