Sejak cuti sekolah bulan Mac
2019 tempohari, agak kebizian saya dengan kenduri kahwin. Mula-mula Sabtu cuti
sekolah minggu pertama kami ke Raub hantar rombongan pengantin kahwin (sepupu
belah abah saya) Sabtu penghabis cuti sekolah pula kami balik Dungun kampong suami,
anak (perempuan) abang ipar kenduri nikah kahwin. Lat seminggu nya join menghantar pengantin majlis bertandang belah lelaki nya di Port Dickson.
Alhamdulillah juga saya dapat
siapkan 3 pasang baju untuk sendiri pakai masa kenduri kahwin tu. Badan dah menyado ni, kena lah buat kurung baru untuk ke kenduri. Kenduri kendara kahwin ni, mesti lah penuh dengan gambar je. Saya pun tak terkecuali, rajin
juga la masa tu update Instagram, Walaupun takde sape yang nak bergambar dengan saya kat kenduri tu, rajin je saya bergambar-gambar sendiri. Walau ajak suami dan anak-anak bergambar macam nak tanak je possing, tak kisah la kan.. janji muka saya sengih dan mesra je berpossing. Esok-esok kot saya dah takde, mane tau gambar² ceria saya ni boleh jadi pengubat rindu keluarga. Tepek gambar kat Instagram, tak lupa besertakan dengan #(hashtag) gambar saya tu. Bila
dah up IG post tu, terus saya tengok gambar mana yang paling top dalam
hashtag tu.. bila dah gambar saya ter jadi sebagai Top, walahhh!! Happy kemain
le saya ni.. jam tu juga save screenshot terus, tepek kat entri blog untuk
kenangan diri sendiri.
Benda-benda macam ni boleh membahagiakan sangat-sangat tau.. nak-nak untuk orang yang #foreveralone macam saya ni.
Benda-benda macam ni boleh membahagiakan sangat-sangat tau.. nak-nak untuk orang yang #foreveralone macam saya ni.
#anaksedarakahwin
#majlisbertandangbelahlelaki
Hujung bulan April ni sepupu
belah mak saya pulak nak nikah kahwin bersanding bertandang. Huhuhu sepupu perempuan saya yang ke 6 akan
berkahwin. Sepupu perempuan belah mak saya amatlah limited berbanding dengan sepupu lelaki berderet-deret lelaki. Itu pasal saya ni ganeh sikit, sebab masa kecik-kecik dulu memang berkawan dengan sepupu bebudak jantan je semuanya. Siap merayau masuk hutan la apenye la..Saya satu-satunya kakak sepupu yang paling tua among the sepupu's perempuan dalam family sebelah mak saya. Setakat ni sepupu perempuan baru 5 orang aje yang dah berkahwin (termasuk saya).
tinggal 5 orang je lagi sepupu perempuan yang ada yang belum kahwin. Sebabnya mereka masih di bangku sekolah menengah lagi. Kalau dah start kerja, memang terus kena sambar ajela kami-kami ni, tak di lengah-lengah. hahahaha..
Dapat orang Terengganu juga sepupu saya yang nak kahwin hujung bulan ni.. haduiiilaaa.. penuh keluarga saya ni dapat kat orang
Terengganu. Punya le banyaknya negeri dalam Malaysia ni, again, Terengganu gak perginya. Macam le takde orang negeri lain kan.. saya ni pun dulu,
ingatkan suami ni orang pure Key Elll… ropenya Dungun Tengganu nun… huhuhuhu..itulah
kan! Yang kita memang tak nak taknak tu lah yang dapat kat kita.