diam tak diam dah bulan February di tahun 2016 ye sekarang ni...
dah sekian lama blog saya ni sunyi sepi.
mood blogging tak hadir le tu .. tu yang senyap sunyi.
apa ya nak di ceritakan,
minggu ni jalan raya agak lapang sikit dari sesak.
selesa ja bawak kereta pergi balik kerja.
mungkin ramai lagi kekawan bercuti gaknya kan. Selamat bercuti semua!
Selamat Tahun baru Cina juga saya ucapkan pada yang meraikannya.
tanpa di rancang, tetiba kami sampai ke JB. hohoho best sangat.
Selasa dah kerja, anak-anak sekolah macam biasa.
Isnin nya anak-anak cuti sekolah. Reason ponteng sekolah sebab ikut En. abah Outstation.
dengan Saya sekali pun ambik urgent leave. hehehehe..
Jumaat sebelum tu baru apply cuti untuk isnin minggu depannya.
Kami stay hotel MSuites Jln Bertingkat Skudai, lokasi hotel ni kat depan Danga Bay.
hotel ni hotel favourite anak-anak saya.
lagipun hotel ni biliknya luas dan siap dengan Kitchenette.
Selesa la anak-anak saya ni nak berlari bergumpal bagai.
saya pun keluarkan perkakasan "Super Ibu" saya, yang memang di bawa dari rumah
(Rice cooker, Multicooker)
anak-anak saya ni mentee si Usain Bolt,
agak payah la nak pergi dine in kat luar. Diaorang Tak reti nya nak duduk static.
huru hara je nanti dalam kedai dengan anak-anak saya ni berlari sana sini.
memang bergerak setiap minit. Uiii haii berlengas nak handle.
aktiviti pertama kami tengahari tu, turun berendam berempat kat dalam kolam renang hotel ni.
enjoy betul anak-anak!
kami makan dulu Menu pertama saya haritu goreng Cucur Udang. bancuh air Teh O'.
memang sedap la perut.. lepas berendam dalam air tadi, masing-masing lapar cari makanan.
anak-anak sambung lagi berendam dalam bathtub mandi manda.
suasana pun gelap, kat luar mendung.. memang gelap betul.
kami buka lah lampu. Sekalinya semua mentol ilek, tak menyala.
harapkan lampu kat area dapur ni je yang nyala.
aiyooo! sakit mata weh, duduk bergelap.
en abah call front desk complain,
technician hotel pun datang check fuse segala semua.
memang confirm tak boleh nak buat apa.
memang wiring lampu-lampunya problem.
en abah minta tukar bilik, sebab tak daya nak hadap gelap dari petang sampai ke esok paginya.
Bonusnya kami di offer utk upgrade ke bilik Junior Suites daripada Studio Suites.
duduk Studio Suites pun dah luas
Junior Suites bertambah-tambah luasnya.
anak-anak lagi sakan happy tengok bilik besar
##panjang pula entry JB saya kali ni ya..
nanti kita sambung part 2 ya..
7 comments:
Salam.. boleh tau nama kedai saudara yang repair kereta control di taman bukit mewah kajang tu? Ada numner telefon ke? Tq -mira 0139430909
maaf ya tak dpt nak bantu..,
nama kedai dah tak ingat.
contact no pun saya x simpan.
entry lama sangat dah dlm 5-6thn yg lepas.
siap bawak periuk tuh... hebatlah zulie
best jugak hotel ni. selesa kalau bawak anak2. boleh main masak2 kan...hehehehe
Salam Kenal dr Akak Kembang
huhu..kami kalau konvoi satu family besar mmg siap bwk barang utk masak dgn periuk sekali..pastu amik homestay.huhu
Wah, bagus jugak macam ni. Masak2 kat bilik je. Jimat pun jimat!
wau..memang super Ibu ni ..bagusnya :)
Post a Comment