Thursday, December 29, 2016

What Color Matches Your Personality


ehhh dah nak naik tahun baru.
wahhh kejap nya masa berlalu.
lately ni ada kisah sedih arwah Dr Nik Idzni Dalila kan..
yang kisah (Kamal Effendi) suami yang mengahwini isterinya
walaupun tahu isterinya yakni arwah Dr Nik Idzni Dalila ni penghidap kanser stage 4.
trending kan sekarang kisah Kamal Effendi ni.
rata-rata wanita-wanita ber Gen Y dalam FB list saya mengagumi kasih sayang beliau.

**ye zaman sekarang ni semua perempuan² syok sangat layan cerita cinta drama pukul 7.
    pukul 7 tu le waktu bizi saya sehari-hari. huhuhu..

bila tengok insta arwah Dr Nik ni.. ter penggil minat saya untuk tahu saya ni dalam golongan 
warna ape.

warna Arwah Dr Nik ni warna pink. Gigih la saya pun nak tau apa warna saya.
sekali rupanya saya pun dalam kategori yang sama.

ya! sama



You are pink! You're full of love and affection, and family is everything to you. Sometimes you need protection, special treatment and desire to live a more sheltered life. Pink people require affection and like to feel loved and secure, and can sometimes appear to be delicate and fragile. They also tend to be charming and gentle




saya pun Pink color rupanya ya...
nampak je keras tapi lembut hati dan perasaannya.
sensitif juga.. sentiasa ingin disayangi dan di jagai.. Gittew!

 







Saturday, December 17, 2016

Cara potong kain 4 meter untuk Baju Kurung






Bila asyik men Google..google.. terjumpa pula ilmu.
Saya pun save screenshot
dan masuk entri blog saya.
Senang nak refer sok sok bila terlupa an

Pada yang nak tengok macamna cara
Kita nak potong kain 4 meter untuk buat
Baju kurung, boleh la ikut contoh gambar atas ni.

Malam tadi saya dah siap kan
telekung travel untuk mak saya.
Malam ni rasa nak potong kain utk baju kurung pula bila tengok ilmu ni.

Jom kita!




Monday, December 5, 2016

Zarul Husin @ ZarulUmrella @ Zarul GegarVaganza


GegarVaganza 3 dah habis malam tadi..
tahniah pada Zarul Husin
dapat nombor 3.
takpe lah walau tak jadi juara pun..
asal menang. dapat hadiah tanah lot banglo lagi.

anak saya yang kecik, Ziyad tu minat sangat dengan zarul umbrella
bila turn Zarul nyanyi.. terjoget-joget ziyad.
tak sangka la pulak, budak kecik ni boleh minat artis.

ibunya dulu kecik sampai besar tak kenal sangat artis.. hikhikhik..





gambar² saya amik dari IG beliau.. ZarulHusin

bila dapat keputusan zarul menang nombor 3 tu, meloncat suka ziyad..
kemain lagi anak saya.
saya siap record video dia enjoy sangat dengan performance zarul malam tadi..
semangat sangatttt..

tahniah Zarul!
#zarulgegarvaganza #zarulHusin #ZarulUmbrella
#jangancakapabangtakpayung #gegarvaganza2016 #gegarvaganza





Thursday, December 1, 2016

Kerja dan resign


dah jadi sakit ni..
hari-hari rasa down, demotivated .
bangun pagi rasa menyampah je nak pergi kerja.

tiap hari dah start cari-cari kerja kosong.
kepala pening dah minggu kedua ni.
sapa-sapa ada kerja kosong meh bagitau alamat dan detail.
saya nak mula hantar resume.

dulu 10 tahun memang tak rasa pun nak sebut nak tender resign ni.
sejak pindah tempat skrg ni memang resign tu terngiang-ngiang je..
tak best.. tak best.. tak best..
open concept sangat sekarang ni
sampai semua nak open ke?
gila ke account company semua nak disclose kat semua orang?
so dah takde P & C Syarikat la sekarang ya?
satu company tapi 3 management dan HR dan Account yang berlainan.
bank dan funder pun lain-lain tau, bodoh!
bodoh juga kerja dgn orang takde sivik.
semuanya bodoh la hai..

nak cari kerja lain.. series!

Wednesday, November 30, 2016

Rindu kan Japan !!


hati menggamit rindu ke Jepun lagi.. huhuhuhu
tak sangka dalam 2-3-4 negara ni, saya terpaut nak pergi lagi ke Jepun.


kena kumpul duit . dah nak kena start menabung dari sekarang.
insyaallah kalau di izinkan dan murah rezki, memang nak pergi lagi ke Jepun.
impian saya nak pergi dengan en abah dan anak-anak pulak. Amin.




Tuesday, November 29, 2016

Aktiviti Waktu Petang


saya dah pindah office baru!!
TAK BEST!!
perasaaan tak best tu tiap-tiap hari ada kat hati.
nak buat cemane ye? adoii..

tiap-tiap hari kerja tak siap. demotivated lah macam ni.
tension aje. kepala ingat rumah, ingat anak-anak.
anak-anak saya makin ligat. Lagi best layan anak-anak bila bosan-bosan ni.
bapak anak-anak pun best jugak layan.
tapi time dia kepala angin, pandang dia pun malas.
bagi dia layan angin kepala dia sensorang je lah. Sape suruh banyak angin.
layan la angin puas-puas sendiri sendiri.. kekekekeke..

saya baru nak elok-elok kesihatan saya ni.
haritu awal bulan November yang lalu, saya ke Jepun.
balik Jepun, kesihatan badan tak berapa okey.
muscle cramp, bengkak urat tulang sendi bagai.
BP saya low, badan pun menggigil kepala gelap berpusing-pusing pening.
pergi klinik, dapat MC dua hari. naik kerja sehari, balik kerja datang balik sakit pening segala
en abah bawa saya ke klinik, dapat injection. Aucchh!! sakit.
dapat lagi MC.
dok rumah rehat. anak-anak dah besar dah pandai bawa diri.
dorang urus makan sendiri, cereal, roti susu sendiri.. dua beradik tu amik dan makan sendiri.
ibu beliau memang sedap berehat, bangun tidur bangun tidur.
dah macam orang lalok. hiks!

meh la saya cerita-cerita pasal aktiviti weekend  saya.
macam biasa, kami ni tak minat nak tawaf shopping Mall sangat.
bila cuti-cuti, cuaca elok, kami ke Putrajaya.
pergi taman Seri Empangan depan PICC. abg long tgh seronok bain badminton.
ligat la dua beranak tu main badminton.



ziyad pulak biasanya buat ragam sikit la.. bila abg longnya dah tak berapa layan dia berlari-lari.
mengendeng handphone.

dalam 40minit, abg long dan en abah main badminton,
kami 4 beranak berjoging berempat sampai ke hujung nak dekat sampai kompleks renang awam tu kot. kot je la ujung sana tu.. saya tak sure ape ke nama area yang belah sana tu,.
memang berpeluh-peluh gak la aktiviti riadah petang-petang tu.



bagus taman ni, ada surau, dan tandas sekali, kami maghrib je terus kat situ.
tetiba nya kan, kami ter makan pulak kat restoran seri empangan ni
anak-anak saya excited pulak dia nak makan kat sini.
en abah dah mula mengeluarkan kehanginan, saya pun geram juga anak-anak ni.
nasi kat rumah ada, mengada² lah mereka nak makan burger minum-minum bagai.
okey la kasik chance la kita minum-minum ringan-ringan kononnya,.


memang betul-betul aktiviti kurang dan tambah kan lemak dalam badan.
8.30 malam kami balik, tapi singgah IOI City Mall kejap.



masuk UNiqlo.
servey-servey baju sejuk.



dan tetiba saya tak tau nak cerita apa dah.
kepala saya pening pulak sekarang ni.
lenkali la sambung cerita.
macam biasa la, kalau amik gambar anak-anak saya memang semua buat muka tah hape-hape aje.
anak-anak saya memang tak suka ambik gambar.






Thursday, November 24, 2016

Suka Mengata


apa-apa pun terlebih dulu, sebagai pembuka bicara entri blog saya hari ni,
saya nak ucapkan tahniah utk Lisa Surihani dan Yusri KRU.
dah pregnant anak ke dua dah kan sekarang ni.
tadi jengah forum Cari.com.my.
buka dan baca thread pasal Lisa pregnant lagi.
baca dan baca lagi, sekali ade pengomen tu kata sebelum-sebelum Lisa pregnant,
macam-macam orang spekukan dia kan..

saya pun pernah mengalaminya dulu-dulu.
di katanya saya ni Mandul la, pancut tak sampai habis la
lemah batin la.. apa lagi ye.. huii macam-macam la kena kutuk dan keji.

apa yang saya buat, sengih aje la hadap manusia-manusia cenggini.
memang la saya ngaku saya lewat dapat anak dulu.
saya dapat Haziq selepas setahun sengah enjoy berdua aje berdating jalan sana sini.
masa awal-awal kahwin dulu memang saya laki bini tak ready pun nak terus ada anak.
syukur alhamdulillah lepas setahun sengah usia perkahwinan kami,
Hadir Haziq dalam hidup kami. Selang 5 tahun lepas tu Ziyad pula ada.
dah rasa completed dah hidup kami.

Dulu-dulu awal kahwin, bila jumpa kekawan semua heran tengok saya takde anak lagi.
yang cakap saya mandul dulu tu zahiriah nya punya la muslimahnya.
tudung bawal bidang 60" lagi. berjubah muslimah, ber blouse muslimah.
Seluar pun longgar muslimah
stokin kaki tak pernah tinggal. gila punya muslimah, tapi mulut puaka yang amat.
Allah tu maha adil, umur beliau sama umur dengan saya,
tapi sekarang dia masih hidup keseorangan tanpa pasangan.

ada lagi seorang sahabat yang tuduh saya mandul dan tak cukup batiniah
dah 6 tahun dah kahwin kalau tak silap saya, masih belum ada anak lagi.
kadang-kadang kita ni jadi manusia jangan suka-suka nak lepas mulut mengata orang.
mana lah kita tahu kan orang tu kecik hati ke tidak.
bergurau senda tu boleh, tapi jangan sampai buat orang terasa hati dengan gurauan kita.

sekarang ni haziq pun dah 9 tahun, ziyad pun dah 4 tahun..
dah enjoy sangat-sangat dah hidup kami.
walaupun ramai je yang suka salah sangka saya ni budak-budak lagi, saya terima dengan senyuman.
kalau di kurniakan bayi lagi, kami sekeluarga berlapang dada menerimanya dengan gembira.
tapi itu semua bukan terletak pada kita, Allah yang tentukan rezekinya.

walau apa-apapun, saya sentiasa ingatkan diri sendiri jangan suka-suka nak mengata orang.
buat dan jaga hal sendiri lagi bagus dari menyibuk hal orang lain kan.

sampai bertemu lagi di lain masa ya.. TATATAAAA!










Thursday, October 20, 2016

dari LRT Kinrara BK5 ke Putra Heights


Rasanya ramai je yang dah biasa naik LRT kat area Puchong ni kot.
saya empat beranak baru nak mencuba. kekeke..

kami buat rombongan naik lrt dari stesyen Kinrara BK5.
waktu malam lak tu.
anak² saya excited. saya lagi excited!
13 Sept 2016 bersempena birthday saya jenjalan naik LRT.
bukan nak ke mana pun, saje jenjalan naik LRT aje.
sampai Stesyen Putra Heights, naik balik LRT untuk pulang ke Kinrara BK5.



Cakk! dari Kami sekeluarga





















seronok naik LRT lengang macam ni.
takde orang pun. Selesa je nak duduk kat mana.

















Friday, October 14, 2016

Pokok Kaktus?



nak cerita ceriti kejadian satu petang mengenai saya,
haziq (anak 1st) dan Ziyad (anak 2nd)

satu petang balik dari jemput anak² dari sekolah.
sampai je kat rumah, macam biasa masukkan kereta ke parking kat porch.
tepi pintu kereta driver (saya) belah kanan ada pokok Limau Kasturi.
pokok limau kasturi tu.. saya tanam dalam pasu.
tinggi pokok tu dah paras ketiak saya juga




























betul-betul seni hiasan tanaman pokok limau kasturi saya ni
batang dan duri aje yang tinggal.

elok je enjin kereta saya matikan,
"kesian pokok kaktus ibu.. habis botak pokoknya, ulat ni makan daun-daunnya" kata si Ziyad.

"Pokok Kaktus?? mana ibu ada pokok kaktus" tanya saya.

"itu kan pokok kaktus?? pokok yang banyak duri tuuuu" 
rupanya pokok limau kasturi ni yang di kata Kaktus oleh si ziyad.

saya dan haziq pun berdekah-dekah le ketawa dengar ziyad cakap pokok limau di kata kan  kaktus.

"bukan pokok kaktus la tu ziyad.. 
itu pokok limauuuu.. daunnya kena makan dengan ulat gonggok. Kan ibu kan?"
haziq pulak yg ber cakap.



















berdekah-dekah le saya ketawa tengok anak-anak bandar ni bercakap.
sambil ketawa tu saya betulkan la salah faham anak-anak saya ni..

"ini pokok 'limau kasturi' ziyad..
yang makan daun pokok limau ni 'ulat beluncas'. Atau boleh juga di panggil 'ulat bulu'.
bukan ulat gonggok, abg long.."

ketiga-tiga kami berdekah-dekah ketawa serentak.





















ulat beluncas ni yang di katanya ulat gonggok.
kesian ko beluncas.. punya la lawa warna ijau kau. dikata yang cekelat kelabu asap tu dikau yer..



Thursday, October 6, 2016

Telekung Travel


assalammualaikum..
tak tau nak sembang apa.
tapi hati sentiasa rindu nak update blog.

rutin harian saya macam biasa. Sentiasa rasa tak cukup masa,
kadang² ada rasa macam tak patut je ada waktu tidur malam.
macam rugi je tidur masa tu. Bagusnya kalau dapat sambung buat kerja dalam waktu tidur tu.
saya ni fikir je pandai... takde la termampu saya ni hai tak tidur di malam hari.
mau pagi esoknya saya ke pening an. bukan sebab pening tahan mengantuk.
pening jadi weng macam takde rasa ada perasaan apa-apa.
hah dah bahaya kat saya ni kalau jadi macam tu, dan-dan kejap lagi terus Low BP.


baru-baru ni kan saya berjaya buat telekung travel sendiri. Seronok berganda terus.
yiihaaaa!! persiapan saya nak travel jauh bulan November nanti.
sikit-sikit persediaan saya dah buat.
cuma tinggal lagi nak beli fall jacket & boot je.

kain yang saya guna kain Pongee. Saya beli 6 meter. tak tau nak budget beli berapa sebenarnya.
tapi yang sebenar² jumlah meter yang saya guna plus minus adalaaa.. dalam 5 meter suku.

Dulu ada buat telekung sendiri utk Raya. Material kain saya guna Heavy Dull Satin.
inspired Telekung Bella Ammara.
memang best sangat solat guna telekung sendiri.

bila dah de experience buat telekung sendiri.. tambah semangat nak buat sendiri
telekung travel.
ciri telekung travel ni kene nipis dan ringan tapi tak jarang.

sebelum ni saya ada beli telekung travel.  tapi tak labuh kat bahagian tangan.
bila berangin.. kain telekung yg nipis dan ringan ni terus terangkat nampak tangan saya.
saya ambik telekung biasa saya, tekap dan gunting.


pastu saya buat awning dahi. kasik lawa saya tambahkan awning dahi saya dengan bunga-bunga hijau


tadaaa!! dah siap telekung travel saya.


elok je terletak kat muka.

alhamdulillah berjaya!





Friday, September 23, 2016

Syuhada : Bukan Dia


best nya lagu baru ni
Catchy! rentaknya.. ala-ala hindustan nak sikit ala-ala dangdut.
dengar lagu ni auto badan pun
terikut tergerak-gerak nak joget-joget ikut lagu ni




saya kenal syuhada ni dari D'Academy Asia
wakil malaysia bertanding dalam Dangdut Academy Asia tahun lepas kot.. kalau tak silap.

syuhada ni kalau nyanyi badan dengan senyum nya sekata je lembut bergerak.
naik khayal saya tengok beliau nyanyi..




Thursday, September 1, 2016

Birthday Lunch



bulan lepas bulan birthday en abah suami tercinta anje-anje intan payung saya
Happy birthday en Suami saya!
semoga sentiasa sihat, kaya, berilmu, beriman dan penuh kasih sayang kat saya.



memandangkan en abah sekarang tengah ber Site Office di Putrajaya Exchange,
saya pun cuba sepraiskan mengajak dia lunch together-gether berdua
bersempena hari kelahiran beliau.
tak pergi jauh pun, mall sebelah exchange.
bagus juga Alamanda ada kat sebelah office tu. en abah jalan kaki je menyeberang dah sampai.



ajak dia makan kedai/restaurant mahal-mahal dia tak nak.
food court Alamanda aje dia request.
lapar nasi katanya.
saya ikutkan haje selera birthday boy ni..



menu yang paling special kami di hari kejadian;
* en abah set nasi ayam penyet,
* set bawal penyet untuk saya.



alhamdulillah selesai makan.
licin bersih pinggan-pinggan kami berdua.
seronok juga sesekali macam ni kan bang..

happy birthday en abah kesayangan saya!




Monday, August 22, 2016

Movie Day Out - The BFG


assalammualaikum..
lama betul blog saya menyepi.
perasaan rindu dan kesian tu selalu datang.
tapi tu lah.. tak menyempat.
macam tak cukup je masa. dedulu kurang keluar makan masa break, dapat la hadap blog.
masa sekarang ni...lunch time saya sekarang ni pun ke busy an.
bukan busy buat kerja masa break tu.. saya busy pergi keluar makan.
bila umur dah lebih dari 35 tahun ni., perut saya rajin tak tertahan-tahan bila rasa lapar.
dah tak boleh skip makan.. 

saya nak cerita aktiviti throwback saya aje la yer..
hari tu ziyad, anak saya yang kecik buat masa ni request nak tengok wayang.
merengek nak tengok BFG.
saya dengan en abah ni ingat budak ni sesuka je la nak kelentong saya.

yang kami ni tak pernah pulak dengar nama cerita BFG..BFG..
macam main-main je nama tajuk filem BFG.
bila dah google.. baru lah tauu!
alkisahnya betul ada filem baru nama The BFG ni ya .

nampak nau ibu dan abah haziq ziyad ni dah ke arah ala-ala OutDated. Huhuhuhu.



Bila dah tau nama tajuk movienya, saya pun beli tiket.
Online kan aje beli tickets.
destinasi pilihan kat TGV SetiaWalk Puchong.
sebab seatnya best, comfort dan kedudukan kerusi nye menurun dia bagus, 
takde halangan kepala dari orang depan. 
ruang antara tempat kaki dari kerusi ke kerusi depan pun luas.
memang selesa la.



sempat juga saya snap-snap gambar masa dalam cinema hall ni.
sebab aircond nya sangat-sangat sejuk, selimut terus saya bawa bekal untuk anak-anak.
en abah saya bekal kan pashmina je. saya tau beliau segan nak pakai selimut. kuikuikuikui..

komen saya cerita The BFG ni best!
cuma permulaan dia slow sikit...kata en abah awal² buat dia rasa ngantuk nak tidur.
tapi untuk saya yg jiwanya lembut ni, tak rasa slow pun.. 
rasa best je dari awal hingga akhir.
total tiket RM56 untuk dua dewasa, dua kanak-kanak. sekali dengan caj.
lupa dah caj ape ye..
agaknya processing charge kott.
caj RM2 dikenakan utk online purchase.

banyak benda nak update ni.
free je nanti, mendeu-deru blog saya punya entry ni nanti...








Wednesday, July 20, 2016

Althea Turns 1!



Happy Birthday #AltheaTurns1













































Hari ni 20 July 2016, dah setahun dah umurnya si Althea ni !

Apa bendanya si Althea ni yek?

We are Korea's premier online beauty destination providing the lowest prices to our consumers and strive to introduce K-beauty to the world
ha dah tau kan? althea ni apa.. website shopping dari Korea yang jual barang-barangan kosmetik korea.
memang boleh sangat la untuk sesiapa yang minat barangan/produk kecantikan korea tu 
bershopping barangan KPop kat sini.  Semuanya boleh online sahaja.























Untuk birthday Althea yang pertama ni, 
ada banyak benda best tau dia nak bagi kat kita, 
Macam-macam diskaun di baginya ha.Diskaun dari 30% sampailah ke 71%,
wahhhh!boleh rambang mata tengok barang-barang kat ALthea tu,..

eh! tak habis dengan diskaun aje tau!!
dari 20hb Julai 16 sehingga 31 July 16, Althea ada buat contest-contest juga untuk pembeli-pembelinya.

Free goodie bag untuk 1500 pembeli pertama. * Selagi stok masih ada

ada Bithday Giveaway juga!
Pilih 3 produk top seller untuk dapatkan 100% rebate.
Rebate tu akan dikreditkan dalam akaun anda.

untuk pencinta instagram pun ada contest juga..

#AltheaTurns1 Instagram Contest
dah dapat parti kit Althea? ucapkan Happy Birhday Althea dengan #altheaturns1
dan berpeluang memenangi hadiah-hadiah menarik sepertiMacbook Air,Ipad Air2,
iPhone 6S, Galaxy S6 Edge, Canon EOS M10 Selfie Camera, Althea credits 
dan beauty hampers DARI Althea! 

Hadiah bernilai KRW10,000,000 untuk dimenangi. Wowww! banyak tuuuu!! 
Pertandingan ni bermula dari  20 Julai 2016 sehingga 15 Ogos 2016


Jangan tunggu tunggu lagi!
klik http://my.althea.kr/ dan order dan beli lepas tu join la contest contest ni.




Thursday, June 30, 2016

semuanya pasal kenduri kahwin sebelum Ramadhan



sebabkan mood dah swing
lagi dua hari je nak start cuti raya.
kerja semua dah siap. Dah tak tau nak buat ape dah,..

belek-belek handphone, nampak ada gambar-gambar pergi kenduri kahwin
Dua minggu sebelum puasa.
dah nak sebulan punya cerita.


Gambar kami beramai-ramai bergambar dengan pasangan pengantin dan bapa-bapa sedara.
dua minggu sebelum start puasa, saya ke Kahang, Johor
kenduri kawin anak perempuan bapa sedara.
Uda Ali berbaju merah hati.
setiap kali Uda buat kenduri kahwin memang tak pernah lagi culas
special individual invitation untuk saya..
kalau saya tak datang, memang nampak nau anak sedara durhaka.




kenduri kahwin zaman sekarang memang wajib ada photobooth kan,
selama kini memang takde keberanian nak test.
sebabkan ini kenduri bapa sedara sendiri, apa lagi.... time sportingkan diri sendiri bermula.
kelik kelak saya bergambar dgn niece anje-anje ucuk saya ni.
baru form 3 dah tinggi maklang nya,.
memang kalah la maklang dengan anak-anak sedara sok-sok nanti.


baju trending kan sekarang ni??
kurung moden tulip beserta songket sarawak, berkain duyung
saya pun taknak kalahhh wehh...
dan-dan terus beli kain kosong 1 meter, kain songket serawak 3 meter.
pang! pung! pangg! siap dalam satu malam.
mujur pandai jahit sendiri. jimat duit tempah baju makcik!


seminggu sebelum puasa pula,
saya balik kampung en abah. Jumaat pukul 10malam gerak dari KL,
balik ke dungun kite pulok!
sepupu en. abah punya kenduri kahwin.

kenduri buat satu majlis untuk dua belah pihak.
sekali harung je kenduri kat belah perempuan.
bagus kan, jimat belanja dan masa,
nanti-nanti kot adik bongsu saya kahwin, bagus gak idea macam ni
combinekan majlis untuk kedua belah pihak. confirm kebabom meletop meriah majlis.



kenduri kali ni pun saya sempat buat baju baru.
tapi kali ni bukan kurung moden,
kena ala-ala muslimah loose-loose sikit, sebab ni kenduri tok-tok lebai.
takkan nak bermoden moden kan...,over la sangat nanti.

maka terhasil la blouse fish tail, berkain duyung.
kat dungun ni anginnya kuat sangat.
kain baju menggerbang-gerbang di tiup angin masa ambik gambar.
tak berapa nak nampak dah blouse fishtailnya ha.




kenduri sabtu pagi, petangnya kami lepak makan kepok,
ikan celop tepung kat pantai tanjung Lipat.
anak-anak sibuk mengumbah pasir,
saya dan en abah beromantika ambik gambar. hehehehe..

pagi Ahadnya dah balik KL.
walaupun runcit-runcit je masa perjalanan kami,
satu kesyukuran dan kepuasan untuk kami dapat menepati jemputan kenduri sedara-mara.


Selamat pengantin baru untuk mereka!





Sunday, June 26, 2016

Semakin hampir


lama betul blog saya menyuramkan diri.
dah tak tau nak ngomel ape kat sini kot.
nak cerita panjang-panjang pun,
macam bosan pulak.
takde ape yang menarik pun ye juga..

tapi rindu juga nak tengok entry blog sendiri.
katanye diari hidup sendiri blog ni.
tapi makin lama makin ilang idea nak taip ape.

diam tak diam dah nak dekat raya dah.
minggu depan dah raya.
persiapan raya saya,? pun tak tau nak letak kan berapa percent dah siap

baju melayu anak-anak alhamdulillah dah siap
baju kurung dan moden raya saya pun dah siap.
tudung raya saya macam takde pulok?
ape fesyen tudung raya tahun ni ya??

tudung raya cucu sulong mak abah saya dah siap.
baju melayu raya en abah? eh tak siap lagi.. uwaaa!!

langsir raya kampung tinggal 35% nak siap.
kalau mak saya tau ni, memang nak kene saya ni tau..
nasib baik takde amik tempahan orang lain.
kalau tidak,.. memang kena maki orang je la. hahaha

tahun ni saya beraya negeri sembilan dulu.
yeyy! raya Air Hitam yeyy!!..
raya ketiga zasss ke dungun pulak.
oh kena ingat nak kena bawak shawl anak buah en abah.
kang tak melaram pula anak dara tu.

bestnya tahun ni, saya dah memang super ibu dan super wife
takde lagi ngelat masak.
tiap hari masak lauk pauk berbuka dan sahur.
istimewanya lagi, saya berjaya buat kuih raya kat rumah sendiri. muahahaha
biasa tiap tahun gotong-royong buat kuih raya kat kampung.
tu semua anak-anak saya punya permintaan.
bersemangat dua beradik ni buat kuih raya.
berasap terus oven saya tahun ni, bersusun dah balang berisi biskut raya.

sweet sangat saya rasa, anak-anak lelaki saya rajin tolong saya buat kuih raya.
walaupun melasak nya boleh tahan.
sekurang-kurangnya idak la saya hiba benau
belum berezeki ada anak pempuan musim-musim nak raya ni.







Wednesday, May 4, 2016

Sambutan Hari Jadi di Tadika


bulan 2 haritu anak saya yang no. 2, dah genap 4 tahun
umurnya 4 tahun,




tak sangka pula dah 4 tahun umurnya.
tiap tahun sejak dari umur dia 2 tahun, merengek nak buat birthday celebration
syukur tahun ni kami berhasil menjayakan impian ziyad




Seminggu sebelum birthday ziyad, saya dan en abah
ke Mydin USJ, memborong kudap-kudapan untuk di isi dalam Goodie bag



dua minggu sebelum birthday nya kami ke Bandar Tasik Selatan
pergi tempah kek.
dari anak sorang dulu lagi, kami memang setia tempah kek kat kedai Kek Bandar Tasik selatan.

Pada selera saya dan en abah, rasa kek kedai ni sama setanding
dengan rasa kek kat kedai secret recipe, Kings dan Baker's cottage.

 
Buat apa la kami bayar mahal-mahal untuk beli kek kedai-kedai nama besar.
Lebih baik kami jadi pelanggan setia dengan kedai kek Bandar tasik selatan tu.
rasa sama, cantik pun cantik juga decoration keknya.
 

 
 
 
seronok dan puas hati betul ziyad dapat celebrate birthday dengan kawan-kawan.
yang sedihnya abg long haziq la.
dia kan sekolah pagi,
majlis tiup lilin ziyad pukul 10 pagi.
memang tak sempat abg long nak join party adiknya.
ingatkan teacher ziyad nak celebrate tengahari.
takpe la banglong, tahun depan pula ya kita tengok macamna...
 
 
 
 
 
 

 

Wednesday, April 27, 2016

Workstation


last update 15April,
tetiba ada entry baru hari ni ya.
patutla..dah cukup eh 2 minggu
tu yang baru timbul semula. kekekeke..

semalam saya cuti,
teman mak abah saya.
abah ada appointment check-up routine dekat IJN.
ziyad pun ikut sekali.
merengek nak ikut. merengek minta cuti sekolah 1 hari.


tengok la budak ni, kemain happy!
padahal bukan pergi mana pun, ikut pergi hospital aje pon..
jangan tidak saja dia je nak ngikut atoknya.








masa mak dah ada kat rumah,
excited saya nak cerita pasal workstation saya kat mak.
tapi sebabkan letaknya dekat tingkat atas,
kena naik tangga.
mak saya tak daya nak naik atas.
lutut mak sakit, nak panjat manjat tangga ni memang tambah perit mak saya melangkah.
abah saya je yang naik masuk bilik tengok.



kalau dedulu, 2 mesin portable ni la tenaga kerja saya untuk berkarya,.
itu pun dah banyak jasa yang di hasilkan.



dan yang ini..., gadjet terbaru workstation saya!!
kecintaan saya yang baru.
memang berbeza bila jahit guna mesin industry ni.

mudah-mudahan segala perancangan berjalan lancar.
yang penting baju raya saya dah siap
3 kurung moden, 1 kurung tradisional.
ketamakan baju raya sudahh,!




Friday, April 15, 2016

Campur-campur Suka-suka


tetiba pulak hari ni blog ni ada update.
hohohoho..

bagus juga Cuti Songkran ni kan.
kilang kami tutup, kerja pun takdok.
nak buat-buat sibuk pun tak tau nak berlakon kat celah mananya yang sibuk.

bila dah selak-selak gambar,
tu yang datang pula ilham nak masuk blog.



gambar yang ada ni tak specific satu hari dan satu masa.
semuanya main ambik-ambik campur-campur suka-suka aje.


gambar yang saya tudung purple ni masa cuti sekolah bulan March 16 yang lalu.
bawa anak-anak tengok wayang.
Cerita BoboiBoy the Movie.

awal pagi lepas sarapan pergi IOI Mall Puchong.
malas nak beli online, sebab ni first tima kami nak tengok wayang dekat IOI Mall Puchong.
tak tau lagi tempat kejadiannya macam mana.

betapa semangat nya kami bangun pagi dek tengok wayang punya kisah.
pergi kaunter dengan berhajat nak beli tiket wayang untuk tengahari.


rupanya tiket Fully Booked woh seat-seat best!!
giler ah BoboiBoy..
puas godek sana sini dengan adik kaunter, akhirnya kami beli untuk midnight punya time.

terus balik rumah dulu.
koser la nak menunggu dari tengahari sampai ke malam dekat Mall.
jangan terkejut saya recycle je pakai baju siang.
balik rumah salin baju lain, baju tudung tu hang kan elok-elok, nanti malamnya boleh pakai semula.
ni kes pemalas, sila jangan tiru!



kami balik rumah, suruh dengan cara paksa anak-anak tidur siang lelama.
dengan alasan untuk dorang tahan mata tengok midnight movie



pukul 12 tengok movie BoboiBoy.
saya dan en abah awal² dah target kami berdua akan lena sepanjang cerita.
salah sama sekali rupa-rupanya.
Best ter Best Terbessst tiada Yang Tak best lah Movie ni.
dari start cerita sampai ke akhirnya. tergolek kami ketawa.
PapaZola! You Winnnnnlah, I peminat yu



gambar kat kedai makan ni pukul 10 malam.
Haziq si abg long la punca terjebak makan tengah malam ni.
kita dah penat² shopping barang dapur kat Mydin, merengek lapar tomyam.





Nasi lemak ayam goreng berempah sarapan pagi 2 minggu sudah.
seronok rakyat rumah saya makan pagi sedap cenggini.
bertambah-tambah memasing,




sampaikan saya pun ikut terjebak. main sedap je la nambah makan.
dah la tinggi kalori nasi lemak ni.
lepas kenyang me Nasi Lemak ing, tak ingat dunia ..sangap je mata. Hahahahahaha..



minggu lepas kot kat ke Mydin USJ,
beli stok lauk basah.
terjebak pulak makan Donut Big Apple.



bab request makan-makan geganjil ni. memang serah kan je dekat abg long.
hebat la dia pilih yang mana satu kedia dia nak makan.
si ziyad adiknya pula hebat request makan dekat dalam kedainya.
suka nau hang out minum-minum kopi ye.




gambar last, Isnin lepas punya kejadian.
saya ambik cuti setengah hari p.m..
ziyad tak sihat.
lemau dan lemah je badannya.
tapi dia tetap pergi kindy paginya.
saya risau dia nosebleeding kalau dia stay sampai petang,
cuaca kan panas sekarang ni kan .
kesian kat budak-budak kecik tak tahan.