Tuesday, January 10, 2017

6 Ciri Yang Menandakan "Your pride is Taking Over Your Life"


assalammualaikum di tahun baru..
tak sangka tahun 2017 dah kita sekarang ni ya.
kalau Tun M masih memerintah Malaysia lagi sekarang ni, agak-agak rasa²nya
banyak pembaharuan serba moden mungkin, dah maju berganda segala teknologi
pengangkutan, prasarana, aset yang selaras dengan impian dan wawasan 2020 Tun M
yang tinggal lagi 3 tahun je nak ke 2020.

eh tidakla saya kata 2017 ni tak maju.
Maju juga. segala-galanya bernaik Maju. Segala bil letrik, bil Air, maju naik kan harga,
segala barang-barang pun semuanya naik harga.
Tak kira barang runcit ke sayur ke minyak masak ke petrol ke.
semuanya makin maju naikkan harga.
Syabas pemimpin dan menteri-menteri kerajaan Malaysia. Bagus pentadbiran kerajaan anda.


sambil-sambil kita buat kira-kira belanja bulanan,
moh ler sambil-sambil kaji diri.

zaman sekarang ni semua persaingan sengit kan.
apa-apa je semua kena bersaing.
Dulu-dulu boleh la survived if buat apa-apa dengan ikhlas dan tak berkira.
tapi tahun ni., kalau kita ni bersifat murni budi bahasa Tapi kalau tak pandai bodek,
nyah kau disana duduk dendiam Mereput je la kauu dengan sifat murni dan ikhlas tu.

saya tengok diri saya if ada tanda-tanda pride tinggi nak take over ..huhuhu

1. You find it difficult to admit "Your Mistakes"
saya cepat je ngaku bersalah kalau ada buat mistake. 
ada gak rasa macam bodoh tu kenkadang. 


3. You find it difficult to say "Sorry" even when you know you're wrong
ni pun cepat je say "..sorry my mistake" "...sorry due to my overlooked of it..bla..bla.."


3. You refuse to back off an argument even if you know you've lost
saya ni lansung tak join argument nya pun. Masa bila nya nak refuse to back off
lagi loser saya ni oi..


4. You always compare
compare dalam hati je. sungut-sungut sendiri banyak ler. nak direct? kot dapattt..


5. You're afraid to ask questions
saya suka tanya lak, segala benda nak tanya. acaner?


6. You're afraid to said "I Don't Know"
ikut keadaan. kalau customer, saya kurang cakap tak tau, sebaliknya saya akan bagi jawapan saya akan check dulu walau hakikatnya haram aku nak tau ape bendenya tu.
Tapiiii.. walau tak tahu waima tak paham sekalipun apa orang tu cakap, gigih saya salin segala biji perkataan orang tu punya ayat. Jadi saya akan baca balik apa ayat-ayat customer tu untuk tanya dan sampaikan kepada yang berkenaan dan berkaitan.

tapi kat anak-anak saya, saya suka cakap saya tak tau. sebab contoh nya kan macam ni

anak no 1 :  ibu...  boleh tak abang long nak rm5 esok, nak beli buku
Saya         :  tak tau la ibu. Abg long tanya kat abah yer

anak no 2 : ziyad suka la biskut ni ibu, nanti kalau kita pergi Giant, kita beli banyak-banyak yer ibu
Saya         : Ibu tak tau la Ziyad, Ziyad cakap kat abah ye.


jawapan tak tau saya tu dapat menyelamatkan diri saya kan..
bila anak-anak saya tanya kat abahnya, dah tentu-tentu abahnya yang akan bagi duit dan belikan.
kan selamat dah saya kat situ kann... kekekekeke...bijak bukan


maknanya pride saya tak lah tinggi mana kan.
panjang akal sikit je dengan anak-anak.
kagum la saya dengan budak-budak muda zaman sekarang
pride tinggi melebihi pride menteri walaupun hampeh je kualiti.
pandai bodek dan courtesy orang , kita tengok sejauh mana hang boleh pergi
memang boleh pergi jauh la kome, silap² sekejapan boleh jadi menteri





No comments: