Monday, August 22, 2016

Movie Day Out - The BFG


assalammualaikum..
lama betul blog saya menyepi.
perasaan rindu dan kesian tu selalu datang.
tapi tu lah.. tak menyempat.
macam tak cukup je masa. dedulu kurang keluar makan masa break, dapat la hadap blog.
masa sekarang ni...lunch time saya sekarang ni pun ke busy an.
bukan busy buat kerja masa break tu.. saya busy pergi keluar makan.
bila umur dah lebih dari 35 tahun ni., perut saya rajin tak tertahan-tahan bila rasa lapar.
dah tak boleh skip makan.. 

saya nak cerita aktiviti throwback saya aje la yer..
hari tu ziyad, anak saya yang kecik buat masa ni request nak tengok wayang.
merengek nak tengok BFG.
saya dengan en abah ni ingat budak ni sesuka je la nak kelentong saya.

yang kami ni tak pernah pulak dengar nama cerita BFG..BFG..
macam main-main je nama tajuk filem BFG.
bila dah google.. baru lah tauu!
alkisahnya betul ada filem baru nama The BFG ni ya .

nampak nau ibu dan abah haziq ziyad ni dah ke arah ala-ala OutDated. Huhuhuhu.



Bila dah tau nama tajuk movienya, saya pun beli tiket.
Online kan aje beli tickets.
destinasi pilihan kat TGV SetiaWalk Puchong.
sebab seatnya best, comfort dan kedudukan kerusi nye menurun dia bagus, 
takde halangan kepala dari orang depan. 
ruang antara tempat kaki dari kerusi ke kerusi depan pun luas.
memang selesa la.



sempat juga saya snap-snap gambar masa dalam cinema hall ni.
sebab aircond nya sangat-sangat sejuk, selimut terus saya bawa bekal untuk anak-anak.
en abah saya bekal kan pashmina je. saya tau beliau segan nak pakai selimut. kuikuikuikui..

komen saya cerita The BFG ni best!
cuma permulaan dia slow sikit...kata en abah awal² buat dia rasa ngantuk nak tidur.
tapi untuk saya yg jiwanya lembut ni, tak rasa slow pun.. 
rasa best je dari awal hingga akhir.
total tiket RM56 untuk dua dewasa, dua kanak-kanak. sekali dengan caj.
lupa dah caj ape ye..
agaknya processing charge kott.
caj RM2 dikenakan utk online purchase.

banyak benda nak update ni.
free je nanti, mendeu-deru blog saya punya entry ni nanti...








3 comments:

aCik Anie said...

dah besar hero ieta yer.. lama tak jenguk sini..:)

aCik Anie said...

dah besar hero ieta yer..lama tak jenguk sini:)

Jari Manis said...

Dh lama x pegi tgk wayang sbb tix tu makin mahal skrg