Bahan-bahan;
3 cawan Tepung
1 camca yis
3 sudu minyak masak (saya suka
guna minyak zaitun sebab lebih naik bau wanginya)
3/4 gelas air
Secubit garam
1 sudu teh gula pasir
Cara-cara;
Bancuh Yis, garam dan gula
dalam air hingga larut
Masuk kan air bancuhan yis,
garam gula ke dalam tepung
Masukkan minyak
Gaul hingga sebati
Uli, uli dan uli sampai
doh lembut dan sebati.
Letak tepi sekejap dalam
setengah jam
Sementara nak tunggu yis
tu kembang naik dan meresap mesra dgn tepung tu,
Jomlah kita habiskan masa
dengan
mem blender gula pasir
untuk last furnishing donut tu.
Saya tak beli gula ising,
tu yang blender je gula pasir jadi halus.
Agak-gak doh tu dah macam
kembang naik,
Kita boleh cetak-cetak tepung
dgn acuan donut.
Dah siap cetak, boleh la
di goreng.
Oh ya nak goreng donut ni
kena dgn minyak yang penuh
Yang boleh tenggelam kan
keseluruhan sebiji-biji donut tu.
Baru lah warna kuning nya cantik
menyeluruh.
PAbila dah selesai menggoreng semua donut,
taburkan kesemua donut dengan gula yang telah halus di blender tadi.
Minum petang dengan donut beserta teh o panas, nyaman rasanya..
saya buatkan sebahagian donut tu donut frozen,
esok-esok dah tak perlu cetak-cetak uli-uli lagi.
esok-esok dah tak perlu cetak-cetak uli-uli lagi.
nak buat donut frozen tu mudah aje, gorengkan separuh masak
biarkan ia sejuk sekejap
Di packing dan di sejuk beku kan ke dalam freezer
Di packing dan di sejuk beku kan ke dalam freezer
bila dah sejuk, masuk kan dalam plastic kemudian di seal.
bila dah sealed, masukkan ke tempat peti sejuk yang bahagian beku.
Pagi esok dah boleh goreng sebungkus untuk sarapan pagi.