Tuesday, May 8, 2018

Iklan


Semakin dekat hari pilihanraya semakin rancak perang ceramah kempen.
Masa lunch time tadi telefon mak pun, boleh berenti sembang
Sebab mak dah nak siap-sap nak gi dengar ceramah umum kat rumah jiran,
Acik rumah belakang mak dah siap nak pergi dah masa tu.
Orang-orang kampong kan kalau nak pergi ke mana-mana kan berkawan-kawan jalan kaki.
Seronok je duduk kampong ni, boleh gether-gether jalan kaki nak gi kedai ke masjid ke
Kenduri ke jamuan ke even gi ziarah orang meninggal pun.
Boleh katakan satu kampung tu kita boleh borak.
Kalau kat bandar ni, pendapat saya sendiri la..
kalau sesama melayu ni susah la nak menyembang gitu-gitu.
Biasanya yang boleh sembang-sembang kosong
dan senang nak borak dengan orang cina dan india je.
Orang Melayu bandar yang pakaian ala-ala moden ni kureng sikit beramah mesra.
Ada pun yang melayu pakaian biasa-biasa, boleh la nak sembang-sembang kosong
Sambal pilih-pilih sayur.

Kalau nak tengok ceramah umum kempen pilihanraya parti pembangkang
Memang tak dapat la nak tengok full dekat tv .. dapat tengok kat internet je la
Parti biru pekat kemain gak kempennya
Setiap iklan kot ada di setiap paparan homepage. Homaiii kemain kempen nya.

Masa buka forum cari ternampak satu banner iklan manifesto,
Tetiba mata ter arah kat satu point manifesto nihh;

**Memperuntukkan bantuan khas berjumlah RM222 juta untuk peneroka-peneroka FELCRA, KESEDAR dan KETENGAH.**


Tengok angka bantuan khas tu berpinau-pinau mata tengoknya.
FELCRA ni memang ada kena mengena dengan saya ni.
Sebab apa, rumah dan kebun kelapa sawit mak abah saya kat kampung tu relate dengan FELCRA.
Kampung saya asal² kampung, di baik pulih dan dibangunkan FELCRA.

Kampung Ayer Hitam ni dulunya kawasan tanah pinggir
yang pernah terlibat dengan zaman perang jepun dulu
dengan adanya tapak tinggalan lapangan terbang jepunnya la, kubur jepun la..
macam-macam la kena mengena dengan jepun.

orang-orang tempatan asal yang ada masa tu pun ada la 3-4-5 keluarga je yang ada..
Di sebabkan kampung ni zaman dulu lansung takde orang nak duduk sangat,
sebab itulah kawasan kampung ni di bangunkan dan di pulihkan oleh FELCRA.
Pada yang rajin, macam abah saya meneroka hutan untuk buat kebun.
Membanting tulang mak dan abah saya menebas hutan tebang pokok bagai untuk dijadikan kebun.
Sesiapa yang tanah hutan nya dah cantik diteroka jadi kebun, 
dapatlah geran hak milik tanah.

zaman dedulu masa saya kecik huiii mengerikan suasana malam kat kampung saya tu.
Zaman dulu mana ada bekalan eletrik.. pakai genset je untuk hidupkan elektrik.
Rumah saya jadi tumpuan budak-budak terutama geng abang-abang saya melepak tengok tv.
Masa tu rumah kami je yang ada tv kat deret rumah mak abah saya.
Meriah macam wayang rumah saya dulu.

Setiap rumah masa tu mesti ada perigi. Merasa gak saya pengalaman mandi perigi. Sejuk hoiii.
Masa tu tak silap umur saya 3-4 tahun masa tu.
Masa umur saya 5 ke 6 tahun elektrik dan air baru ada.
Tapi selalu aje black out dan putus bekalan airnya sampai la sekarang ni.
Merasa juga mengangkut air perigi adik beradik bawa balik rumah..
lucu kenangkan..Perigi kami jauh nun belakang dekat rumah jiran.
Agak jauh dari rumah.
Bayangkan 3 orang budak bawak air sejauh tu, banyak mana sangat la nak penuh sebaldi air sampai ke rumah.
Sebab fikir kan jenuh nak berangkut air, mak abah saya tambah sikit kawasan dapur rumah.
Sambungkan satu ruang untuk bilik air baru, siap dengan satu kolah air.
Kawasan Kolah air tu takde atap, jadi bila hujan, air hujan akan terus turun ke dalam kolah.
Tak perlu lagi kami nak berangkut air perigi.

kolah air tu abah saya buat besar, bolehla kalau budak-budak nak berenang dalam tu..
Dengan saya pun berenang dalam tu.. umur 5 tahun terjun dalam tu,
punya berani nya budak kecik ni. Alhamdulillah panjang umur.
Untuk elak mak saya marah lepas pi berenang dalam kolah, saya basuh kolah tu.
Sambil basuh² kolah kita mandi manda..
Takde lah mak marah berenang suka ria dalam kolah tu. Hahahaha.. lucu betul kenangan.

Oh berbalik pula pada manifesto parti biru tua kat atas tadi,
Bantuan 222juta untuk FELCRA, KESEDAR dan KETENGAH tu.. alahaiii.. iya ka bantuan FOC nak di baginya tu?

Dedulu masa tanah kebun mak abah saya nak bertukar kelapa sawit daripada tanaman getah
Dia cakap duit tebang pokok dapat kat tuan kebun,
Upah tanam, upah baja dan bantuan bulanan sementara nak dapat hasil semuanya
akan di beri bantuan kepada peserta.
Tapi bila tuan tanah nak mohon untuk dapatkan & simpan sendiri geran tanah kebun kelapa sawit tu,
Dia suruh usaha kan lah ladang kamu sendiri..
bila dah usaha sendiri maknanya kena jd independent person
without concern of FELCRA anymore Beserta dikenakan bayaran balik segala bantuan yang telah di berikan…  , contoh dapat bantuan tahun 2000.. lepas tu kira berapa tahun dapat bantuan.. pastu kirakan lagi interest untuk berapa tahun dan tempoh.. berapa puluh ribu nak kena bayar tu.
hahahaha…bantuan lah sangat nya kannnnn.
Masa dia bagi bantuan zaman tok kaduk dulu takde pulak dia bagi explanation T&C black & white macam ni.
Tetiba masa penduduk buat tuntutan harta sendiri, tetiba benda-benda terbangkit macam ni.
ada anak yang bekerja dan ramai boleh la minta bantuan anak sikit-sikit.
Kalau acik-acik tu anak nya kerja kampung aje, cemane nak membayonya tu.
Macam-macam juga dengar saluran acik-acik kat kampung tu usahakan buat pinjaman bank komersial la, bank pertanian la..untuk bayar hutang FELCRA demi untuk mendapatkan hak milik tanah kebun.

Apa yang saya pinta pada bakal² YB yang listkan panjang lebar manifesto tu,
Tolonglah jangan setakat menabur janji manis.
Yang kesiannya dan amat terkesan sangat-sangat 
kalau janji tak di tepati ni pada penduduk-penduduk kampung.
Kesian tengok penduduk-penduduk kampung ni..
Barang-barang runcit dan barang basah kat kedai² kampong pun mahal-mahal sekarang.
Kebanyakan dari mereka orang kampong ni dah tak berapa larat nak keluar berbelanja jauh-jauh.
Nak dapat beli barang murah kena ke luar bandar.
Kalau Dulu harga barang basah tak beza ketara sangat dengan harga di pasar bandar.
Tapi sekarang ya allah, berganda mahalnya.

Apa yang boleh saya harapkan untuk PRU 14 ni,
Semoga pemerintah yang di pilih akan berkhidmat dengan ikhlas untuk rakyat,
membangunkan serta mengharumkan negara kita semula.
Dan juga boleh buat kita bangga bila di perantauan dan menyebut kita dari MALAYSIA!
HOYYEHH!!



Selamat mengundi Rabu 9 mei ni.. heeee tak sabar rasanya..
suami saya orang yang terpaling excited nak mengundi PRU kali ni..
siapa² yang saing esok kat SMKS4Bk, kita jumpa nanti ya!.. taaa!!




No comments: