Hari ni saya nak cerita
pasal buah Pear.
Nak mulakan cerita hal lain
tak de idea pula.
Boleh katakan kerap juga
saya makan buah pear. Terutamanya bila dekat office.
Saya jadikan makan buah
pear ni sebagai aktiviti makan snek saya di opis.
Biasanya saya beli yang warna
kuning.
Kebiasaannya kat Malaysia ni orang panggil buah lai kan..
padahal nama
buah tu buah Pear.
Samada buah Pear hijau atau pun Pear Kuning.
Pear hijau
Pear kuning
Bila google pasal buah lai, memang akan
keluar buah lain.
Buah lai adalah dari keluarga sejenis durian dan berasal dari
Kalimantan.
Lai
Bila google
menggoogle baru lah jumpa yang buah lai yang
kita panggil lai..lai.. selama ni nama sebenarnya adalah pear ya.
Dekat shopping² complex
pun dorang letak nama buah ni buah Pear kan.
Buah pear (Pyrus spp) sangat banyak di jual.
Kat mana
mana je kita boleh nampak buah pear ni di jual.
Kat pasar malam ada, kedai buah
ada, pasar ada, shopping complex ada.
Pendek kata buah ni buah yang senang
di cari la.
Padahal buah ni buah yang di
import dan kebanyakannya di import dari negara China.
Saya pun suka makan buah
pear.
Bila dah rajin sangat
makan buah ni.
Terdetik hati nak google pasal khasiat buah ni.
Terdetik hati nak google pasal khasiat buah ni.
Rupanya banyak juga
khasiatnya ya.. meh saya tepek sini untuk info bersama;
- Mempunyai serat dan kadar air yang tinggi.
- buah ini banyak mengandungi zat antioksidan yang berguna
untuk
meningkatkan
tahap imuniti atau kekebalan tubuh.
- menjaga kesihatan kardiovaskular
- antiradang
- menjaga kesihatan jantung
- menyembuhkan luka dan lebam
- membaiki tisu
- menjaga kesihatan penglihatan
- menentang jangkitan
- menyokong transmisi saraf
- melawaskan perut.
Haaa tengok.. punya la
banyak khasiat yang dapat dari buah pear ni.
Tak rugi saya selalu makan
buah ni.
Walaupun asal² nya saya
sengaja je ke supermarket redtick, setiawalk nak berjalan kaki dari bangunan office saya.
bukan bertujuan nak beli buah pun. Sebabkan harga pear ni murah je.. 14biji RM10.00.
itu yang terjadinya sesi membeli pear.
Macam saya ni kan mana la
banyak sngat masa nak berjogging balik kerja tu.
Masa lunch time
ni saya ambil le peluang berjalan kaki. berapa Kilometer tak check lagi.
Dapat la setengah jam pergi
balik (siap dengan shopping buah serba sikit) berjalan kaki.
Rasa la berpeluh sekejap badan..
Tapi sekarang ni selalu
hujan. Kadang-kadang je bila cuaca cerah dapat berjalan tengahari.
Kalau hujan, ontok je la
saya kat office tak ke mana biasanya.
Hujan-hujan sejuk-sejuk
sedap hirup teh panas.
Lagi best buat air
sekarang ni sebab nya pantry office saya dah guna brown sugar.
Lega sikit gak la rasa
bila bancuh air taruk gula.
Zaman ni kan semua pemakanan
kita kena lebih jaga.
Semua makanan kalau boleh
kita kena lebih pantau.
jemputtt ya!
Bila dah makan buar pear
ni, kerap la saya ke tandas.
Memang berkesan betul buah
ni sebagai bahan pelawas perut saya.
itu je cerita saya kali
ni.
Cerita pasal buah pear pun jadi lahhh. Heeeee....
2 comments:
tgh nanti nak pegi cari buat pear la kat Hero Market..sbb susah tul nak membuang
elok la makan buah pear tu..
kejap2 kang keluar la dia lepas makan buah ni
Post a Comment