Thursday, May 24, 2018

Bila panic tetiba




Saya ni tak pernah lagi ada pengalaman
Tetiba kereta tak boleh start.

macam biasa la bulan² puasa ni nak kena bergerak pantas.
Lewat seminit je highway LDP jammed kebabom sampai tak bergerak
Nama aje 9km jarak dari rumah ke PFCC puchong,
Tapi average perjalanan saya tiap pagi petang 45minit dari rumah ke pejabat.
Bila cuti-cuti perayaan aje, boleh la dapat merasa 10minit masa perjalanan.

Petang Selasa kelmarin, dengan bersemangat le saya nak cepat-cepat masuk kereta.
Tetiba tak boleh start. Ah sudah!
Masa nak tekan remort kereta tu pun tak boleh start juga.
Nasib baik picit-picit banyak kali Berjaya unlock kereta.
Bila time nak start enjin langsung senyap tanpa hidup enjinnya.
Cuba banyak kali oii.. memang tak hidup. Call suami.. line pulak sangap kat basement parking ni
Dah keluar kereta dah, terasa macam nak naik ground floor untuk buat call suami.
Tapi saya cuba Tarik nafas dalam².
Try lagi sekali masuk dalam kereta sambil taip je mesej untuk suami nak bagitau kereta tak boleh start.
Message wassap pun pending. Osah bijak sangat la kan
Time ni la semuanya tak okey.
Padahal basement 1 je pun.. dengan line celcom kiok. Data Internet WEBE aka UNIFi pun bodoh
Semua takde connection.
Baru tahu betapa bahaya nya bangunan parking PFCC ni kalau jadi ape-ape emergency.
Langsung tak dapat di hubungi.
Masa tu dah memang give up la.. memang takde la de en suami tu nak datang rescue petang-petang bulan puasa ni.
Memang dah hati ni give up sangat-sangat dah.
Try start kereta lagi sekali. Eh! Dah boleh..
Hadouuuuuii!!.. bila dah boleh start je.. desup terus balik rumah.
Ingat dah ok. Rupanya hari esok nya sampai-sampai opis dia start balik tak boleh lock kereta.
Picit..picit.. berkali-kali baru lah dapat lock kereta.

Tengahri tu keluar kejap pergi service centre suruh check ape masalah yang terjadi.
Sekalinya orang yg expert benda tu pukul 4 petang baru ada untuk checking2.
Pukul 4 keluar gi ambil kereta. Sedang elok la en suami balik pukul 4
Tunggu dia jemput la gi service centre. Takyah ai peluh-peluh jalan kaki naik lrt L

Huiii.. panic sangat-sangat bila jadi bende² yang tak di ingini macam ni
Serious saya tak suka jadi macam tu.
Yang Saya tau bila jadi macam ni, memang nak kena call en suami aje la.
Ada dulu, tayar kereta pancit.. telefon en suami.. dia yang datang gi tampal tayar tu.

Scaryyy ow benda macam ni untuk saya.
Itu je nak cerita, nak cerita pasal pengalaman panic saya je ni. hahahaha..
Nak tepek gambar makanan masak bulan-bulan poser ni tak dan saya nak ambik gambar bagai.
Siap masak, hidang kat meja, pastu makan bila dah masuk waktu. pastu kemas basuh pinggan.
pastu naik atas solat, iron baju lipat baju packing baju anak sekolah.
rutin sama je tiap hari. takde best nya pun. hari-hari cyclenya sama je.

Rasa nya sama je kot tiap tahun time bulan puasa ni,
memang tiap hari sampai ke raya menu berbuka dan sahur saya adalah nasi putih beserta lauk.
saya, suami dan anak-anak sejenis pemakan nasi putih berlauk.
oleh itu memang tiap hari lah tugas saya masak lauk untuk buka dan sahur.
tapi as usual en suami tu jenis suka shopping pasar ramadhan.
dah tahu lauk yang dia beli tu nanti jadi membazir.. dia tetap gak beli ayam panggang tiap hari.
alasannya lauk back up takut saya tak larat nak masak.. alolololo so sweet laki ai.
kalau dah kita dah masak kan, 
dah tentu la lauk yang di masak cukup portion budget nya sampai ke sahur.
kesudahannya ayam panggang yg di beli tu tak di makan terus ke tong sampah jawapnya .

cuba gak hari tu pergi berbuka puasa kat sushi king sempena semua harga sushi sepinggan RM3.18.
lepas makan sushi tu, keluar kedai je..masing-masing pening tahan nak muntah.
perut bloated nya la.. nasi sushi hangin la.. macam-macam la salah menyalah.
tak semena-mena masa tu jugak masuk watson beli minyak angin sorang sebotol.

itu je lah cerita awal ramadhan saya.
insyaallah kalau datang rajin lagi, ada la entry pot pet celoteh saya...
gambar tak banyak ada sekarang ni..
sebab empunya diri dah gemuk satu hal
anak-anak pula memang terus buat muka tak semenggah bila snap-snap.
sepesen je dengan abahnya.. bila kita main boh je gambo dorang yg muka tak sudah masing-masing,
dimarahnya pulak kita ni nanti. baik tak usah ambik gambar dah sekarang.
makanya memang entry tak bergambar je la sekarang ni ya..










Thursday, May 17, 2018

Avengers : Infinity War


sebaik je tahu ada movie baru,
sepantas yang boleh saya beli tiket wayang.
beli kat GSC IOI Mall Puchong je
dekat dengan rumah, malas nak pergi mall jauh dari rumah
nanti makan masa lama nak sampai rumah waktu balik.

favourite kami sekarang bila tengok wayang
seat couple tu.
takpe la mahal sikit, asalkan kami 4 beranak selesa layan movie tanpa
di tendang orang belakang.
sakit hati betul rasa bila tengah syok layan movie
seat kita di tendang-tendang orang. Potong betuii!
sebab tu tak semua movie kami tengok kat pawagam
hanya movie yang betul-betul best je yang kami akan spend duit lebih sikit ke pawagam.

bila dah dapat seat best ni, saya macam biasa
akan packing selimut untuk anak-anak. untuk ziyad selimut, untuk haziq saya extrakan shawl.
baju sejuk memang setiap sorang ada.

yang tak bestnya GSC IOI Mall ni, timing yang dia bagi kita masuk
ngam-ngam je waktunya.
tak sempat pun nak ber possing bergambar dengan poster² movie yang kita nak tengok.
poster² tu semua letakkan kat bahagian dalam.
memang tak de la kami dapat bergambar dengan poster


tak dapat nak ambik gambar kat luar, kita selfie-selfie je la
kat seat ni kejap.
jadi lahh.. asalkan ada kenangan tengok wayang.





Tuesday, May 8, 2018

Iklan


Semakin dekat hari pilihanraya semakin rancak perang ceramah kempen.
Masa lunch time tadi telefon mak pun, boleh berenti sembang
Sebab mak dah nak siap-sap nak gi dengar ceramah umum kat rumah jiran,
Acik rumah belakang mak dah siap nak pergi dah masa tu.
Orang-orang kampong kan kalau nak pergi ke mana-mana kan berkawan-kawan jalan kaki.
Seronok je duduk kampong ni, boleh gether-gether jalan kaki nak gi kedai ke masjid ke
Kenduri ke jamuan ke even gi ziarah orang meninggal pun.
Boleh katakan satu kampung tu kita boleh borak.
Kalau kat bandar ni, pendapat saya sendiri la..
kalau sesama melayu ni susah la nak menyembang gitu-gitu.
Biasanya yang boleh sembang-sembang kosong
dan senang nak borak dengan orang cina dan india je.
Orang Melayu bandar yang pakaian ala-ala moden ni kureng sikit beramah mesra.
Ada pun yang melayu pakaian biasa-biasa, boleh la nak sembang-sembang kosong
Sambal pilih-pilih sayur.

Kalau nak tengok ceramah umum kempen pilihanraya parti pembangkang
Memang tak dapat la nak tengok full dekat tv .. dapat tengok kat internet je la
Parti biru pekat kemain gak kempennya
Setiap iklan kot ada di setiap paparan homepage. Homaiii kemain kempen nya.

Masa buka forum cari ternampak satu banner iklan manifesto,
Tetiba mata ter arah kat satu point manifesto nihh;

**Memperuntukkan bantuan khas berjumlah RM222 juta untuk peneroka-peneroka FELCRA, KESEDAR dan KETENGAH.**


Tengok angka bantuan khas tu berpinau-pinau mata tengoknya.
FELCRA ni memang ada kena mengena dengan saya ni.
Sebab apa, rumah dan kebun kelapa sawit mak abah saya kat kampung tu relate dengan FELCRA.
Kampung saya asal² kampung, di baik pulih dan dibangunkan FELCRA.

Kampung Ayer Hitam ni dulunya kawasan tanah pinggir
yang pernah terlibat dengan zaman perang jepun dulu
dengan adanya tapak tinggalan lapangan terbang jepunnya la, kubur jepun la..
macam-macam la kena mengena dengan jepun.

orang-orang tempatan asal yang ada masa tu pun ada la 3-4-5 keluarga je yang ada..
Di sebabkan kampung ni zaman dulu lansung takde orang nak duduk sangat,
sebab itulah kawasan kampung ni di bangunkan dan di pulihkan oleh FELCRA.
Pada yang rajin, macam abah saya meneroka hutan untuk buat kebun.
Membanting tulang mak dan abah saya menebas hutan tebang pokok bagai untuk dijadikan kebun.
Sesiapa yang tanah hutan nya dah cantik diteroka jadi kebun, 
dapatlah geran hak milik tanah.

zaman dedulu masa saya kecik huiii mengerikan suasana malam kat kampung saya tu.
Zaman dulu mana ada bekalan eletrik.. pakai genset je untuk hidupkan elektrik.
Rumah saya jadi tumpuan budak-budak terutama geng abang-abang saya melepak tengok tv.
Masa tu rumah kami je yang ada tv kat deret rumah mak abah saya.
Meriah macam wayang rumah saya dulu.

Setiap rumah masa tu mesti ada perigi. Merasa gak saya pengalaman mandi perigi. Sejuk hoiii.
Masa tu tak silap umur saya 3-4 tahun masa tu.
Masa umur saya 5 ke 6 tahun elektrik dan air baru ada.
Tapi selalu aje black out dan putus bekalan airnya sampai la sekarang ni.
Merasa juga mengangkut air perigi adik beradik bawa balik rumah..
lucu kenangkan..Perigi kami jauh nun belakang dekat rumah jiran.
Agak jauh dari rumah.
Bayangkan 3 orang budak bawak air sejauh tu, banyak mana sangat la nak penuh sebaldi air sampai ke rumah.
Sebab fikir kan jenuh nak berangkut air, mak abah saya tambah sikit kawasan dapur rumah.
Sambungkan satu ruang untuk bilik air baru, siap dengan satu kolah air.
Kawasan Kolah air tu takde atap, jadi bila hujan, air hujan akan terus turun ke dalam kolah.
Tak perlu lagi kami nak berangkut air perigi.

kolah air tu abah saya buat besar, bolehla kalau budak-budak nak berenang dalam tu..
Dengan saya pun berenang dalam tu.. umur 5 tahun terjun dalam tu,
punya berani nya budak kecik ni. Alhamdulillah panjang umur.
Untuk elak mak saya marah lepas pi berenang dalam kolah, saya basuh kolah tu.
Sambil basuh² kolah kita mandi manda..
Takde lah mak marah berenang suka ria dalam kolah tu. Hahahaha.. lucu betul kenangan.

Oh berbalik pula pada manifesto parti biru tua kat atas tadi,
Bantuan 222juta untuk FELCRA, KESEDAR dan KETENGAH tu.. alahaiii.. iya ka bantuan FOC nak di baginya tu?

Dedulu masa tanah kebun mak abah saya nak bertukar kelapa sawit daripada tanaman getah
Dia cakap duit tebang pokok dapat kat tuan kebun,
Upah tanam, upah baja dan bantuan bulanan sementara nak dapat hasil semuanya
akan di beri bantuan kepada peserta.
Tapi bila tuan tanah nak mohon untuk dapatkan & simpan sendiri geran tanah kebun kelapa sawit tu,
Dia suruh usaha kan lah ladang kamu sendiri..
bila dah usaha sendiri maknanya kena jd independent person
without concern of FELCRA anymore Beserta dikenakan bayaran balik segala bantuan yang telah di berikan…  , contoh dapat bantuan tahun 2000.. lepas tu kira berapa tahun dapat bantuan.. pastu kirakan lagi interest untuk berapa tahun dan tempoh.. berapa puluh ribu nak kena bayar tu.
hahahaha…bantuan lah sangat nya kannnnn.
Masa dia bagi bantuan zaman tok kaduk dulu takde pulak dia bagi explanation T&C black & white macam ni.
Tetiba masa penduduk buat tuntutan harta sendiri, tetiba benda-benda terbangkit macam ni.
ada anak yang bekerja dan ramai boleh la minta bantuan anak sikit-sikit.
Kalau acik-acik tu anak nya kerja kampung aje, cemane nak membayonya tu.
Macam-macam juga dengar saluran acik-acik kat kampung tu usahakan buat pinjaman bank komersial la, bank pertanian la..untuk bayar hutang FELCRA demi untuk mendapatkan hak milik tanah kebun.

Apa yang saya pinta pada bakal² YB yang listkan panjang lebar manifesto tu,
Tolonglah jangan setakat menabur janji manis.
Yang kesiannya dan amat terkesan sangat-sangat 
kalau janji tak di tepati ni pada penduduk-penduduk kampung.
Kesian tengok penduduk-penduduk kampung ni..
Barang-barang runcit dan barang basah kat kedai² kampong pun mahal-mahal sekarang.
Kebanyakan dari mereka orang kampong ni dah tak berapa larat nak keluar berbelanja jauh-jauh.
Nak dapat beli barang murah kena ke luar bandar.
Kalau Dulu harga barang basah tak beza ketara sangat dengan harga di pasar bandar.
Tapi sekarang ya allah, berganda mahalnya.

Apa yang boleh saya harapkan untuk PRU 14 ni,
Semoga pemerintah yang di pilih akan berkhidmat dengan ikhlas untuk rakyat,
membangunkan serta mengharumkan negara kita semula.
Dan juga boleh buat kita bangga bila di perantauan dan menyebut kita dari MALAYSIA!
HOYYEHH!!



Selamat mengundi Rabu 9 mei ni.. heeee tak sabar rasanya..
suami saya orang yang terpaling excited nak mengundi PRU kali ni..
siapa² yang saing esok kat SMKS4Bk, kita jumpa nanti ya!.. taaa!!