Tak boleh pulak nak
sambung tidur Pukul 6.30pg Lepas Subuh semalam,
Nak menjahit baju, angin malas
dah terbit.
Terkenangkan ziyad tidur
awal pukul 9 malam nya,
Mesti dia bangun awal pagi
sebab lapar nak makan nantinya.
Datang idea nak buat nasi
lemak untuk sarapan.
tapi pukul 7.15 pagi semua nya
dah siap di masak.
Nasi lemak siap, sambal
tumis pun dah..
Siap rebus telur 5 biji , goreng
kacang pun dah,
Ikan bilis pun siap di
goreng
Eh? Apesal sekejapan je
buat nasi lemak ni??
Macam rasa pelik pulak,
semuanya siap cepat.
Bila dah semuanya siap,
Dah blur tak tau nak buat
ape nak habiskan masa.
Basuh Kain baju dah
settle, siap pakej basuh bedsheet, selimut..sarung bantal dah siap di basuh
sidai & kering.
Tau-tau je, saya terajin
kopek kulit kacang goreng.
Kagum betul dengan diri
sendiri.
semua kacang dah siap di kopek kulitnya
8.40 pagi baru lah bujang
kecik ni bangun.
Golek sana golek sini
pening-pening lagi baru bangkit tidur.
NO Camera
PLZZZZZZZ!!!Eceh!
Tah kenapa kemain hebat
pulak manageable segala-galanya cuti weekend ni.
Semuanya kerja-kerja rumah
dilakukan Dengan cepat & lancar
tanpa perasaan tension dan
marah. *clap!clap!clap!
Rasa-rasanya boleh dapat
banyak markah pahala saya buat kerja rumah minggu ni ..
Ehhhh dah macam riak pulok
memikir-mikir markah pahala cenggini..
Cepat-cepat istighfar…
astaghfirullah…
bila masak banyak, menu nasi lemak jele kami Ahad semalam.
malas nak masak menu lain. tetiba malam tu en abah belikan Sate pulak.. walaweyyy!!
semua kenyang, Alhamdulillah.
8 comments:
Wah hebatnya..sila lah dtg ke blog sy..http://ajax85.blogspot.com
rajinnya dan buang kulit kacang tu.. hihi salam ukhwah dari kak ana,singgah malam ke sini ietams :)
norazman,
tenkiu ye..
anajingga,
saya pun kagum sendiri boleh terkopek kulit kacang tu kak ana.
clap2 clap...rajin sgt!!! ala mana nasi lemaknya...nk tgk
jom join GA ni..rm200 menanti anda!
http://nasuha-itsmyessay.blogspot.my/2015/09/giveaway-rm200-by-mkhaicom-2015.html
Rajinnya kopek kulit kacang!
Kalau buat nasi lemak dari pagi , comfirm itu menu seharian kan . Tapi memang rajin lah boleh kopek kulit kacang , nampak sangat memang dah xde keje . Hahhahahha.
alhamdulillah semuanya dipermudahkan. dulu pernah buat nasi lemak. berkurun jugalah nak buat sebab festime. hehehe.
uuu sate. kita x mnat sangat sate.
Post a Comment