Friday, June 9, 2017

5 Local Malaysia’s universities being listed among world's top 300


Salam Jumaat dan salam Ramadhan 14 dari saya.

Terexcited pulak nak update entry blog hari ni.

Tahniah untuk ke lima-lima Universiti tempatan!!
Saya tumpang rasa bangga dengan pencapaian Universiti² ni.

Universiti Malaya (UM)                                  ranking 114

Universiti Putra Malaysia (UPM)                    ranking 229
                                                                        Meningkat dari ranking 411 tahun 2013/2014

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)         ranking 230
                                                                        Meningkat dari ranking 302 tahun 2016/2017

Universiti Teknologi Malaysia (UTM)             ranking 253
                                                                        Meningkat dari ranking 355 tahun 2013/2014

Universiti Sains Malaysia (USM)                    ranking 264
                                                                        Meningkat dari ranking 330 tahun 2016/2017

Bertambah bangga saya ni pun‘keluaran’ UTM… yeyyyyyhoo!

Baru la seronok nama Malaysia ‘wangi’ kat luar negara.
Rindu nya nak dengar orang² luar ni bercerita pasal Malaysia yang bagus

Seperti mana cerita-cerita mereka pasal ketokohan dan bagusnya Tun Mahathir suatu ketika dulu.




Friday, June 2, 2017

Saje nak cerita - MH128D 31May2017



Minggu ni berita pasal Malaysia Airlines agak gempar sikit kan..
gara-gara ada mamat mabuk dari Sri Lanka buat kacau dalam flight MH128D.

aiyooo haii dah tiba masanya Malaysia Airlines revise semula penyediaan alcohol dalam penerbangan kan.
Entah-entah mamat mabuk tu ada minum alcohol sikit sebelum fly.
Bila dah masuk on board up lagi alcohol.
Makanya kandungan alcohol dalam badan dah makin meningkat sampai tahap mabuk dah. Tu yang adrenalin dia membuak² naik sampai buat kacau.

Bila dah mabuk, macam-macam la perlakuan luar dari kawalan boleh tercetus.
Mujur la dapat juga di kawal oleh cabin crew dgn di bantu juga dengan penumpang.

Bila fikir² pasal perkara yg tak dijangka macam ni,
Kena juga la update system pengambilan pramugara pramugari.
Uniform pramugari update la pakai seluar.
Nak maintain pakai kebaya tu boleh, tapi padankan dengan seluar.
Lawa ape! Trend dah kan sekarang kebaya pendek match dengan seluar.
Dah tak relevan dah pakai kain belah zaman sekarang ni.
lagi pula pramugari² overseas trip dah ramai yang senior², 
badan pun mana la macam lidi lagi kalau dah beranak pinak kan.

Tambahkan sekali basic skill martial art dalam requirement.
Yang paling penting ambil lelaki yang JANTAN.
Takyah ambik yang metrosexsual sangat. Apa yg saya tengok sekarang ni
Yang mana lelaki metrosexual ni banyak dah ke arah yang pentingkan cantik lawa dan berhias tapi selfish, ala-ala lembut dan sombong. Pastu sakan le dengan media social. Tak sudah² Selfie OOTD kaki ke depan bajek handsome, kaya bergaya. oh Maiiii

Mungkin la saya Nampak sebahagian yang teruk macam tu lebih banyak dari metrosexual guys yang bagus. memang tak pernah jumpa pun metroguy yg bagus

Cuba cari laki-laki yang anak jantan, keras dan proactive.
Dorang yang anak jantan ni banyak nya tidak la sombong berlagak nak banding dengan lelaki yang bajek handsome sedunia.

Kebetulan pula kes ni jadi dalam bulan Ramadhan.
Tu semua dugaan Allah bagi kat dorang.
Syabas pada krew kabin MH128D dapat tangani isu ni.

Diam tak diam dah 7 Ramadhan dah kita puasa hari ni.
Saya tengok geng-geng tailor saya semua sakan menjahit tempahan.
Seronok tengoknya.
Saya belum mampu lagi nak ambil tempahan untuk raya.
Tension dia lain macam tau.
Saya ni dah le pencinta tidur malam. 
Sayang betul mata saya nak berjaga malam siapkan tempahan jahitan hahahaha…

Start dari awal puasa sampai ke hari ni,
saya belum missed lagi tidur lepas sahur. Over sangat tahun ni punya tenaga.
Tahun sebelum² ni saya relaks je tak tidur lepas sahur, terus siap pergi kerja.

Tapi Ramadhan tahun ni bersemangat betul saya sambung tidur lepas sahur.
Kalau ikutkan hati malas nak bangun sahur sebenarnya. Kekekeke..
Pakkal ler suami dan anak² pencinta nasi dan sahur.
Ku dayakan jua bangkit sahur.
Dan sebab tu la jugalah tiap-tiap hari mata dan muka saya sembap.
Harini pagi tadi terlupa pulak nak tuam ais kat mata, 
menggagau saya cari besi kat office ni.
Office sekarang ni aircond nya suhu sejuk nya tahap musim autumn..
serious punya sejuk, bukan Staf tempatan je rasa sejuk, 
Jepun² pun berjaket setiap masa dek kesejukan.
tu yang barang² dekat office semuanya mengikut terasa sejuk.

ok ni tips saya nak uruskan sembap muka.
Tuam muka dengan stapler macam ni,




Denggg!! ada la juga kurang sembapnya.


 

Sekian lama menghilang blogging, tetiba harini timbul. 
ucapan Salam Ramadhan dari saya!
sana sini dah berkumandang lagu raya oiii...
bersemangat Klang Valley ni nak sambut raya!