Restaurant Name : Restoran ZZ Sup Tulang
Address : Jalan Petri 5/1, Kampung Bahru, 80100 Johor Bahru
Landmark : Berdekatan Regency Condo dan bangunan JKR
Business Hrs : Isnin ~ Ahad, 7.00am ~ 11.00pm
dah puas main masak-masak siangnya,
saya ajak semua rakyat cari makanan kat luar di malam hari.
siksa nak suruh anak-anak keluar makan.
Jenuh saya pujuk rayu mereka.
nasib baik lama² makan pujuk juga dorang ni.
tapi mood masing-masing ala-ala aje la.
saya yang beriya-iya nak pergi makan malam kat kedai zz Sup Tulang ni
selama ni banyak nampak orang update dinner sedap, syok hirup sup
dengan tulang gearboxnya la, mee rebus sup tulang nya la..
kasi test la macam mana dia punya rasa
tetap juga order banyak-banyak.
saya order mee rebus sup tulang kot? aiyoo dah tak ingat sangat la pulak
apa yang di order
sebelum makanan semua tu sampai,
sebakul otak-otak tu kami habis makan.
yang ni memang win! sedap.
makanan semuanya tak habis, uii pembaziran.
semua makanan tu rasanya okey-okey juga la.
sup gearbox tu sedap juga, ada rasa masam-masam sikit, ada rasa rempah-rempah juga.
agaknya sebab dah memang kami semua kenyang malam tu,
jadi selera makan kami sedikit hambar .
harga semunya pun dah lupa.. hahahaha
banyak nau lupa makcik ni!
kedai ni anak-anak saya rated kan tempat creepy
dua beradik ni memang, dorang penggemar cerita seram.
sebab kedai ni penuh dengan pokok hutan besar² macam pokok cengal hutan tu.
tu yang suka-suka hati mereka je cakap kedai ni creepy place.
apa yang penting nya ..saya dah makan kat kedai ni :')
5 comments:
sedapnya sup tu..leleh air liur
sedapnya sup gearbox...feveret kami laki bini tu...hehe...
hahaha...kelakar la dorang ckp tempat tu creepy...budak2 imaginasi dia mcm tu lah kan...
Comelnya budak2 tu,..creepy place kata mereka :)
artikel yang menarik terimakasih infonya st3telkom
orang cakap sup tulang johor sedap kan ? nanti ada masa harus nak cuba !
Post a Comment