Wednesday, March 7, 2018

Pilih ikan segar (cara saya)



cerita holiday ke bangkok kendian² saya sambung ehh,
yg benarnya tak tau letak susun ikut hari.. Nak kena ambik nafas panjang dulu baru boleh sort ala-ala cantik tersusun.
kali ni saya nak share pasal beli ikan.
saya ni memang kerap membeli barang-barang basah untuk kegunaan harian sefamili.
tips yang saya buat untuk pilih ikan tu segar ke idak, kebiasaannya saya akan tengok insang ikan tu.
ni yang ilmu yang mak saya ajar dari kecik-kecik dulu.
kena tengok insang ikan tu merah dan keras macam gambar kat bawah ni



**gambar adalah dari google. source dari forum cari. Tq!

kena pilih insang yang kat tanda √ yang macam dalam gambar
ada juga beberapa kali dulu masa saya tengah syok-syok pilih ikan ni,
datang lelaki muda dalam lingkungan 20-an tanya saya
akak, macam mana akak pilih ikan ? Macamne nak tahu ikan tu elok
lepas saya tunjuk serba sikit, laki muda tu terus bagitau partner dia.. Bini dia la gaknya kottt.. dah mereka berdua bersama-sama pilih ikan ikut tips saya.. hihihi..

ada juga perempuan cina akhir 40-an tanya saya
macam mana you pilih ikan aaa? Macam mana u pilih mana satu fresh?
again.., saya share ilmu secoet saya kat auntie tu. Kemain happy auntie tu pilih selak insang ikan-ikan tu.

picit-picit ikan pun saya buat gak, kalau tekan-tekan ikan tu rasa lembik semacam je maknanya ikan lama tu
so biasanya saya akan check 2 benda je la. Tekan-tekan badan ikan dan check insang.
kalau dua-dua okey, terus ambil dan timbang.

kebiasaan suami saya akan bawa saya membeli stok barang basah untuk 2 minggu. Saya dan dia berganding bahu pilih-pilih ikan. kadang-kadang berebut ikan yang sama.. hahaha.. pilih ikan pon riuh kami ni. kalah bebudak.

siap pakej la kalau beli stok seminggu dua ni,
ada ikan, ayam, daging, kaki ayam, sotong.
nak masak apa, ikut pandai saya la pelbagai kan hari-hari. Janji masak!
cukup nak 2 minggu otak saya pun dan sangkut takde idea nak masak ape dah.
sekarang ni ziyad anak saya yang kecik tu kemain selera makan dia..
pagi-pagi pun dah nak kena makan berat.
rajin gak stok sepatutnya untuk dua minggu, tetiba jadi stok seminggu je bertahan.

kalau dah pagi-pagi pun saya dah tanak nasi masak lauk macam makan tengahari.
memang tak sempat sampai seminggu la stok-stok basah kami. Hehehehehe..


moga saya terus sihat walafiat dan berikan kekuatan untuk terus menjadi ibu dan isteri yang rajin, amin.

sampai jumpa lagi, wassalam.



No comments: