Minggu weekdays ke tiga bulan Mac ni kan, saya tak larat
dan tak sempatnya nak masak-masak makan malam. Mungkin sebab minggu sebelumnya tu minggu saya dan
anak-anak tak sihat. Minggu tu pula tenaga banyak gak diguna walau dalam tak
sihat nya pun tu.
Jap saya list kan apa yang kita orang makan 2-3 hari ni,
Isnin – Tapau
makanan dari kedai Sup Meletop
Selasa - Beli
burger Malaysia
Rabu - Tapau
Pasar Malam
Minggu ni la yg tak cantik sangat rekod memasak saya ni. Selalu saya masak je waktu dinner ni, anak² pun montel
sesedap je badan. Minggu ni alahai susut badan anak-anak.. hehehehe..tak berselera makan sangat la tu.
Saya tepek la gambar-gambar kegemilangan makanan saya bagi menaikkan kembali semangat masak ku yang hilanggg.

kupang goreng pecah cili sikit.. (bantai je letak nama)

Patin masak tempoyak
Semoga aura rajin masak saya tu kembali ke pangkal Jalan.
Amin
😊😊😊😊
No comments:
Post a Comment