Friday, September 28, 2018

Kena Bangga Kalau Pipi anda tembam




Bukan saya yang pandai-pandai cakap tau..
Ni hasil dari kajian dari page NI yang telah di buat dan di perakui
bahawasanya sekiranya pipi anda tembam,
anda perlu berbangga dengan diri sendiri.. ini adalah kerana 
orang yang pipi tembam ni akan..;-


1.         Nampak Muda 3 Kali Ganda
2.         Lambat Diserang Penuaan
3.         Menurut Lelaki, Wajah Bulat Lebih Feminin
4.         Mudah Didekati
5.         Berupaya Menyimpan Emosi
6.         Orang Mudah Kenal

Wahh gitu hasil kajiannya ye.. banyak ye yang positif hasil penemuan kajian ni.
Terus tetiba ai rasa ai berbangga dengan pipi tembam ai.. ngeh.. ngeh.. ngehh..



so anak-anak ibu.. chill okay dengan pipi tembam kita.. 
walau muka kita penuh bile bergambar tu.. hihihihi.. 

gambar atas ni fresh baru je ambik.
bukan lah gambar pegun pun yang sebenarnya gambar atas ni.. 
tu igStory saya petang Rabu, saya buat igstory special sebab 
kami bertiga dok dalam kereta satu jam depan pintu pagar rumah. haru betul.
petang Rabu tu hujan lebat, langit pun gelap macam malam.. tapi yang bestnya jalan clear tak sesak.
agaknya kereta dah banyak sangkut sebelum sampai area puchong agaknya.
perjalanan pulang saya dari office ke rumah melalukan jalan depan IOI Mall puchong dan LDP
smooth aje tanpa traffic jam.

sampai rumah awal.. pukul 6.15 dah siap sampai depan rumah bersama anak-anak.
yang tak bestnya, masa nak buka pagar dalam hujan-hujan tu...
cari dan cari seluk punya seluk handbag,
rupanya ibu tak bawak kunci rumah la anak-anak.. huwa huwa huwaaaa!
telefon en suami bagi tau bla bla bla pasal tak boleh masuk rumah sebab takda kunci.

sejam lepas tu en suami pun tiba depan rumah..lega kami anak beranak
merasa la melepak dalam kereta kesejukan depan pintu pagar rumah.
kat luar hujan lebat..kejap kejap tinggi kan temp, bila rasa dah berkuap low kan semula temp aircond.
jiran-jiran yang lalu pun macam pandang kepelikan je tengok kami dalam kereta masa tu.
kenangan betul..







Monday, September 24, 2018

Cerita kosong lagi




Assalammualaikum..
Sekarang cuaca kat klang valley ni sejuk je udara nya..
Tidur waktu malam pun cukup pakai kipas je
Takyah on aircond dah.
Anak-anak pon okay je tidur semalaman.
Minggu ni bermula dari 24 sept sehingga 27 sept 2018 exam UPSR kan
Tengok facebook feed saya berderet kekawan
wishing all the best untuk anak nya yang ambik UPSR.

Anak saya haziq tahun ni baru nak ambil exam UPKK, sekolah rendah agama.
Minggu depan dah UPKK. Kejap je dah nak sampai waktu nya.
Masa trial UPKK haritu, menangis terharu saya tengok result hero saya ni..
Tak sangka boleh dapat banyak A.
Satu hari pun kami tak Nampak dia buka buku study.
Tetiba dia balik bawa kertas exam nya.. bila Nampak A.. dah seronok dah..
Sekali tengok full resultnya wahhh boleh tahan.. 3A,1B,1C.
Terus keluar air mata berlinangan terharu seorang ibu.
Saya tanya haziq, macamne dia boleh dapat reslt macam ni..
Dia cerita yang dia buka buku dan baca sikit masa dia sampai awal kat sekolah.

Terus saya nasihatkan hero saya ni,
Baru baca sikit je dah boleh terus meloncat dapat result yang tak disangka macam ni.
Kalaulah memang hari-hari dia study, mau semua subject dia boleh score.
Apa-apa pun, ibu doakan dua dua anak ibu Berjaya di dunia dan akhirat. Aamin.

Wednesday, September 19, 2018

Throwback : Cerita Beg Telekung


*Cerita ni cerita lama..berjeman duduk dalam draft, baru ni nak publish
tu yang gile lame punya throwback..kehkehkehkehhh...**

sesaja je nak cerita..
bulan-bulan-bulan lepas-lepas punya cerita ni dah tak ingat bulan bila
Group menjahit saya punya assignment projek kraftangan.
buntu gak saya nak buat ape..
fikir punya fikir.. baru teringat saya takde lagi beg telekung travel
untuk di letak kat dalam kereta harian.

ye la, kadang tu keluar tengahari pukul 1
nak gi kedai makan nasi campur.
sekali balik rumah pukul 4.30 terlajak.
faham-faham je la en abah tu susah nak di ajak nak jenjalan keluar acap kali.
dah sekali keluar makan tengahri, jom la kita sambil² ajak terus singgah mydin jap.
memang lah surau banyak je ada telekung.
tapi lagi best guna telekung sendiri. suai je kat diri sendiri.

plan asal nak beli kain baru untuk buat bag ni.
macam nak beli kain cotton gambar kartun.
balik kerja petang dari office memang lalu depan IOI Mall Puchong.
bila naik tingkat tiga, sekali tengok KAMDAR dah takde!

**gambar en abah datang singgah kejap office saya ni pun dah berkurun lama dah..
dia datang menyinggah tolong saya ambik barang courier shopping online saya
pi bawak masuk kereta.**



bila dah kamdar IOI Puchong dah yilek dahh..
balik rumah terus selak-selak, jumpa perca kain..tru je la cantum sana sini
maka ini lah dia beg telekung saya.. guna kain perca je..
dah siap projek group jahit saya dah.
seronok dan puas rasanya bila dapat siapkan assignment ni,