Friday, October 19, 2018

Fibroid




“Fibroid, atau nama lainnya ‘Leiomyoma’ atau ‘Myoma’ adalah sejenis ketumbuhan biasa yang terbentuk daripada dinding atau otot rahim (uterus).
Fibroid boleh berlaku dalam bentuk ketumbuhan tunggal atau ketumbuhan berganda dan ia perkara biasa yang dialami oleh kebanyakan wanita dalam lingkungan umur subur (reproductive). Kira-kira 20 % wanita usia subur mempunyai fibroid dan jarang sekali dialami oleh wanita muda sebelum haid. Ketumbuhan ini biasanya mengecut selepas menopaus.

Terdapat beberapa jenis fibroid iaitu:
1)         Fibroid submukus
– Membesar daripada bahagian bawah salutan rahim kebahagian dalam Rahim

2)         Fibroid Intramural
– Membesar di antara otot rahim pada bahagian dinding.

3)         Fibroid Subserus
– Membesar di luar dinding Rahim

4)         Fibroid Pedunkal
– Membesar secara bertangkai daripada permukaan bahagian luar rahim atau
permukaan bahagian dalam rahim dan kadang kala menjalar keluar dari serviks
(pangkal rahim)



Gejala/ Tanda
Kebiasaannya,kebanyakan wanita tidak mempunyai simptom yang nyata.
Namun, bergantung kepada saiz dan lokasi fibroid di dalam rahim, 
serta jarak fibroid daripada servik; ia mungkin akan menyebabkan gejala seperti berikut:-

-          Rasa senak di bahagian bawah abdomen atau tekanan pada pelvis
-          Sakit atau pedih di bahagian bawah pinggang
-          Sengugut (dysmenorrhoea)
-          Masalah pendarahan yang abnormal
-          Pendarahan antara kitaran haid (intermenstrual bleed)
-          Tempoh haid yang panjang (prolonged menses)
-          Darah haid yang banyak (menorrhagia)
-          Masalah atau sakit ketika hubungan kelamin (sekiranya fibroid terlalu besar)
-          Kencing tidak lawas atau kerap kencing (tekanan kepada pundi kencing).
-          Sembelit (tekanan kepada rektum)



Rawatan
Kebanyakan fibroid tidak perlu dirawat melainkan terdapat tanda-tanda yang menyebabkan masalah kepada pesakit.
Jika fibroid anda kecil dan tidak menunjukkan sebarang gejala, ia hanya memerlukan pemantauan yang kerap. Ia boleh dilakukan secara imbasan scan.

Biasanya doktor akan membuat saranan berpandukan kepada
1)         sakit yang serius dan masalah pendarahan yang banyak ketika haid,
2)         fibroid tumbuh dengan cepat dan saiznya terlalu besar,
3)         faktor umur dan
4)         keinginan untuk beranak pinak.

Antara pilihan rawatan ialah:
Histerektomi
     -pembedahan membuang rahim.
Histerektomi adalah pilihan terbaik sekiranya telah membuat keputusan untuk tidak melahirkan anak lagi. Ia juga adalah pilihan terbaik untuk mengelak fibroid secara kekal. Kesannya, anda tidak boleh hamil dan putus haid (menopaus)

Miomektomi
– pembedahan untuk mengeluarkan fibroid tanpa membuang rahim. .
Dengan kaedah ini, ada kemungkinan untuk fibroid kembali menyerang (dalam masa 10 tahun), namun anda masih boleh hamil.

Abliasi Endometrial (Endometrial ablation)
-boleh digunakan untuk fibroid yang membesar di dalam lapisan rahim.
Tisu endometrium dibuang dengan menggunakan tenaga laser,
gegelung dawai panas (heated wire loop) atau pemanasan mikrogelombang bendalir panas dalam sebiji belon.

Uterine arteri embolisasi
- ia adalah satu prosedur untuk mengecutkan rahim tanpa pembedahan
dengan cara mengurangkan pengaliran darah kepadanya.

Ubat-ubatan
- Ia merawat simptom.
Ubat ini biasanya mengurangkan tahap estrogen untuk sementara waktu dan pada masa yang sama menyekat pertumbuhan fibroid, terutama sebelum pembedahan. Bagaimanapun, kerana ubat ini sering mendatangkan gejala putus haid seperti panas mencurah (hot flushes), kekeringan faraj (dryness) dan ketumpatan tulang yang berkurangan; rawatan biasanya diberi hanya tiga hingga enam bulan. Fibroid akan kembali tumbuh selepas  terapi hormon dihentikan.


Pencegahan
Tiada siapa pasti punca sebenar fibroid, tetapi pakar berpendapat ia mempunyai banyak kaitan dengan faktor genetik, hormon, dan persekitaran.
Malangnya, tiada cara yang diketahui untuk mencegah fibroid daripada bertambah atau berulang.



*info ni hasil dari google untuk panduan bersama.

2 comments:

Etuza said...

Salam singgah..terima kasih infor kesihatan ini

ietams said...

sama-sama!