Wednesday, February 24, 2016

Dinner - Restoran ZZ Sup Tulang


Restaurant Name : Restoran ZZ Sup Tulang
Address               : Jalan Petri 5/1, Kampung Bahru, 80100 Johor Bahru

Landmark            : Berdekatan Regency Condo dan bangunan JKR
Business Hrs       :  Isnin ~ Ahad, 7.00am ~ 11.00pm

dah puas main masak-masak siangnya,
saya ajak semua rakyat cari makanan kat luar di malam hari.
siksa nak suruh anak-anak keluar makan.
 
 
 
"ada banyak makanan dalam bilik ni" alasan anak-anak tak nak keluar.
Jenuh saya pujuk rayu mereka.
nasib baik lama² makan pujuk juga dorang ni.
tapi mood masing-masing ala-ala aje la.

saya yang beriya-iya nak pergi makan malam kat kedai zz Sup Tulang ni
selama ni banyak nampak orang update dinner sedap, syok hirup sup
dengan tulang gearboxnya la, mee rebus sup tulang nya la..

 
alang-alang ke JB ni kan,
kasi test la macam mana dia punya rasa
 
 
 
walau perut kami masing-masing masih lagi rasa kenyang,
tetap juga order banyak-banyak.
 
 
rasa-rasanya saya order sup gearbox semangkuk untuk ziyad kot
saya order mee rebus sup tulang kot? aiyoo dah tak ingat sangat la pulak
apa yang di order

 
en. abah oder mee bandung
 
 
Haziq order nasi goreng pattaya
 


sebelum makanan semua tu sampai,
sebakul otak-otak tu kami habis makan.
yang ni memang win! sedap.
makanan semuanya tak habis, uii pembaziran.

semua makanan tu rasanya okey-okey juga la.
sup gearbox tu sedap juga, ada rasa masam-masam sikit, ada rasa rempah-rempah juga.
agaknya sebab dah memang kami semua kenyang malam tu,
jadi selera makan kami sedikit hambar .

harga semunya pun dah lupa.. hahahaha
banyak nau lupa makcik ni!

kedai ni anak-anak saya rated kan tempat creepy
dua beradik ni memang, dorang penggemar cerita seram.
sebab kedai ni penuh dengan pokok hutan besar² macam pokok cengal hutan tu.
tu yang suka-suka hati mereka je cakap kedai ni creepy place.

apa yang penting nya ..saya dah makan kat kedai ni  :')


 
 

Thursday, February 11, 2016

Holiday ke JB - MSuites Hotel (Part 1)


diam tak diam dah bulan February di tahun 2016 ye sekarang ni...
dah sekian lama blog saya ni sunyi sepi.
mood blogging tak hadir le tu .. tu yang senyap sunyi.

apa ya nak di ceritakan,
minggu ni jalan raya agak lapang sikit dari sesak.
selesa ja bawak kereta pergi balik kerja.
mungkin ramai lagi kekawan bercuti gaknya kan. Selamat bercuti semua!
Selamat Tahun baru Cina juga saya ucapkan pada yang meraikannya.

 
oh saya nak cerita holiday terkejut kami bulan lepas. Bulan January yang lalu..
tanpa di rancang, tetiba kami sampai ke JB. hohoho best sangat.

 
Pergi ahad pagi lepas Subuh balik KL petang Isnin.
Selasa dah kerja, anak-anak sekolah macam biasa.

Isnin nya anak-anak cuti sekolah. Reason ponteng sekolah sebab ikut En. abah Outstation.
dengan Saya sekali pun ambik urgent leave. hehehehe..
Jumaat sebelum tu baru apply cuti untuk isnin minggu depannya.


Kami stay hotel MSuites Jln Bertingkat Skudai, lokasi hotel ni kat depan Danga Bay.
hotel ni hotel favourite anak-anak saya.
lagipun hotel ni biliknya luas dan siap dengan Kitchenette.
Selesa la anak-anak saya ni nak berlari bergumpal bagai.


Sampai ja kami dalam bilik,
saya pun keluarkan perkakasan "Super Ibu" saya, yang memang  di bawa dari rumah
(Rice cooker, Multicooker)
anak-anak saya ni mentee si Usain Bolt,
agak payah la nak pergi dine in kat luar. Diaorang Tak reti nya nak duduk static.
huru hara je nanti dalam kedai dengan anak-anak saya ni berlari sana sini.
memang bergerak setiap minit. Uiii haii berlengas nak handle.


 
Itu sebabnya saya packing siap-siap kelengkapan masak-memasak dari rumah.
aktiviti pertama kami tengahari tu, turun berendam berempat kat dalam kolam renang hotel ni.
enjoy betul anak-anak!

simpan dalam peti sejuk dulu Telur, cili boh dan kobis yang saya beli kat kedai runcit kat Nusajaya


 
sementara menunggu nasi dan lauk untuk makan berat siap,
kami makan dulu Menu pertama saya haritu goreng Cucur Udang. bancuh air Teh O'.
memang sedap la perut.. lepas berendam dalam air tadi, masing-masing lapar cari makanan.

 
Sementara saya bz masak-memasak, .
anak-anak sambung lagi berendam dalam bathtub mandi manda.


kebetulannya, masa kami makan tu hujan turun lebat pula petang tu..
suasana pun gelap, kat luar mendung.. memang gelap betul.
kami buka lah lampu. Sekalinya semua mentol ilek, tak menyala.
harapkan lampu kat area dapur ni je yang nyala.
aiyooo! sakit mata weh, duduk bergelap.
en abah call front desk complain,
technician hotel pun datang check fuse segala semua.
memang confirm tak boleh nak buat apa.
memang wiring lampu-lampunya problem.
en abah minta tukar bilik, sebab tak daya nak hadap gelap dari petang sampai ke esok paginya.

Bonusnya kami di offer utk upgrade ke bilik Junior Suites daripada Studio Suites.

memang seronok la rasanya.
duduk Studio Suites pun dah luas
Junior Suites bertambah-tambah luasnya.
Saya happy dapat bilik luas,
anak-anak lagi sakan happy tengok bilik besar
 
 
Sporting ja possing atas katil dua beradik ni


##panjang pula entry JB saya kali ni ya..
nanti kita sambung part 2 ya..