Thursday, January 4, 2018

Breastfeeding in Public


Topik ni topik nya macam umum tapi ada juga Nampak macam sensitive.
Yang Nampak sensitive tu saya lah yang rasa topik tu topik sensitive.
Tapi ramai je rasa Breastfeeding in Public ni bagus dan boleh buat diri tu berbangga macam ni;

“Yaaa!! Aku lah ibu yang terbaik di dunia ini yang dapat susukan bayi ku..”
"aku lah ibu paling berjaya dapat menyusukan bayi dengan susu ibu!"
“Dah anak aku lapar susu, tak kan lah aku tak bagi anak aku menyusu”

Itu ayat-ayat ibu-ibu muda zaman sekarang yang ber jaya menyusukan bayi nya masa kini.
Ya, memang betul kita sebagai ibu perlu susukan anak yang lapar nak menyusu.
Tapi…, tak kan lah depan-depan public nak di tayangkan asset si ibu?

Tak faham dengan mentality ibu-ibu zaman sekarang.
Kalau lah ibu tu tu free hair, kita boleh bersangka baik mungkin ibu tu bukan ibu muslim.
tak kisah open segala benda nak open.
yang takde halal haram untuk dedah aurat.
iNi!!.. sah-sah ibu nya bertudung menutup dada, baju polos longgar.
yang berada di Malaysia, tanah melayu.

Selamba sahaja duduk bersila menyelak baju menetek bayinya in public tanpa rasa malu!
ibu-ibu yang sebegini ingat dia selak tanpa cover tu, ter cover kah asset tu dari orang nampak?
bahagian atas asset tu memang lah tak nampak
bahagian bawah tu jelas oiiii kelihatan!!!
korang bagi free show je kat khalayak umum.


saya ni pun fully BF mum untuk kedua-dua anak saya.
alhamdulillah perasaan malu masih tebal tersemat dalam diri saya.
setiap kali keluar jenjalan sentiasa ada shawl besar untuk buat cover.
pemilihan tudung dan baju pula memang jenis BFfriendly.
takde la de nak menetek selamba je depan orang ramai.
kalau takde sangat BF room kat shopping mall / kedai masa anak melalak minta susu,
gigih saya bawa masuk bayi dalam kereta untuk menyusu.


bukan semua terdedah ni nice to see.
yang tutup² ni lagi sweet to see kot..
sekian luahan perasaan senior BF mum. heee...