Resepi Oden Family Mart
Saya terjumpa satu resepi yang viral sangat-sangat sekarang ni.
Bila dah dapat resepi yang Nampak mudah je ni,
Memang terus je saya bersemangat nak mencuba.
Oden familymart ni memang buatkan orang addicted tau.
Malasnya nak beli sebab sentiasa panjang barisan orang beratur.
So lepas ni dah tak perlu la menggigih kan diri beratur untuk oden
ni.
Kena gigih sediakan duit je la nak beli bebola-bola steamboat yang
pricey tu,.
Bahan-bahan
1)1 paket pes asam pedas
(resepi guna cap adabi, so saya memang tiru sebijik)
gambar ni ambik dari sini untuk reference
2) 2 paket pes tomyam
(resepi guna cap adabi, so saya memang tiru sebijik)
gambar ni ambik dari sini untuk reference
3)Sedikit air perahan limau
4)Air secukupnya
5)Campuran bebola steamboat yang boleh di beli bahagian frozen dekat
pasaraya yang berhampiran.
Cara² membuatnya; (Cara Saya)
1) Tenggekkan satu periuk yang besar.
2) Masukkan air setengah periuk
3) Masukkan pes asam pedas dan tomyam
4) saya perahkan sebiji buah limau
purut petik kat pokok belakang
rumah je.. sebab nakkan supnya lagi kick
rasa tomyamnya.
5) Biarkan kuah menggelegak, baru
lah masukkan bebola²
steamboat.
6) masakkan
bebola hingga nampak dah masak/kembang, Sedia untuk di makan.
Nak lagi best, belilah lidi pencucuk yang sebijik macam kat
FamilyMart punya.
lidi tu katanya boleh beli kat Daiso. saya tak sempat la nak cari
lidi tu kat DAiso.
kalau dah lidi pun sama macam yang asal, Memang dah sangat sangat
serupa lah jadinya dah tu!
Dan ini Oden saya hari isnin
lepas.. mengah tersandar terus lepas makan. Saya dan en suami boleh je cukup
makan malam dengan oden ni tanpa makan nasi dah.
Tapi anak-anak saya tetap minta nasi malam tu. Nasib baik ibu ni
memang hobinya masak nasi.
Mari lah anak-anak ibu,.. makan nasi ni berlaukkan oden.
hihihihui..
nampak la muka anak-anak macam "ala lauk ni jerr...?!?"
tapi disebabkan sepeselnya ibu suapkan makan malam tu kan,
licin gakla sepinggan penuh nasi makan dua beradik.
ANJE angat angat anak anak ibu ni kan...
ANJE angat angat anak anak ibu ni kan...
2 comments:
yummmy!
bila buat sendiri makan sampai mengah pun
xyah risau brp harganya..
Post a Comment