it is true that the present is coloured by the past. It is also true we can choose the colours of the future..
Friday, April 15, 2016
Campur-campur Suka-suka
tetiba pulak hari ni blog ni ada update.
hohohoho..
bagus juga Cuti Songkran ni kan.
kilang kami tutup, kerja pun takdok.
nak buat-buat sibuk pun tak tau nak berlakon kat celah mananya yang sibuk.
bila dah selak-selak gambar,
tu yang datang pula ilham nak masuk blog.
gambar yang ada ni tak specific satu hari dan satu masa.
semuanya main ambik-ambik campur-campur suka-suka aje.
gambar yang saya tudung purple ni masa cuti sekolah bulan March 16 yang lalu.
bawa anak-anak tengok wayang.
Cerita BoboiBoy the Movie.
awal pagi lepas sarapan pergi IOI Mall Puchong.
malas nak beli online, sebab ni first tima kami nak tengok wayang dekat IOI Mall Puchong.
tak tau lagi tempat kejadiannya macam mana.
betapa semangat nya kami bangun pagi dek tengok wayang punya kisah.
pergi kaunter dengan berhajat nak beli tiket wayang untuk tengahari.
rupanya tiket Fully Booked woh seat-seat best!!
giler ah BoboiBoy..
puas godek sana sini dengan adik kaunter, akhirnya kami beli untuk midnight punya time.
terus balik rumah dulu.
koser la nak menunggu dari tengahari sampai ke malam dekat Mall.
jangan terkejut saya recycle je pakai baju siang.
balik rumah salin baju lain, baju tudung tu hang kan elok-elok, nanti malamnya boleh pakai semula.
ni kes pemalas, sila jangan tiru!
kami balik rumah, suruh dengan cara paksa anak-anak tidur siang lelama.
dengan alasan untuk dorang tahan mata tengok midnight movie
pukul 12 tengok movie BoboiBoy.
saya dan en abah awal² dah target kami berdua akan lena sepanjang cerita.
salah sama sekali rupa-rupanya.
Best ter Best Terbessst tiada Yang Tak best lah Movie ni.
dari start cerita sampai ke akhirnya. tergolek kami ketawa.
PapaZola! You Winnnnnlah, I peminat yu
gambar kat kedai makan ni pukul 10 malam.
Haziq si abg long la punca terjebak makan tengah malam ni.
kita dah penat² shopping barang dapur kat Mydin, merengek lapar tomyam.
Nasi lemak ayam goreng berempah sarapan pagi 2 minggu sudah.
seronok rakyat rumah saya makan pagi sedap cenggini.
bertambah-tambah memasing,
sampaikan saya pun ikut terjebak. main sedap je la nambah makan.
dah la tinggi kalori nasi lemak ni.
lepas kenyang me Nasi Lemak ing, tak ingat dunia ..sangap je mata. Hahahahahaha..
minggu lepas kot kat ke Mydin USJ,
beli stok lauk basah.
terjebak pulak makan Donut Big Apple.
bab request makan-makan geganjil ni. memang serah kan je dekat abg long.
hebat la dia pilih yang mana satu kedia dia nak makan.
si ziyad adiknya pula hebat request makan dekat dalam kedainya.
suka nau hang out minum-minum kopi ye.
gambar last, Isnin lepas punya kejadian.
saya ambik cuti setengah hari p.m..
ziyad tak sihat.
lemau dan lemah je badannya.
tapi dia tetap pergi kindy paginya.
saya risau dia nosebleeding kalau dia stay sampai petang,
cuaca kan panas sekarang ni kan .
kesian kat budak-budak kecik tak tahan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
wah nasi lemak... lain kali bawak pi opis ek
pernah pergi bercuti pakai tudung yang sama je 2-3 hari..sebab malas nak iron.
ramai review kata boboiboy tu best...anak2 tak tgk pun lagi...sian dorang...takpe, nnt nak donlod...
sedapnya nasi lemak ayam berempah tu...tempting!!
Assalam.. amboi banyk cerita family dlm n3 ni he3
Post a Comment