Monday, September 21, 2015

Laksa Johor

 
Pendapat saya, nak buat Laksa Johor ni kena ada kesabaran yang tinggi.
Sebabnya, banyak bahan nak kena buat..
Nak masak kuah laksanya yakni kuah karinya nak kena jintan manis dengan ketumbar.
Lepas tu kena guna ikan parang.
Aiyoo.. dah le ikan tu banyak tulang..
Tak cukup dgn ikan parang, kena lak ada udang basah..
Lepas tu kena ada udang kering juga. Renyah sangat.
 
 
Bahan yg saya sebut tu Cuma untuk masak kuah nya aje.
Bila dah siap buat kuahnya, kena pula sediakan bahan ulam-ulamannya .
Nak kena mayang bunga kantan, kacang panjang, timun, taugeh,.bawang..
kena buat sambal belacan juga nak bagi naik lagi kesedapannya.
 

 
Being me, yang malas ni..
tak daya nak ikutkan sangat segala mala resepi asal bahan tumisannya. Hehehe..
saya ambik ketumbar, jintan manis, lengkuas, bawang & bawang putih untuk tumisan kari
pastu udang kering blender..masukkan aje lepas letak santan.
Saya guna ikan kembung je buat kuahnya.
bahan mayang tu saya masih kekal ikut.
tapi hari tu, keterlupaan pula nak rebus telur.
tengah syok-syok makan, haziq yang tegur, "mana telur ayam nya bu?"
Pastu tunggu kuah mendidih, letak daun kesum dan Bungan kantan.
Letak asam keping, tambah garam & gula Melaka secukup rasa.
 
 
Tadaa!! Jadi juga Laksa johor versi saya.
Sedap juga walaupun main ikut suka je taram buat.
 
 
apa yang paling penting ...rasa laksa Johor tu sama.. kekekeke..
 
 
 
 

Friday, September 18, 2015

Kimchi mudah saya

Annyeong!





Bahan²:-
2-3 kilo Kobis panjang
Seikat Daun bawang (anggaran secekak)
Garam secukup untuk menjeruk kan kobis
Bawang besar sebiji
Bawang putih 3 ulas
Satu inci halia
3 senduk Serbuk cili baba’s (sbb saya suka pedas dan merah)
1 cawan Tepung pulut
¼ cawan gula
3 cawan air
½ cawan sos ikan

 Cara-cara buat:

Langkah 1 – perap kobis
Basuh kobis bersih-bersih, ditoskan
Kemudian, Perapkan setiap kobis tu dengan garam sampai rata
Biarkan kobis diperap selama 4 jam
Daun bawang potong-potong basuh dan tos asing letak tepi dulu.



Langkah 2 – bubur kimchi

Bancuh Tepung pulut dengan gula dan air hingga sebati
Masak kan bubur hingga berkilat dan berbuih
Tutup api dan biar kan sejuk




Langkah 3 – paste kimchi

Blender Bawang besar, bawang putih & halia.
Masukkan bahan kisar dalam satu mangkuk.
Masukkan sos ikan dan serbuk cili. Kacau hingga rata.
Masukkan bubur kimchi yg di sejukkan tadi.
Gaul dan kacau sampai sebati dan rata.
Masukkan daun bawang.
Ambil kobis yg dah di perap tadi, 
Dibasuh bersih hilangkan garam, tekan-tekan bagi air yg ada kat kobis tu habis keluar.
Bila dah rasa kobis tu dah takde air, boleh gaulkan kobis ke dalam adunan.
Kacau hingga rata.
Masukkan kimchi dalam bekas bersih.
Simpan dalam freezer dalam 24 jam. Lepas tu dah sedap makan..

Lagi lama kimchi tu tersimpan lagi sedap rasanya..
sedapnya kimchi ni.. puas hati boleh makan bila-bila masa...


Tambah lagi makan dengan maggi kari. Memang Wow sangat!!


Monday, September 7, 2015

Projek Semalam

 
Tak boleh pulak nak sambung tidur Pukul 6.30pg Lepas Subuh semalam,
Nak menjahit baju, angin malas dah terbit.
Terkenangkan ziyad tidur awal pukul 9 malam nya,
Mesti dia bangun awal pagi sebab lapar nak makan nantinya.
Datang idea nak buat nasi lemak untuk sarapan.
tapi pukul 7.15 pagi semua nya dah siap di masak.
Nasi lemak siap, sambal tumis pun dah..
Siap rebus telur 5 biji , goreng kacang pun dah,
Ikan bilis pun siap di goreng
Eh? Apesal sekejapan je buat nasi lemak ni??
Macam rasa pelik pulak, semuanya siap cepat.
Bila dah semuanya siap,
Dah blur tak tau nak buat ape nak habiskan masa.
Basuh Kain baju dah settle, siap pakej basuh bedsheet, selimut..sarung bantal dah siap di basuh sidai & kering.
 
 
Tau-tau je, saya terajin kopek kulit kacang goreng.
Kagum betul dengan diri sendiri.
 
 
semua kacang dah siap di kopek kulitnya
 
8.40 pagi baru lah bujang kecik ni bangun.
Golek sana golek sini pening-pening lagi baru bangkit tidur.
 
NO Camera PLZZZZZZZ!!!Eceh!
 
Tah kenapa kemain hebat pulak manageable segala-galanya cuti weekend ni.
Semuanya kerja-kerja rumah dilakukan Dengan cepat & lancar
tanpa perasaan tension dan marah. *clap!clap!clap!
Rasa-rasanya boleh dapat banyak markah pahala saya buat kerja rumah minggu ni ..
Ehhhh dah macam riak pulok memikir-mikir markah pahala cenggini..
Cepat-cepat istighfar… astaghfirullah…
bila masak banyak, menu nasi lemak  jele kami Ahad semalam.
malas nak masak menu lain. tetiba malam tu en abah belikan Sate pulak.. walaweyyy!!
semua kenyang, Alhamdulillah.
 
 
 
 
 
 
 
 

Cuti Hari Merdeka hari tu

 
 
 
Saya balik kampong saya, bahau Negeri Sembilan.
Along saya buat kenduri doa selamat.
Saya dan mak saya ambik tender masak nasi minyak, Lauk nenas masam manis,
Oh tak lupa saya tanak pulut kuning bersama rendang ayam juga siang tu.
Pulut kuning rendang ayam tu untuk di hidang ke jiran tetangga along yang datang masak-memasak gulai ikan masin  kat rumah along saya petang harinya.
Along buat kenduri malam hari 29hb Ogos.
29hb siangnya, kerja masak-masak.
Tapi Saya dan mak masak-masak kat rumah mak saya je.
Lagipun Rumah along kat serting, 5 minit je dari kampong.
Tak pe lah tak dapat mengejoinkan diri bergotong-royong kat rumah along.
Tambah lagi Mak saya tak berapa perfect keadaan kesihatan fizikalnya.
Kurang-kurangnya bila masak kat rumah sendiri ni mak boleh berenti baring ke duduk ke kejap kalau penat-penat tu.
Lagi pulak, saya ni kan pemalu.. ai malulah nak gotong royong masak ramai-ramai.
Kelu tak berkata ai nanti nak facing orang ramai.. *auwwwwchh!
Lepas maghrib saya sampai rumah along, tetamu dah penuh rumah along.
Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar seperti yang di harapkan.
Murah rezeki along saya, ramai jemputan yang hadir malam tu. Meriah rasanya.
 
*saya dan en abah..
 
Saya pakai dress baru Malam tu..
Saja buat khas ruffle dress ni untuk kenduri along.. over makcik ni tau.
Pergi kenduri pun buat baju baru..biasalah perempuan khennnn..
sibuk nak pakai baju baru tang kenduri, kekonon debomb ...la kununnya!
*ini rutin saya dengan nana bila jumpa.
tak boleh tau kalau tak wefie dgn anak buah yg seorang ni*
Plannya malam 31hb esoknya nak nyambut malam MERDEKA kat dataran Jempol.
Rupanya nyambut dalam mimpi je lah masing-masing kepenatan. Kehkehkehkehhh…
 
 
 

Friday, September 4, 2015

Nampak cantik terpesona



Saya tengah follow satu drama Korea best sekarang ni.
Cerita pasal Vampire.
Memang kesukaan saya cerita-cerita bercirikan vampire ni.
 
Tajuk drama korea tu Scholar Who Walks the Night.
Dilakonkan oleh Lee Joon Gi & Lee Yoo Bi.























part paling best tengok, bila kamera tu focus kat muka heronya si Lee Joo Gi tu
leka pulak saya peratikan mata si Joo Gi tu. Betul tajam sepet hujung matanya..
terikut gak perasaan perasan sendiri kadang-kadang tu.

Tetiba Feeling-feeling macam mata sendiri pun ikut sama jenis menyepet macam hero tu.
Eh bukan la mata saya sama macam mata hero tu..
Perasan je sama yang benarnya.. kehkehkehkehh..

vampire mata biru..
 

tambah lagi menarik heronya ni..suara Joo Gi tu jenis nyaring tak berapa garau.
Macam Kebanyakan pelakon lelaki korea yang lain suaranya garau-garau besar.
Mamat ni macam halus pulak suara banding pelakon lain.

 





















Bila selak-selak meng Google, rupanya Joo Gi ni dulu 2nd hero dalam cerita My Girl dulu.
Padan la macam familiar.
Cerita MY GIRL ni kan top tu dulu-dulu.. yang heronya Lee Dong Wook Heroin si Lee Da Hae
Eh jangannn.. saya siap beli CD cerita My Girl tu dulu tu.

Dulu-dulu mana nak ada cerita korea streaming online..
Nak follow drama korea, kenalah beli CD berderet satu set..
Makan ratus juga tiap satu-satu set drama korea ni..

cerita ni boleh la nak samakan ala-ala filem Twilight la kiranya..
manusia bercinta dengan vampire.
romantic gak.

apa-apa pun, cerita ni memang best!
minggu ni dah sampai episode ke 18.
lagi dua episode minggu depan, The End la cerita ni.
Joo Gi, memang best la ko ni berlakon.
suka tengok mata ko tu tajam! memikat rasa terhiris mata ai bila tengok mata tu..
habis drama ni minggu depan nak layan drama Two Weeks lak.. dia gak berlakon.
cerita Two Weeks ni pun best, ada elemen sedih-sedih sikit.
dah itu je nak bebel.

sekian, dari saya peminat drama korea.