Monday, September 7, 2015

Projek Semalam

 
Tak boleh pulak nak sambung tidur Pukul 6.30pg Lepas Subuh semalam,
Nak menjahit baju, angin malas dah terbit.
Terkenangkan ziyad tidur awal pukul 9 malam nya,
Mesti dia bangun awal pagi sebab lapar nak makan nantinya.
Datang idea nak buat nasi lemak untuk sarapan.
tapi pukul 7.15 pagi semua nya dah siap di masak.
Nasi lemak siap, sambal tumis pun dah..
Siap rebus telur 5 biji , goreng kacang pun dah,
Ikan bilis pun siap di goreng
Eh? Apesal sekejapan je buat nasi lemak ni??
Macam rasa pelik pulak, semuanya siap cepat.
Bila dah semuanya siap,
Dah blur tak tau nak buat ape nak habiskan masa.
Basuh Kain baju dah settle, siap pakej basuh bedsheet, selimut..sarung bantal dah siap di basuh sidai & kering.
 
 
Tau-tau je, saya terajin kopek kulit kacang goreng.
Kagum betul dengan diri sendiri.
 
 
semua kacang dah siap di kopek kulitnya
 
8.40 pagi baru lah bujang kecik ni bangun.
Golek sana golek sini pening-pening lagi baru bangkit tidur.
 
NO Camera PLZZZZZZZ!!!Eceh!
 
Tah kenapa kemain hebat pulak manageable segala-galanya cuti weekend ni.
Semuanya kerja-kerja rumah dilakukan Dengan cepat & lancar
tanpa perasaan tension dan marah. *clap!clap!clap!
Rasa-rasanya boleh dapat banyak markah pahala saya buat kerja rumah minggu ni ..
Ehhhh dah macam riak pulok memikir-mikir markah pahala cenggini..
Cepat-cepat istighfar… astaghfirullah…
bila masak banyak, menu nasi lemak  jele kami Ahad semalam.
malas nak masak menu lain. tetiba malam tu en abah belikan Sate pulak.. walaweyyy!!
semua kenyang, Alhamdulillah.
 
 
 
 
 
 
 
 

8 comments:

ajax85 said...

Wah hebatnya..sila lah dtg ke blog sy..http://ajax85.blogspot.com

Ana Jingga said...

rajinnya dan buang kulit kacang tu.. hihi salam ukhwah dari kak ana,singgah malam ke sini ietams :)

ietams said...

norazman,
tenkiu ye..

anajingga,
saya pun kagum sendiri boleh terkopek kulit kacang tu kak ana.

Jari Manis said...

clap2 clap...rajin sgt!!! ala mana nasi lemaknya...nk tgk

Cuya said...

jom join GA ni..rm200 menanti anda!

http://nasuha-itsmyessay.blogspot.my/2015/09/giveaway-rm200-by-mkhaicom-2015.html

Farrah MF said...

Rajinnya kopek kulit kacang!

Yana Yassin said...

Kalau buat nasi lemak dari pagi , comfirm itu menu seharian kan . Tapi memang rajin lah boleh kopek kulit kacang , nampak sangat memang dah xde keje . Hahhahahha.

Amelia said...

alhamdulillah semuanya dipermudahkan. dulu pernah buat nasi lemak. berkurun jugalah nak buat sebab festime. hehehe.

uuu sate. kita x mnat sangat sate.