Thursday, November 23, 2017

Promosi Mini Wipe Tissue


Dekat office sekarang ni, dah ada kedai baru kat Ground Floor
News.com.
Memang bagus nau ler buka kedai2 cenggini kat building ni
Yang penuh dengan cafĂ© with alcohol and so on..*paham² je la kan..
Lepas ni Tak payah le saya nak seberang jalan jejauh semata nak ke Seven eleven

Untuk membeli cultured milk drink. *eycheh!




Try sekali masuk tengok² apa yang menarik.
Wahhh memang menarik sangat nihhh,
Mini wipe tissue 50 sen aje satu paket,
Tapi untuk dapatkan harga tu kena la beli 2 paket sekali baru la dapat harga RM1
Kalau sesaje nak beli sepeket je mini wipe tissue tu memang tak dapat la 50 sen,
Pakej dia is “buy two mini wipe tissue only pay RM1”
Duit ade kat tangan cume RM2, dapat 4 packet je la saya beli haritu.

Tempoh promosi nya sampai 30 November aje.




Nak kena repeat beli banyak² ni, boleh buat stock.
Comel je tisu basah mini ni.

Sedang comel je masuk handbag kecik den!






Friday, November 17, 2017

Try nak Ambil Mood semula!



Tengok entry blog, last update is 27 September,
Sekarang dah nak habis bulan November.
Kira-kira macam Sebulan lebih gak blog ni senyap ..
Click blog list, baca satu-satu blog orang.. terasa inspirasi nak update entry.
Tapi idea yilekk..
Belek-belek gambar, eh banyak pula gambar makanan.
So saya tepek kan aje la gambar² menu masakan makan malam saya.







Nanti-nanti bila buka tengok blog, ter fikir “eh ada eh aku masak macam ni dulu-dulu??” hahahaha..

Ok itu dulu setakat ni.. tata!
*entry auto publish ni*

Thursday, November 16, 2017

Cerita yang Biasa



Assalammualaikum,
Sejuk je cuaca sekarang ni,
Pergi kerja dingin je rasa.
Pasang aircond kereta pagi² tu pun boleh terketar tahan sejuk
Anak-anak saya makin liat nak bangun pagi.
Nak-nak ziyad, huiii dah banyak akal betul dia sekarang ni.
Akal mengada toksah cakap.
Mengetap bibir je la hari-hari saya ni.

Berbaki seminggu je lagi nak habis sesi persekolahan sebelum anak-anak bercuti sekolah.
Plan cuti sekolah tahun ni kami takde rancangan kemana-mana.
Yang saya tau saya tiap hari sibuk.
Sibuk nak fikir menu sarapan dan makan malam.. hahaha..
Anak-anak demand lebih sangat,
Mereka prefer makanan mak nya masak oi.
Tiap hari nak makan makanan ibu masak.
Ada juga beberapa kali saya ni nak mengelat masak, melalak si ziyad minta nasi
Failure terus rasa diri ni tak dapat fullfill hasrat anak.

Alhamdulillah setakat sampai hari ni, saya Berjaya la masak sarap dan makan malam.
Bila masak je kerja nya kan tiap hari sensorang kat dapur tu
Rasa juga sunyi sorang-sorang godek-godek periuk dan kuali..
Nasib  baik ada Instagram, layan je la perasaan sendiri me record IG Story
Tunjuk ape bende yang di masak.
Nak tunjuk muka sendiri tak berapa muka siap..hahaha
Record je la gambar periuk kuali semua tu.

Semalam tengok result final exam haziq.
Alhamdulillah tak corot nombor dia, walaupun 3 subjek drop dari exam 1st Semester.
Menangis terharu saya tengok peningkatan haziq.
Tahun depan haziq dah darjah 5, dah tak boleh main-main lagi belajar ya,
Kita sama-sama struggle ya haziq!

Bila surfing men google tadi, sayu je hati tengok iklan..huhuhu..
















Ni peli ke hape ni? I tak pregnant lagi tau.. u jangan nak siksa hati aiii.. wekkk! ;p