Kalau tolak hari ni, tinggal 3 hari je lagi nak raya
Tak sangka cepat betul masa berjalan.
Alhamdulillah dah sampai minggu akhir berpuasa.
Dan syukur saya Berjaya juga survived dapat berpuasa
hingga ke hari ni walaupun rasa macam merangkak berpuasa ni.
Effect dari orang-orang yang ambil injection lucrin ni,
symptom menopause yang ada tu
Masyaallah agak kuat juga cabarannya jadi dekat saya.
Orang lain yang ambil injection lucrin ni mungkin tak
sama rasa dan berpengalaman macam saya.
dengar sendiri dari doctor banyak side effect bila ambik injection
lucrin ni tapi jarang la orang akan dapat semua effect² ni.
Effect sampingan yang full package ni Yang jarang berlaku
pada semua patient
MIRACLEnya semua symptom ni saya
dapat rasa kesannya oii…
yakni
simptom² nya adalah seperti yang berikut;-
hot flushes √
Yes
jadi kat saya
berpeluh √
Yes
jadi kat saya
tiada period
√ Yes jadi kat saya BUT if lasak je
badan ni tetiba period sementara 3-4 jam. boleyy??..,
withdrawal
bleeding √ Yes jadi kat saya
sakit
sendi √ Yes jadi kat saya
sakit otot
√ Yes jadi kat saya
pening √ Yes jadi kat saya
sakit
kepala √ Yes jadi kat saya
rasa
melayang-layang √
Yes
jadi kat saya
perubahan mood √
Yes
jadi kat saya
reaksi
tempat suntikan √
Yes
jadi kat saya
Pelupa √ Yes jadi kat saya
Kesan sampingan yang luar biasa
1) Bronchopasm (pengecutan dan
penyempitan laluan udara dalam paru-paru)
√ Yes jadi kat saya
– batuk dan sakit tekak tak baik-baik berpanjangan. Dah Letih makcik ni.
2) Rash
√ Yes jadi kat saya
– muka kusam betul dan berpasir..kalau rasa dengan tangan dah rasa sama dengan kertas pasir..
Lain
orang lain dia punya effect. Penerimaan dan kesan yang diterima pada setiap
ubat dan rawatan akan berbeza-beza mengikut kesesuaian tubuh badan setiap
manusia.
dah Bahagian saya
dapat segala kesan sampingan yang ada pada suntikan lucrin ni.. phewww!!
Bukan setakat
kesan yang biasa-biasa, kesan luar biasa pun dapat kat saya.
Seriously,
Ramadan saya tahun ni betul-betul mencabar untuk saya
Pukul 11
pagi perut saya sakit, pening kepala, symptom² gastric semuanya terbit tiap hari.
Start dari pagi hingga ke waktu nak berbuka
rasa kepenatan, kelaparan, kepedihan perut yang melampau bermula.
Memang lembik
betul-betul saya puasa kali ni.
Ada je
masa terluang sikit, tidur je la yang dapat melegakan saya. Sungguh!
Bila dengar
lagu-lagu raya, berdebar kencang jantung ni berdegup
Maunya tak
debar, rumah nak raya pun tak kemas apa satu pun lagi..
Baju-baju
nak bawa balik kampong pun satu pun tak sort lagi.
Tapi banyak
gak rasa Tak sabar nak raya ni yang benarnya wehh..
hati sentiasa terdetik rasa cepat-cepat la abis puasa ni..
tak daya dah
nak seret badan mengharungi cabaran ni.
**.. kalah bebudak baru nak belajar berpuasa
apa-apapun...doa saya Moga saya
terus kuat dan istiqomah hingga ke penghujung ramadan, amin.
gambar saya dengan mata super rabak malam tadi.
Kemain
scary tu pasal Terpaksa di edit. Hahahaha..
suami saya tu fotogenik. ok je muka dia walau apepun keadaan bila di ambik gambar.
malam semalam kami bersama²gi mendobi
baju-baju kotor sebelum cuti raya.
mesin basuh kat rumah kecik je kan, mane mampu nak tampung basuh baju kotor berkilo-kilo.