Thursday, April 6, 2017

Macam-macam Yang Nak Cerita tapi...



Apa maksud passion ye?
Tengok kamus tadi Passion ni maksudnya asmara, kesukaan, ghairah, keberahian, kegemaran.
So dalam kes entry saya ni
passion yang saya maksudkan adalah “KEGEMARAN DAN KESUKAAN” saya.

Nak cerita kegemaran dan kesukaan saya.
Saja nak kongsi-kongsi je tak bawak maksud yang lain pun.
Saya paling suka sangat tengok kain.
Kalau masuk kat kedai kain macam KAMDAR dan TEWAH, huiiii haiii perasaan tu
Tak boleh nak cakap betapa seronok nya.
Jakel, Gulati’s tu suka gak.. tapi banyak tertekan perasan bila masuk kedai dia orang ni.
Promoter kain tu ya ampunnn mengekor punya rapat. Dah macam bayang-bayang kita oi?!
Usik je kain, dah diturunkan kain buka gulungan bagi kita tengok. Aiyooo!!
Bergerak ke kiri mengekor, ke kanan mengekor.
Pening makcik ni serabut kepala tak boleh pilih kain dengan tenang.

KAMDAR dan TEWAH rilek je promoternya, bila cutomer panggil baru lah datang kat customer.
Customer bebas nak tawaf satu kedai,
jamu mata dan boleh pilih kain dengan tenang dan gembira tanpa gangguan.
Ikutkan hati ni setiap kali teringat kedai kain, mesti rasa nak pergi beli je.
Tapi fikir-fikir cuaca panas nya, petrolnya.. parkingnya.. terus rasa terdiam hati nak menyopping kain.

Yang sebenarnya banyak lagi Kain tak berjahit ada kat rumah tu.
bagus sebenarnya Tailor ni bertimbun stok kain kat rumah.
kes macam saya ni kan, bila ketension-an aje, merapkan diri menjahit.
tetiba je dah siap! hahahaha

Dang! My peplum kurung moden with horsehair braid.
mana tahan kan Neelofa je tak sudah pakai baju kembang sana sini, hakak pun nak gak merasa.
kalau nak tempah kat orang, kompom kebabom harga tempahan-nya..




minggu sudah fully busy saya ke sana ke sini.
macam-macam hal.
sudahnya kain baju tertunggak tak berbasuh.
nasib baik ada Mesin dobi 24jam, sempat le saya dan en abah mendobi baju-baju kotor.
tengah² malam Isnin, laki bini ni mendobi.

sabtu ke klang, jemput mak en abah
ahad ke nilai, MIL bershopping carpet.
kami kepenatan al kelesuan.. bukannya minat sangat shopping sana sini.

pesen kami kalau shopping, survey.. berkenan.. terus beli je.
MIL saya bila dah bertimbun carpet depan mata, rambang mata jadinya.
kaki pun rambang, kejap ke hujung kejap ke tengah kejap ke sudut pilih kain.
**OIT! kain pulak hakak ter cerita.. nak cakap pilih carpet.
tengok kan.., betapa obses nya saya ni dengan kain. nak cerita mak mertua saya pilih carpet
ter taip "kain". Kain Obsessed sangattt!

tak banyak gambar, smpat le snap-snap gambar
waktu mula-mula baru sampai gudang karpet terus dari kilang Nilai 3
* gudang karpet terus dari kilang Nilai 3 adalah tagline dia kat  banner. *


dapat la suruh Ziyad ber possing ni ha, belum penat lagi..
abg long haziq memang awal² dah refuse keluar kereta mengikut kami-kami ni.
dia rela lagi lepak dalam kereta..


saya sebagai props. hahaha..
Mak mertua saya kat belakang tengah syok pilih-pilih carpet ..

oh lupa pulak nak ambik gambar kenang-kenangan kereta penuh sendat dengan carpet.
8 keping carpet oi mak mertua saya memborong..hahahaha geli hati..
en. abah geleng kepala tengok hasil shoping-an MIL.
dia memang macam ke-baru-an *read:shocked/surprised sangat². 
Mana lah pernah bininya bershopping banyak-banyak sampai penuh bonet macam ni,