Monday, April 23, 2018

Kehidupan hari-hari




Assalammualaikum.
Dah sampai ke penghujung minggu yang last nak ke bulan May.
Cepat nau hari-hari berlalu meninggalkan hari semalam dan kelmarin.
Dalam tak sedar berbaki 23 hari lagi bulan Ramadhan bakal menjelma.

Rutin harian saya di hari bekerja dan hari tidak bekerja pun turut berubah sekarang ni.
Tiap hari lunch time saya akan fully utilizedkan untuk napping for an hour.
Kat office, Makan tengah hari memang saya tak ambil.
Waktu makan saya di ganti kan dengan makan heavy waktu breakfast.

Bukan untuk program diet tau.. ini program kesihatan saya yang sebenarnya.
Saya dalam treatment lagi sekarang ni..
Tahun lepas bulan October saya buat laporoscopy ops, masuk scope utk endometriosis.
Lepas ops, saya ambil ubat untuk stopkan menstrual. Untuk clearkan Rahim dalam 3 bulan.

Tapi sedihnya Setelah 2 kali consume ubat makan untuk stopkan menstrual
lansung tidak berkesan untuk diri saya,
Doktor tukar pula ubat yang lain, dos yang kuat sikit dari ubat yang pertama.
Ehh juga tidak berkesan pada saya.

ubat² makan itu lagi buatkan saya tumpah darah berbuku-buku melimpah ruah.
Bukan setakat itu sahaja, prolonged bleeding beserta sakit terguling-guling
bagaikan nak meletup perut di buatnya.
Sehinggakan saya berulang kali admit ward utk stopkan bleeding saya.
Tapi yang miracle nya badan saya tak susut pon L
Sama je montel.

Takde choice lain, kena juga ambil injection yang paling tinggi dosnya.
ubat yang ni side effectnya akan buatkan saya jadi seperti orang yang menopause,
Sakit lutut, memori agak kureng, cepat penat, sakit-sakit dan lemah² badan..
pendek kata segala simptom² yang ada dekat warga emas la
saya dapat rasa sebulan dua ni effect dari ubat ni.

Rasa mengantuk dan penat tu.. tak dapat digambarkan betapa mengantuknya.
Bila dapat lelapkan mata, wahhh dia punya nyenyak tu memang senyenyak-nyenyaknya.
Nasib baik lah anak-anak dah besar dah pandai urus hal sendiri.
Dan mereka dua beradik pun banyak membantu ibu nya kat rumah.
Kain baju basuh dan sidai memang dorang boleh di harap dah,
Sapu sampah dan kemas rumah pon dua beradik ni memang membantu
Cuma nya nak kena ada mandor (ibunya ni la) alerting them.

walaupun cepat penat dan kesihatan tak berapa lagi okay,
semangat untuk bekerja saya insyaallah masih lagi utuh.
dulu mak abah saya menoreh tiap-tiap hari tanpa culas. 
Bila musim hujan je mak abah cuti tak menoreh. 
lagi penat meredah panas terik menoreh kebun getah 7-8 ekar.
dari situ la saya kenal erti berdikari, kenal erti sikap untuk tolong mak abah buat kerja-kerja rumah
kenal erti tanggungjawap menjaga rumah dan jaga adik.
dari situ juga saya pandai urus masa, meet deadlines orang kata.

setakat kerja office, yang duduk di kerusi empuk.. buat data entry,
buat kira-kira matematik sikit, housekeeping office, jawab inquiry email.. phone..
typing serba sedikit word, excel, minutes semuanya dalam office ber aircond
dah terasa macam siksa lah sangat bekerja. Terasa jenuh nya keringat ni bekerja.
padehal waktu ber fesbuk wasap masa office hour tak fikir pulak rasa penat. 
kalau bekerja, tapi tak sudah-sudah merempan nak berenti kerja nak duduk rumah jaga anak

Bila hati tekad je nak berenti, berhenti je la kerja tu pergi duduk rumah jaga anak 24/7.
tak yah nak pung pang pung pang bercakap je lebih dari actionnya. 
tak baik pula rasa hati ni bekerja dengan rasa hati tak ikhlas bekerja macam ni. 
kan ada Keberkatan duit gaji yang kita terima tiap bulan kalau kita bekerja seikhlas dan sejujur hati. 

ada gak tu ..Bila kita tengah x berapa sihat ni, paling tak best bila ada yang berbunyi..
“ohhh sebab ni la yang tak beranak² ni ya”
Huk alahhh ko!. Aku yang tak beranak² ko kata ni dah dua anak lelaki aku lahirkan secara normal
Walau high risk labelled.

Yang dua orang anak saya tu bukan anak ke?
Yang orang-orang kecoh nak suruh saya beranak ramai ni korang ke yang bawak perut?
Korang ke yang mabuk ngandung? korang ke yang meneran bersalin?
Korang ke yang menyusukan? Korang ke yang menyara anak-anak saya?

Engkau-angkau yang setakat sedara atas nama dan darah ke, kenalan ke..kawan ke..
jangan nak sibuk² tanya hal saya bila nak beranak lagi.
bila dapat soalan macam ni tak kira tua muda saya soal dorang balik, ko bila lak nak beranak?
ko kan suka beranak. ai tak minat sangat beranak². 
kita kasik chance orang yang suka beranak.

Engkaurang yang suka beranak ramai, di persilakan beranak le seramai mana yang engkau suka!
Macam saya ni, nak beranak bila saya dan suami ready kesihatan, mental, fizikal dan kewangan.
Bukan main bedal je ikut suka..

Kadang tak faham dengan manusia ni, tak fikir lansung pasal siviks dan sensitiviti sesama manusia.
tak boleh fikir ke;
"Ada orang rezeki anak ramai
Ada orang yang rezeki anak dia tak ramai
ada orang lansung tak boleh beranak
Ada orang kaya raya
Ada orang sederhana secukup yang ada je
ada orang lansung papa kedana"

Apa yang penting kita kena sentiasa ingat
semua yang kita ada dan takda sekarang ni semua ALLah swt yang bagi.
DIA yang tetapkan dan tentukan untuk setiap hambanya.
Kita tak payah la nak kecoh-kecoh sibuk-sibuk nak soalkan apa yang ada dan apa yang kita tak ada.

Wasatiyyah la kita sentiasa didalam kehidupan.
Insya allah tenang je jiwa dan hati kita dalam melalui cabaran hari-hari yang mendatang.

Sekian dari setajah ietams J



*panjang lebar makcik ietams bebel hari ni... symptom menopouse² sangat la ni. hahahaha!!





Wednesday, April 11, 2018

Photobook! Nak juga buat ^_^


yeyyy!! photobook album gambar-gambar saya dah selamat tiba di tangan
nak pergi cuci gambar-gambar yang ada tak tahu la bilanya.
kebetulan ramai orang dah berjaya guna voucher untuk dapatkan photobook ni dgn harga murah
saya pun buat lah juga.
jenggg!! dah ada depan mata. seronok tengok gambar² dah elok di bukukan macam ni.



1st attempt saya saya dah tentulah gambar-gambar saya ke Hongkong bulan January hari tu.
nilah moment paling best kami holiday.
bersama anak-anak kesayangan bercuti ke over sea,
walau cuma dekat je tak jauh mana dari Malaysia.



alolololo.. comelnya la hai gambar-gambar kami di sepanjang berada kat hong kong.
bila tengok gambar-gambar ni, hati teringin je nak jenjalan holiday macam ni lagi.
tunggu la nanti, ada rezeki insyallah jalan le lagi nanti kan..