Saturday, March 3, 2018

Hati remuk baca



perasaan tak best sikit bila baca kisah Intan Liana
Kes si pemuzik bebas namanya Ude status berkahwin dgn intan dah 4 tahun ada 2 anak,
dua anak lelaki berumur 3 tahun dan 1 tahun, tiba-tiba bernikah dengan pelakon Izreen Azminda.




walau pun takde kene mengena dengan diri kita,
saya seorang perempuan dan juga isteri, ada gak terasa hati tak bestnya tu
ni lebih kurang kes macam kawan saya dulu la juga ni
tapi macam sahabat saya, okey la boleh move on cepat
sebab sahabat saya memang isteri yang bekerja, ada kereta sendiri.
beza dengan intan ni...full time housewife & takde transport.

intan liana isteri pertama,
yang hanya dapat tahu si suaminya dah bernikah lain selepas 3 bulan pernikahan.
sadisnya, baru je melepasi 6 bulan hidup bermadu, tup tup dah nak cerai
permohonan cerai tu pula adalah dari si suami.
menggunakan khidmat lawyer yang bukan calang² orangnya, peguam Syarie, Datuk Mohd Zaidi Mohd Zain

senang² je ceraikan bini pertama ya orang lelaki ni lepas dah dapat bini muda.
bila tengok kat video masa reporter interview intan ni, sebak hati saya tengok kan..
tak tau macamne remuk nya hati intan tu kan,
orang yang menengoknya mcm saya pun dah rasa down sgt, empunya diri lagi sangat entah macam mane agaknya.

saya doakan Intan kuat semangat dan kuatkan hati.
dan harap-harapnya anak-anak kekal dapat penjagaan pada si ibu.
ye lah, intan ni tak bekerja. dia start jual brg² online tu pun mula bulan November tahun lepas
yakni bulan yang sama dia tau dia di madukan sang suami.

kalaulah kan hak penjagaan anak di buat tuntutan kat mahkamah
alahaiii seram pula kenangkan..
kena ada pendapatan bulanan yg tetap kan, baru kukuh utk dapatkan hak penjagaan anak². ke salah?
saya pun kurang arif.

fikir-fikir semula memang penting perempuan yang dah kahwin dah jadi mak ni ada karier sendiri
kalau tak kerja makan gaji pun, kerja sendiri tapi pendapatan bulanan tu stabil dan kukuh.
untuk standbykan diri untuk hadap bende² yg tidak di ingini berlaku macam ni la.
yang tak pandai driving kena mantap kan skill driving,
ada duit lebih beli kereta untuk diri sendiri.

oh agaknya mentaliti yg standby bagai untuk masa depan macam saya ni
mungkin purposely untuk org² zaman dulu je kot.
sebab zaman sekarang ramai sangat perempuan² yg ber degree masters diploma holder
willing to duduk rumah dah 100% depends on husband.
ye la..husband muda² zaman sekarang caring, loving, romantic..
perempuan nak kahwin pun sekarang cuci kaki je kahwin dah boleh buat majlis kahwin ala-ala artis.
memang gah betul la majlis kahwin zaman sekarang ni..siap ada dancing-dancing lagi.





No comments: