Monday, October 29, 2018

Lauk Simple-Simple




Nampak kat feed lately ni.
Kekawan facebook share, kekawan Instagram pun ada gak yang share.
“Hari ni nak masak apa”
Hahaha.. gelak besar dulu
ya memang betul soklan tu membelenggu hari-hari ku juga.

Nasib baik suami dan anak-anak saya jenis tak kisah dengan lauk simple mimple.
Asalkan lauk ada yang pedas.
Sebabnya anak-anak saya ni suka makan pedas.
Even lauk telur masak kicap pun saya kena letak kan cili dalam kuahnya.
Siapa nak pedas, pecahla sendiri cili api masa makan tu.

lets tengok lauk simple yang sempat saya masak, 


Yang ni sup ketam saya masak masa ziyad prolonged demam baru² ni.
Saya tabur bawang merah dan bawang putih goreng yang mak saya buatkan.
Rasanya umang haii boleh tahan terangkat nya!


Lauk ni pulak lagi over simple,
Fishball dan ikan masin goreng saje.
Pun Saya taburkan bawang merah dan bawang putih goreng yang mak saya buatkan.
Rasa tak puas makan sekali je, wajib tambah nasi lagi.

kalau anak-anak minta benda pedas bila saya masak sesimple cenggini,
saya suruh je mereka letak sos cili ataupun sambal kicap.

walaupun nampak la kemalasan seorang ibu ni nak ikutkan kehendak selera makan anak kat situ.
tapi cuba kita tengok sudut positifnya..,
"kita masak lauk pauk yang tidak suit dengan selera pedas mereka, bila dorang nak pedas,
kita suruh je lah mereka ambik je sos cili ke.. sambal kicap ke..
pendek kata pandai² lah mereka capai ape yang ade depan mata mereka yang boleh buat pedas."

dalam pada tak sedar, saya dah didik anak saya jangan fussy sangat pasal makanan,
lebih kurang macam,.."ibu dah masak tu, makan jelah apa yang dah ade depan mata." 
gittew!








Thursday, October 25, 2018

Saya Jenjalan Bangkok - Day 1 (05/09/2014)



sambungan dari entry jenjalan Bangkok yang lepas,



The Berkeley Hotel Pratunam, Bangkok Thailand

hai..  😃😃😃
entry ni cuma nak tepek gambar sekitar hotel
yang saya stay sepanjang trip ke Bangkok dulu je..
gambar pun tak banyak sangat.

selfie kat dalam van.
seating sorang satu raw.. selesa yakmat!



dah checked in!




satu katil besar dan lebar.. puas tidur.






dua bathrobe di sediakan..




toilet dan shower.
bagus toilet nya ade hose.


The Berkeley Hotel Pratunam
559 Ratchaprarop Road, MakkasanRatchathewiBangkok 10400Thailand

  • EMAIL : info@berkeleyhotel.co.th
  • TEL : (662)309-9999
  • FAX : (662)309-9900


so itu je nak share. tata!



Wednesday, October 24, 2018

Saya Mencari Apakah Khasiat Buah Pear (Buah yang saya selalu makan)




Hari ni saya nak cerita pasal buah Pear.
Nak mulakan cerita hal lain tak de idea pula.
Boleh katakan kerap juga saya makan buah pear. Terutamanya bila dekat office.
Saya jadikan makan buah pear ni sebagai aktiviti makan snek saya di opis.
Biasanya saya beli yang warna kuning. 
Kebiasaannya kat Malaysia ni orang panggil buah lai kan.. 
padahal nama buah tu buah Pear
Samada buah Pear hijau atau pun Pear Kuning.

Pear hijau

Pear kuning


Bila google pasal buah lai, memang akan keluar buah lain. 
Buah lai adalah dari keluarga sejenis durian dan berasal dari Kalimantan.


Lai


Bila google menggoogle  baru lah jumpa yang buah lai yang kita panggil lai..lai.. selama ni nama sebenarnya adalah pear ya.
Dekat shopping² complex pun dorang letak nama buah ni buah Pear kan.

Buah pear (Pyrus spp) sangat banyak di jual. 
Kat mana mana je kita boleh nampak buah pear ni di jual. 
Kat pasar malam ada, kedai buah ada, pasar ada, shopping complex ada. 
Pendek kata buah ni buah yang senang di cari la.
Padahal buah ni buah yang di import dan kebanyakannya di import dari negara China.

Saya pun suka makan buah pear.
Bila dah rajin sangat makan buah ni. 
Terdetik hati nak google pasal khasiat buah ni.
Rupanya banyak juga khasiatnya ya.. meh saya tepek sini untuk info bersama;

-           Mempunyai serat dan kadar air yang tinggi.
-           buah ini banyak mengandungi zat antioksidan yang berguna untuk
meningkatkan tahap imuniti atau kekebalan tubuh.
-           menjaga kesihatan kardiovaskular
-           antiradang
-           menjaga kesihatan jantung
-           menyembuhkan luka dan lebam
-           membaiki tisu
-           menjaga kesihatan penglihatan
-           menentang jangkitan
-           menyokong transmisi saraf
-           melawaskan perut.

Haaa tengok.. punya la banyak khasiat yang dapat dari buah pear ni.
Tak rugi saya selalu makan buah ni.
Walaupun asal² nya saya sengaja je ke supermarket redtick, setiawalk nak berjalan kaki dari bangunan office saya. 
bukan bertujuan nak beli buah pun. Sebabkan harga pear ni murah je.. 14biji RM10.00.
itu yang terjadinya sesi membeli pear.

Macam saya ni kan mana la banyak sngat masa nak berjogging balik kerja tu.
Masa lunch time ni saya ambil le peluang berjalan kaki. berapa Kilometer tak check lagi.
Dapat la setengah jam pergi balik (siap dengan shopping buah serba sikit) berjalan kaki.
Rasa la berpeluh sekejap badan..
Tapi sekarang ni selalu hujan. Kadang-kadang je bila cuaca cerah dapat berjalan tengahari.
Kalau hujan, ontok je la saya kat office tak ke mana biasanya.

Hujan-hujan sejuk-sejuk sedap hirup teh panas.
Lagi best buat air sekarang ni sebab nya pantry office saya dah guna brown sugar.
Lega sikit gak la rasa bila bancuh air taruk gula.
Zaman ni kan semua pemakanan kita kena lebih jaga.
Semua makanan kalau boleh kita kena lebih pantau.


jemputtt ya!


Bila dah makan buar pear ni, kerap la saya ke tandas.
Memang berkesan betul buah ni sebagai bahan pelawas perut saya.

itu je cerita saya kali ni.
Cerita pasal buah pear pun jadi lahhh. Heeeee....






Friday, October 19, 2018

Fibroid




“Fibroid, atau nama lainnya ‘Leiomyoma’ atau ‘Myoma’ adalah sejenis ketumbuhan biasa yang terbentuk daripada dinding atau otot rahim (uterus).
Fibroid boleh berlaku dalam bentuk ketumbuhan tunggal atau ketumbuhan berganda dan ia perkara biasa yang dialami oleh kebanyakan wanita dalam lingkungan umur subur (reproductive). Kira-kira 20 % wanita usia subur mempunyai fibroid dan jarang sekali dialami oleh wanita muda sebelum haid. Ketumbuhan ini biasanya mengecut selepas menopaus.

Terdapat beberapa jenis fibroid iaitu:
1)         Fibroid submukus
– Membesar daripada bahagian bawah salutan rahim kebahagian dalam Rahim

2)         Fibroid Intramural
– Membesar di antara otot rahim pada bahagian dinding.

3)         Fibroid Subserus
– Membesar di luar dinding Rahim

4)         Fibroid Pedunkal
– Membesar secara bertangkai daripada permukaan bahagian luar rahim atau
permukaan bahagian dalam rahim dan kadang kala menjalar keluar dari serviks
(pangkal rahim)



Gejala/ Tanda
Kebiasaannya,kebanyakan wanita tidak mempunyai simptom yang nyata.
Namun, bergantung kepada saiz dan lokasi fibroid di dalam rahim, 
serta jarak fibroid daripada servik; ia mungkin akan menyebabkan gejala seperti berikut:-

-          Rasa senak di bahagian bawah abdomen atau tekanan pada pelvis
-          Sakit atau pedih di bahagian bawah pinggang
-          Sengugut (dysmenorrhoea)
-          Masalah pendarahan yang abnormal
-          Pendarahan antara kitaran haid (intermenstrual bleed)
-          Tempoh haid yang panjang (prolonged menses)
-          Darah haid yang banyak (menorrhagia)
-          Masalah atau sakit ketika hubungan kelamin (sekiranya fibroid terlalu besar)
-          Kencing tidak lawas atau kerap kencing (tekanan kepada pundi kencing).
-          Sembelit (tekanan kepada rektum)



Rawatan
Kebanyakan fibroid tidak perlu dirawat melainkan terdapat tanda-tanda yang menyebabkan masalah kepada pesakit.
Jika fibroid anda kecil dan tidak menunjukkan sebarang gejala, ia hanya memerlukan pemantauan yang kerap. Ia boleh dilakukan secara imbasan scan.

Biasanya doktor akan membuat saranan berpandukan kepada
1)         sakit yang serius dan masalah pendarahan yang banyak ketika haid,
2)         fibroid tumbuh dengan cepat dan saiznya terlalu besar,
3)         faktor umur dan
4)         keinginan untuk beranak pinak.

Antara pilihan rawatan ialah:
Histerektomi
     -pembedahan membuang rahim.
Histerektomi adalah pilihan terbaik sekiranya telah membuat keputusan untuk tidak melahirkan anak lagi. Ia juga adalah pilihan terbaik untuk mengelak fibroid secara kekal. Kesannya, anda tidak boleh hamil dan putus haid (menopaus)

Miomektomi
– pembedahan untuk mengeluarkan fibroid tanpa membuang rahim. .
Dengan kaedah ini, ada kemungkinan untuk fibroid kembali menyerang (dalam masa 10 tahun), namun anda masih boleh hamil.

Abliasi Endometrial (Endometrial ablation)
-boleh digunakan untuk fibroid yang membesar di dalam lapisan rahim.
Tisu endometrium dibuang dengan menggunakan tenaga laser,
gegelung dawai panas (heated wire loop) atau pemanasan mikrogelombang bendalir panas dalam sebiji belon.

Uterine arteri embolisasi
- ia adalah satu prosedur untuk mengecutkan rahim tanpa pembedahan
dengan cara mengurangkan pengaliran darah kepadanya.

Ubat-ubatan
- Ia merawat simptom.
Ubat ini biasanya mengurangkan tahap estrogen untuk sementara waktu dan pada masa yang sama menyekat pertumbuhan fibroid, terutama sebelum pembedahan. Bagaimanapun, kerana ubat ini sering mendatangkan gejala putus haid seperti panas mencurah (hot flushes), kekeringan faraj (dryness) dan ketumpatan tulang yang berkurangan; rawatan biasanya diberi hanya tiga hingga enam bulan. Fibroid akan kembali tumbuh selepas  terapi hormon dihentikan.


Pencegahan
Tiada siapa pasti punca sebenar fibroid, tetapi pakar berpendapat ia mempunyai banyak kaitan dengan faktor genetik, hormon, dan persekitaran.
Malangnya, tiada cara yang diketahui untuk mencegah fibroid daripada bertambah atau berulang.



*info ni hasil dari google untuk panduan bersama.

Wednesday, October 17, 2018

Dulu dan Sekarang




Assalammualaikum wbt.
Tengah buat ape tu..
Saya tengah lunch time. Dok opis sensorang,
Plan nak tidur, tapi mata tak boleh lelap.
Selalunya letak je kepala atas meja, zasss nyenyak tidur lena.
Hari ni besar pula mata terang benderang.

Saya pun Try lah Blogwalking dekat bloglist yang saya ada..
Mengecewakan juga rasanya,
bila buka dan baca blog-blog sekarang ni dah tak seronok macam dulu-dulu.
Waktu dulu ramai blogger yang suka nak bercerita, kan...
Cerita pasal diri sendirinya lah, pasal keluarganya lah dan juga update aktiviti sehari-hari mereka.
Perasaan baca blog dulu² tu punyala Seronoknya baca, 
dah sama macam baca novel dia punya seronoknya tu.

Tapi sekarang ni rata-ratanya blogger yang aktif pun 
dah banyak terarahkan advertisement semata-mata.
Kalau tidak penuh dengan advertisementnya, interface blog tu pulak berserabut,
yang jenis penuh dengan bermacam post entry kat satu halaman depan,
tapi entry² yang bulky kat 1st page tu kita kena click click terlebih dulu untuk baca cerita selanjutnya.
*demi nak dapatkan cost per click nya di situ*
Uiii poning dan berserabut tengok blog-blog macam tu.
Sungguh keboringan tau orang macam saya ni.. dah takde tempat nak baca-baca bila waktu free-free keseorangan masa lunch break ni.

Kebanyakkan blogger-blogger yang banyak bercerita pasal personal tu,
Dah tak ramai yang aktif blog sekarang.
Rasanya semenjak IG story ada la kot, blogger² tak berapa aktif ber blog..

Bila dah sensorang ternganga-nganga seorang, 
apa lagi la kan.. kita buka laci nampak ada mamee..
jom kita ngap mamee ni..hihihi..




itu je la bebelan untuk hari ni..
nantila kita sambung bebel-bebel lagi.. Tata!

Adenomyosis



Bagaimana Adenomyosis terjadi


Biasanya tempat-tempat di luar rahim di mana tisu endometrium ini tumbuh ialah pada kilang telur (ovari), belakang rahim (utero sacral ligament),  saluran fallopian, pundi kencing, kadang-kala di tempat-tempat yang aneh seperti parut bekas pembedahan selepas melahirkan anak ataupun pembedahan untuk tujuan lain.  Endometrium ini juga boleh tumbuh pada dinding/otot rahim menyebabkan penyakit yang digelar Adenomyosis.  

Bagaimana tisu endometrium ini boleh tumbuh pada tempat-tempat yang luar biasa, tidaklah diketahui dengan sebabnya.  Terdapat beberapa teori yang cuba menjelaskan berlakunya keadaan seperti ini.    Di antaranya ialah ada kemungkinan darah kotor melimpah atau tumpah ke belakang rahim melalui saluran fallopian. Ini mungkin desebabkan oleh kedudukan rahim yang luarbiasa iaitu jatuh kearah tulang tongking (retroverted uterus).    Keadaan rahim sebegini sering dikaitkan dengan penyakit endometriosis sedangkan rahim yang menghadap ke hadapan (anteverted) jarang mendapat penyakit endometriosis.

Ada juga yang menyatakan bahawa tisu endometrium ini di bawa ke tempat lain melalui saluran darah atau saluran kelenjar.    Tetapi hakikat sebenarnya tidak diketahui.    Ada juga yang mengaitkan bahawa endometriosis ini sering berlaku dikalangan wanita-wanita yang sering tertekan (stress),  yang mudah menggelabah dan di kalangan mereka yang sangat mementingkan kerjaya dan mereka yang tinggi I.Q.nya.

Ada juga yang mengatakan bahawa sistem ketahanan pada wanita tersebut telah lemah dan lentur, oleh itu tisu- tisu yang patut keluar dari tubuhnya kini menyerang balik tubuh badannya sendiri.   Apa yang terjadi ialah apabila tisu endometrium ini melekat pada tempat-tempat tertentu, ia mulai tumbuh. Lapisan endometrium menjadi tebal akibat daripada rangsangan hormon wanita dalam pusingan haid dan apabila haid berlaku lapisan endometrium tersebut juga akan mengeluarkan darah.
Jika keadaan begini berlaku dalam telur (ovari) lama kelamaan darah akan berkumpul serta menyebabkan apa yang digelar ovarian cysts atau chocolate cystskerana mengandungi darah kotor yang berbentuk seperti pasta coklat.






Tanda-tanda dan Gangguan

Tanda yang paling utama sekali di kalangan wanita ialah senggugut ataupun kesakitan pada bawah perut dan pinggang.   Senggugut ini mungkin dialami dari sejak remaja lagi dan ia berterusan dan mungkin tidak reda walaupun selepas kahwin.   

Ada setengahnya lega sekejap lepas berkahwin dan melahirkan anak tetapi senggugut ini akan timbul balik akibat daripada penyakit endometriosis.   Kesakitan yang dialami biasanya berlaku sebelum datangnya haid yang biasanya berbentuk kesakitan yang amat kuat pada bahagian ari-ari dan sering juga ke bahagian pinggang.

Biasanya sakit akan hanya reda selepas dua atau tiga hari sahaja, tetapi jika keadaan di mana endometriosis ini telah merebak, kesakitan ini mungkin akan berterusan waktu haid dan walaupun haid sudah berhenti kadang-kala kesakitan masih ada lagi.    Ini menunjukkan bahawa penyakit ini berada di peringkat teruk dan mungkin telah melibatkan dinding/otot rahim.

Kesakitan juga dialami ketika melakukan persetubuhan khususnya jika suaminya menekan agak kuat sedikit dan kesakitan juga mungkin dialami waktu membuang air besar khususnya pada waktu haid.   Ini disebabkan oleh perdarahan yang berlaku dibelakang rahim yang mungkin melibatkan usus besar.

Gangguan lain ialah ketidaksuburan dan kemandulan.   Ini adalah masalah besar di kalangan pengidap-pengidap penyakit endometriosis.     Mereka tidak sedar yang penyakit ini mungkin telah timbul, yang mereka tahu ialah mereka sukar untuk mengandung, samaada buat kali pertama ataupun selepas melahirkan seorang dan mengalami kesukaran untuk hamil buat kali seterusnya selepas beberapa tahun.

info ni di ambil dari blog yang lain.. 
tapi dah tak ingat blog tu nama apa untuk di kredit kan.
terima kasih pada En. google.
untuk tuan punya blog yang saya copy paste ni, terima kasih banyak-banyak untuk info yang sangat berguna ni.



Wednesday, October 10, 2018

Nak Share Resepi


Resepi Oden Family Mart

Saya terjumpa satu resepi yang viral sangat-sangat sekarang ni.
Bila dah dapat resepi yang Nampak mudah je ni,
Memang terus je saya bersemangat nak mencuba.

Oden familymart ni memang buatkan orang addicted tau.
Malasnya nak beli sebab sentiasa panjang barisan orang beratur.
So lepas ni dah tak perlu la menggigih kan diri beratur untuk oden ni.


Kena gigih sediakan duit je la nak beli bebola-bola steamboat yang pricey tu,.


Bahan-bahan


1)1 paket pes asam pedas 
(resepi guna cap adabi, so saya memang tiru sebijik)

gambar ni ambik dari sini untuk reference




2) 2 paket pes tomyam
(resepi guna cap adabi, so saya memang tiru sebijik)

gambar ni ambik dari sini untuk reference



3)Sedikit air perahan limau
4)Air secukupnya

5)Campuran bebola steamboat yang boleh di beli bahagian frozen dekat pasaraya yang berhampiran.

Cara² membuatnya; (Cara Saya)

1)      Tenggekkan satu periuk yang besar.
2)      Masukkan air setengah periuk
3)      Masukkan pes asam pedas dan tomyam
4)      saya perahkan sebiji buah limau purut petik kat pokok belakang
rumah je.. sebab nakkan supnya lagi kick rasa tomyamnya.
5)      Biarkan kuah menggelegak, baru lah masukkan bebola²
steamboat.
6)      masakkan bebola hingga nampak dah masak/kembang, Sedia untuk di makan. 


Nak lagi best, belilah lidi pencucuk yang sebijik macam kat FamilyMart punya.
lidi tu katanya boleh beli kat Daiso. saya tak sempat la nak cari lidi tu kat DAiso.
kalau dah lidi pun sama macam yang asal, Memang dah sangat sangat serupa lah jadinya dah tu!


Dan ini Oden saya hari isnin lepas.. mengah tersandar terus lepas makan. Saya dan en suami boleh je cukup makan malam dengan oden ni tanpa makan nasi dah. 




Tapi anak-anak saya tetap minta nasi malam tu. Nasib baik ibu ni memang hobinya masak nasi. 
Mari lah anak-anak ibu,.. makan nasi ni berlaukkan oden. hihihihui..
nampak la muka anak-anak macam "ala lauk ni jerr...?!?"
tapi disebabkan sepeselnya ibu suapkan makan malam tu kan, 

licin gakla sepinggan penuh nasi makan dua beradik.
ANJE angat angat anak anak ibu ni kan...










Thursday, October 4, 2018

Short Form yang Trending di Social Media Sekarang Ni




Zaman sekarang ni zaman serba moden. Zaman yang sentiasa Up To Date
Bukan setakat moden saje ya,
Ayat-ayat zaman sekarang pun ayat yang lain dari yang lain.. phewww!

Untuk kita tidak merasa ala-ala ketinggalan zaman,
Moh ler kita sama-sama belajar dan amik tahu Bahasa moden anak-anak muda zaman sekarang
Zaman anak-anak saya di masa depan lagi susah gaknya bahasa²nya.. huhuhu..

PAP                        Post A Picture
                                        Rasanya makna post a picture ni..kita post picture kat media social la kan..

BAE                       Before Anyone Else
                                        Sebelum orang lain KAN kalau kita google translate kan ayat ni..
                                        BAE ni selalu di gunakan untuk ditujukan pada orang yang tersayang seperti
    kekasih atau parents ke keluarga ke sahabat tersayang ke.

QOTD                   Quote Of The Day
                                       Mutiara kata untuk hari ni.
                                       Sekarang ni kan, ramai yang suka share mutiara kata untuk peringatan diri
   sendiri. Saya pun suka gak up IG dengan quote of the day yang best ni.. 

OOTD                   Outfit Of The Day
                                       Pakaian hari ini.
                                       Ni memang ramai la yang suka buat terutama yang cantik-cantik bergaya tu.
   Saya pun ada gak buat kadang tu walau tak berapa cantik, tapi ai terai la.

LOL                      Laughing Out Loud
                                       Ketawa yang sangat kuat la kan.. ramai gak Nampak yang guna LOL ni..
                                       Barulah ai tahu.. ingatkan Lots of love..hahahahaha..

ROFL                   Rolling on The Floor Laughing
                                       Ketawa sampai berguling kat atas lantai
                                       Ni ketawa giler-giler lawak yang sampai terguling-guling.. 
                                      dulu saya selalu guna emoticon gelak guling2 ni masa yahoo messenger dulu²

BRB                      Be Right Back
                                      Akan kembali  ../sebentar lagi

BBNU                   Budak Baru Nak Up
                                      Ni ada kat program Big Stage..
  channel TV ape pun saya tak tau.. tapi boleh tahan popular gak program ni
  sekarang, program anak-anak muda remaja belia agaknya.


So itu je la setakat ni yang saya ada..
Sekurangnya saya boleh gak la catch up bila sembang dengan anak-anak buah saya kat social media.
Payah gak nak nyembang-nyembang dengan bebudak muda sekarang ni.
Bukan setakat sembang dengan bebudak muda susah je rasa macam tu,
dengan anak sendiri yang umur 11 dan 6 ni pun dah rasa complicated nak bersembang.
Dah macam duduk dunia lain je rasa kadang-kadang tu. Macam-macam kan..



So saya akhiri entry ni dengan OOTD saya, macam biasa snap picture diri sendiri kat dalam lif.


Oh tengok kat IG-IG yang ber OOTD kena listingkan from top to toe kan ape yang tersarung kat badan.

so here we go..,

tudung: Ariani
top: F.O.S.
pants: Puteri
bekal: FamilyMart Oden




kbai!