Trend minggu² kebelakangan ni trend ambik gambar laki
bini
Beserta caption, “Ini suami
saya, jangan ajak suami saya pergi karaoke”
Takpun, “sebelah ni
suami saya, kalau nak ajak suami saya ke karaoke, WAJIB ajak saya sekali!”
Siap sekali dengan tetibanya ada persatuan isteri-isteri
dan mak-mak.
Macam lucu pun ada, macam over pun ada. Tapi macam ada
juga rasionalnya.
Tu semua rasanya rentetan dari kes Aliff Aziz yg
berskendel dengan adik Anzalna, Afifah dan Aliff berpegangan tangan berdua-an di pusat karaoke dan telah hangus di ambushed oleh isterinya yang berada dalam hari ke
20 tempoh berpantang, Bella Astillah yang super comel to the max pada saya.
Selalunya macam ni la kan.. yang busuk, yang letih, yang
merana perempuan aje lah yang dapat.
Contohnya banyak sangat kan, antaranya meh kita tengok;
1) bila perempuan dah kahwin, lewat
dapat anak orang cepat je tuduh perempuan tu tak subur. Pun jadi sebab suami
cari lain.
2) bila tengok suami selekeh, bini
dressed up kebabom macam model, orang terus cakap bininya tak jaga laki dia le tu.
Tak lama sok laki cari lain la tu
3) bila tengok bini selekeh, lakinya
pula yg dressed up, orang soksek soksek belakang ni mesti laki dia ada skendel
ni.
4) dapat bini yang jaga makan pakai
suami, si suaminya pulak pemalas ya rabbi sampai tak tau nak buat apa pulak
waima jaga anak pun sampai tak reti.
5) bila bini jenis 24/7 jenis pengemas,
suaminya pula rasa rimas. Rasa tak bebas kat rumah.
6) dapat bini
pemalas mengemas rumah pun boleh jadi punca laki cari lain.
7) masalah
dalaman perempuan yang tak kena selera suami pun ada juga
8) oii Dan macam-macam hal lg la yang wujud
kat perempuan ni buatkan laki cari lain. Segalanya la hai serba tak kena kat
perempuan ni
Fikir-fikir semula, semuanya orang perempuan aje le yang
jadi mangsa.
Dah kahwin, mengandung, dah tu jaga anak, pastu kena jaga
laki, jaga rumah lagi , jaga segala nya la pendek katanya.
Bila dah kena jaga tu semua, kena pula pantau suami juga,
terLeka je sikit.. memang cepat je la sang suami tu teralih
arah. Apa yang sebenarnya orang lelaki ni nak kan dalam hidup pun tak tau.
Macam kan tak pernah puas je dorang ni kan.
Tengok orang-orang dulu-dulu.. setia dari awal kahwin
sampai hujung nyawa.
Kalau nikah ramai pun bukannya skandal sana sini.
kebiasaanya orang dulu-dulu Cerai yang ni, nikah yang sana.
Tak banyak rasanya kot yang kahwin ramai.
Kahwin cerai banyak kali tu ye macam biasa dengar untuk
orang dulu-dulu.
Bila tengok bella astillah ni, berkenan nya la saya
tengok. Comel budak ni.
Kecik je badan. Lawa lah! Tolong la aliff oi. Behave sikit
perangai tu.
Tak payah la nak cinta lokasi sangat. Mainan dunia aje
tu!
alahaiii comelnya bella ni..
apasal ko ni comel dan lawa ni dik??
akak suka sangat .. love!love!love!
maafkan la saya ya.. entry saya sekarang ni lebih banyak ke arah bebelan.
tension kerja sekarang ni macam lain macam sikit la.
bukan tension sebab buat kerja tu susah.
tensionnya sebab melayan orang-orang tua bekerja..
menyakitkan hati oi.
saya buat kerja account,
pastu deal dengan orang tua account company dikberadik yg manjang cakap tak tau.
lepas tu end up dia salah kan kita.
kebangangan sangat tau melayan attitute macam tu.
nasib baik segala kerja saya semua ada catatan tarikh, masa dan beserta dokumen lengkap.
bukan setakat nonsense words.
tiap bulan masa bagi invoice suruh kita bayar.. (routine payment),
5 minit lepas bagi invoice tu confirm minta balik invoice tu sebab kena revise. Aiyoo nyonya oi!
bila kita dah buat giro payment, siap sekali dah cc email kat dia bank advice.
dia boleh suruh junior trainee dia datang kat saya minta payment advice lagi.
tak ke bull shit sangat perangai nyonya ni!
ko dah nyanyuk ke hape ?
tu dah kerja company multinational dah tu...kalau syarikat enterprise tak tau le cemane gayanya.
gambar² si comel Bella ni saya ambil dari IG beliau.