Wednesday, November 25, 2015

Cuti Sekolah - I-City


bila dah cuti sekolah ni mula lah kita ni mak pak
terfikir-fikir nak bawak anak jalan kemana kan.

saya dan en abah pun ade la nyembang-nyembang pasal jenjalan cuti sekolah.
tapi tak terbit lagi idea nak pi jalan mana.
tinjau blog kakak JM, banyaknya beliau tu cuti-cuti jalan-jalan ke oversea.
memang idok le kami ke oversea lagi kot masa anak² kecik-kecik cenonet ni.
tunggu si kecik ziyad tu dah besar pandai dok dendiam ,
baru boleh kita pasang angan-angan ikut jenjalan macam kakak JM tu. insyaallah!

plan cuti tak dak lagi,
saya pun selak folder gambar, maka terjumpa gambar-gambar kami ke I-City bulan April dedulu.
gila lama punya kejadian..







cerita sebenar di masa hari kejadian, memang dah tak berapa ingat dah.
pukul berapa pergi pun tak tau.
yang tau nya kami pergi waktu malam.
dan yang paling pasti solat maghrib dan isyak dah siap buat kat rumah sebelum gerak ke I-City.




kebetulan mak abah dan adik bongsu saya datang rumah, tu yang jadi je plan ke I-city ni.
saya suruh mak dan abah possed kat depan windmill ni.
comel je mereka. eee... rindu mak abah!



haziq pun request nak join bergambar dengan atok kesayangan.




macam biasa bila dah reramai malam hujung minggu ni parking full.
en abah dan adik saya turun kan kami dulu, sementara mereka berdua pusing-pusing cari parking.



belum masuk tengah-tengah I-city, ziyad dah basah lencun berpeluh.
sakan berlari lompat sana sini.




tengah syok-syok jalan, hujan renyai-renyai pula.
maka berteduh kami anak-beranak kat pokok cendawan ni.


masa ni pulak nak hujannya.. dua beradik dah memboring.



tetiba nya hujan lebat turun dengan tetibanya.
pakej berdentam dentum guruh kilat semua ada.



masa ni en abah gila possing senget kepala.
saya pun tak tau dah kenapanya manjang nyenget kan kepala.
bolehlah bang, janji abang sporting pandang kamera. ai dah happy sangat-sangat dah.


berlari-larian kami keluar,
tetiba tengah berlari-lari tu,boleh berhenti  kejap.
bila Nampak pokok² tu, ajak bergambar ramai-ramai.



hujan-pun hujan le, janji ada gambar background pokok² lampu ni.
en abah seram sendiri bila dia tengok gambar dia sendiri dalam gambar ni.
macam sesuatu je muka beliau possing masa ni... huuuuu serem!
tapi memang ye la.. Nampak creepy juga gambar beliau masa ni


tak tau ape ajela ayat nyembang saya dalam entry ni..
janji ade gambar dengan ayat dah di kira satu entri gak ni kan.. hahahahah Layan aje la yek!!

jadinya nak ke mana ye cuti sekolah ni?? ermmmmmm.....,,,






Friday, November 20, 2015

Peasant Blouse - cara saya buat dengan mudah









*lagi tepekan nota untuk diri sendiri dari lupa

macam biasa dalam jahitan baju,
ukuran basic yang perlu kita ada : ukurlilit dada, ukurlilit pinggang, ukurlilit punggung.

A-B = Panjang Bahu/2 (amik ukuran dari ujung baju kiri hingga ujung bahu kanan)
C-E = ukurlilit dada + kelonggaran 1" @ 2" /4
A-H = labuh baju
B-E = lengkuk kan aje garis lengkung dari B ke E

garis segitiga di hujung tu saya main taram je lebihkan.
jangan confuse tau, pola yang saya lukis tu pola 2 in 1
dalam pola baju ade ukuran lengan baju.. hihihihi.. ini style orang malas berlagak sikit pandai.
jangan ikut style saya, boleh bikin pusing pusing kepala  nanti.

dari A, B, C, E, F, G, tu untuk buat ukuran tangan.
kalau untuk baju, perlukan  A, B, C, D, E,H sahaja.





















sebabkan dalam bilik jahit saya banyak melambak perca kain shawl ,
saya korek korek padan-padan jumpa kain berwarna-warni yang sesuai.
mula-mula saya cantum 2 kain dulu utk jadi selembar kain.
dah jahit biasa, saya jahit kelim tepi overlock.


lepas tu saya lipat dua dan lipa dua lagi untuk tulis sana sini garisan ikut ukuran pola kertas tadi.


dah siap potong jadi la macam gini , potong badan 2 helai, potong lengan pun dua helai
untuk leher peasant ni, saya jahit jelujur dulu.
pastu saya jahit mesin pula kat tepi jahitan jelujur.
buat kelepet dalam 1/4 kelebarannya untuk ruang masuk getah
then ambil getah masuk kat dalam lubang,.
tapi saya tak terus masukkan getah kat leher tu,
saya cantum lengan baju dulu..

cara yang sama untuk ujung lengan .
buat kelepet dalam 1/4" dah masukkan getah. ukuran getah, saya ukur pergelangan tangan saya je.
tak tengok pun berapa inchi ukurannya.
main hentam-hentam je.


bila dah siap bahagian kedua-dua lengan, baru lah saya buat getah leher.
getah kat leher pun saya tak ukur kat pembaris, main ukur-ukur agak sendiri je acu-acu kat leher.
maka menjadilah peasant blouse saya!

terima kasih tak terhingga kat Puan JustBeingNin sebab share ilmu peasant ni kat saya.
terus menjadik assignment saya bulan ni untuk group menjahit..





Thursday, November 19, 2015

Zumba @ ACT Gym



saya  join kelas Zumba kat office .
enjoy rasa bila dapat gelek-gelek zumba exercise cenggini.
cikgu zumba tu kemain lagi bergelek.
takpe sok-sok ai boleh la pantas ikut cikgu gelek ye.
sekarang ni tengah ter cari-cari arah lagi



anak dara sebelah ni pun enjoy je berzumba.

bagus juga dah ade buka Gym kat ground floor office ni.
kalau idak, sendu betul building ni.
bangunan office lelain semua rata2nya ade gym, club house bagai,
bangunan office kita ni senyap sepi takde facilities best-best..
harap view best tepi tasik mines aje yg kebabom, yang lain-lain sangap je rasa.

cik Lily sayang, jom la kita berzumba-zumba!





Wednesday, November 18, 2015

Batwing Blouse - Projek Bulan Oktober


saya nak share cara saya buat blouse batwing.
untuk elak kan saya lupa cara-cara buatnya.
terasa nak tepek kat sini untuk ingatan diri sendiri.

cara saya,
mula-mula saya buat nota kat kertas kecik siap sekali dengan ukuran badan.

kain yang saya guna untuk blouse ni kain chiffon bidang 45" berukuran 1.5meter.
saya main ambik je kain chiffon yang banyak dalam stok kat rumah.
ini kes orang malas nak pergi kedai kain. Main guna je kain yang mana ade kat rumah.
tukang jahit ni memang ade hobi beli kain banyak-banyak.


ukuran asas yg saya ambil kira
dada              =  ukur lilit dada / 4 + 1"(kelonggaran)
Punggung     = ukur lilit punggung / 4 + 1"(kelonggaran)
lebar tangan  = ukur lilit tangan ikut suka
panjang lengan = ukuran diambil dari bahu hingga ke pergelangan tangan



cara saya cara orang malas berlagak pandai.
tak buat pola kertas. main ukur dan tanda terus kat kain.
mula-mula kain tu di lipat dua,
saya ambik dumbbell dengan reject wheel office saya untuk jadikan pemberat kain. hakhakhak.
ukur dan tanda then gariskan garisan.


ukuran leher pun saya main tekap je guna acuan leher saya yang sedia ada.
dah siap tanda garis bagai, saya terus gunting.
disebabkan saya nya lengan memang taknak dia labuh sampai ke pergelangan tangan.
saya ikut je sehabis kain bidang 45" tu punya panjang.
kalau bidang 60" memang boleh buat labuh sampai jari.



yang bagusnya buat blouse ni saya tak payah jahit tepi overlock.
saya jahit baby seam kan aje.





JengJenggggJeng!!! dah siap!
dah boleh terbang dah.

kalau beli kat luar blouse ni mau berpuluhan ringgit harganya ni.
jimat duit en abah ye en abah ye??!...kuikuikuikuikuiii...





Tuesday, November 17, 2015

Short Trip Ke Genting


Sepi betul entri blog saya ni.

sampaikan terpikir-piker otak nak ingatkan ape la password saya.
marila saya sharekan percutian terkejut-terkejut kami ke Genting Highlands
bulan 9 yang lalu.



plan ke Genting ni betul-betul tanpa perancangan awal.
semuanya terjadi sebab saya menyinggah ke blog kakak JariManispergi
sponsor trip review hotel baru First WOrld.
bila terpandangkan harga murah bilik sekali dengan breakfast 
terus whatsappsing en abah. cerita sekian-sekian pasal genting sekian-sekian.



tetiba terkagum dengan penuh terpempan bila en abah reply,
okey terus beli je la kita terus pergi genting weekend ni celebrate birthday.
wow! itu sudah bonus berganda.
ingatkan en abah buat-buat lupa la pasal birthday kite ni.
tak sangka juga dia boleh terfikir-fikir nak celebrating my birthday.. ouchhh! how sweettttt...



sejak Ziyad lahir, tak pernah pun ziyad naik genting.
bila dapat peluang ke Genting ni, punya la excitednya beliau. tak sudah-sudah buat aksi.
kesian manje ibu ni. dah 3 tahun baru dapat pergi genting ye.. alolololo manja-manja ni..




saya beli bilik yang berharga RM167nett untuk XYZ Deluxe Room
sekali dengan breakfast untuk 3 orang.
orang ramai juga hari tu. ingatkan pergi Genting takde jerebu.
rupa-rupanya lagi tebal jerebu terus kelabu asap segala pemandangan.





masuk bilik, terus explore sana sini bilik, tengok sana tengok sini.
bilik ni takde aircond, kipas je yang ada. ade kettle,
ada 2 set pack minuman yg biasa (teh,gula,nescaffe,creamer)
mini closet, agak terhad untuk kami 4 beranak.



sedikit pemandangan katil dan keluasan bilik



memang sempit. ruang untuk solat ngam-ngam untuk sorang aje.
sejadah tu saya bawa sendiri. tanda arah kiblat memang ada kat siling.



bestnya hotel dia ni dia punya lif ade cermin.
memang bagus sangat la nak menyelfie berwefie bagai.
abaikan muka dua beradik tu. bab ambik gambar memang penyiksaan kat dia orang.
memang hobi mereka buat muka terkejut bila ambik gambar.



kebanyakkan nya permainan indoor dulu-dulu kat genting ni dah tak semeriah dulu
yang outdoor nya memang dah takde ape dah kan.



tak tau ape aje keseronokan yang ada.
ade 2 permainan je yang saya Nampak best nak bagi anak-anak main



naik Thomas (ziyad yang suka-suka declare keretapi ni Thomas)



bila anak-anak seronok naik keretapi
saya ajak encik abah wefie.


kagum betul bila en abah boleh buat muka lawa manis pandang kemera.
baru la lawa.




dan mainan yang kedua naik benda terbang ni.
budak-budak pilih naga terbang.



saya dan en abah layankan aje la mereka.



pagi esoknya kami bersarapan kat cafenya. kan dpt 3 org breakfast.
harus diingat sarapan yg disediakan bukan nya system buffet  seperti biasa tau..
kita kena beratur, bawa resit check in kite tunjuk dekat chef
menu yg di beri ada dua pilihan, samaada nasi lemak atau donut.
air kena beli. hewhewhew... kesiann..


abg long kesayangan harapan ibu abah dan ziyad.

terimakasih en abah bagi peluang kita satu family explore hotel area yang baru ni.
review kami tak de komen lebih-lebih. okey-okey je.
janji kami tidur nyenyak dan takde gangguan, syukur Alhamdulillah.
cumanya harapan kami utk masa akan datang, stay tidur memang boleh kat sini sebab biliknya murah
tapi breakfast nya kami akan ambil pakej buffet ataupun pergi makan ke restoran yang lain je.

hujung tahun ni ada plan holiday ke selatan, tapi macam jadi ke tak jadi je tah










Sunday, November 1, 2015

Annabelle The Conjuring


Malam Sabtu ni malam berhantu kat HBO
huahuahuahua..
malam seram kami sekeluarga.

bagus juga straight cerita seram malam ni.
anak-anak saya duduk diam melekat je berpelukan dengan saya.

awal-awal pukul 8 lebih tu en abah bising-bising astro takde cerita best ke malam ni.
sekali tukar-tukar channel.
jumpa Annabelle.
layan terus..
lepas habis Annabelle,

























The Conjuring pulak sambung,



























terperanjat-peranjat kami wehh.
dah le rata-rata dua movie ni mengisahkan pasal ibu dan anak-anak
pastu si ibu yg selalu stay sendiri malam-malam dengan anak tanpa suami
yang nak kena survive protect anak dari gangguan-gangguan hantu.
sebabkan sang suami nya sentiasa takde rumah
dek kerja sampai larut malam nya la.. kena outstationnya la.

adoiiii...mirip pulak dengan saya yang selalu tinggal bertiga malam-malam.
seram juga ya bila letakkan diri dalam watak mak kat dua cerita hantu ni.
terkesan lah cerita ni kat saya.
mula la saya ni dgn anak-anak paranoid sehari dua ni karang. ayoiyaii...
eh nasib baik en abah memang MC sampai minggu depan.
memang kompom le kami tak kena tinggal bertiga tiap malam seminggu dua ni..
fuh nasib baik!


rupanya dua cerita ni based on true story eh. vavavava makcik ni baru tau kesahnya..
memang seram gaban cerita2x nih!