Minggu lepas hari Khamis,
Beras kat rumah habis
terus.Memang kami tak beli pun stok dapur lepas cuti raya.
Bila dah kehabisan beras
cenggini
Tak tentu arah le
masing-masing kelaparan balik rumah aritu.Being en. Abah dan anak-anak, bila balik je dari kerja / sekolah
memang terus je nak makan.
Biasanya balik kerja pungpang pungpang le saya ni masak makan malam.
#Orang yg tak nak kenal saya,
jangan suka-suka tuduh kami sekeluarga
lebih utama makan kat kedai dari makan makanan homecooked.
Kami ni jarang sangat makan
kat luar.
Kalau dah terpaksa tu yg
menggagau mencari kedai makan.Memang agak bodoh kalau di Tanya pasal kedai makan mana yang best.
Selalunya kedai-kedai makan yg kami pergi hasil dari review orang
Tak pun dari cadangan orang lain, ataupun main terjah je ikut suka.
Lokasi kedai makan yg
dekat dgn rumah kami selalunya kat Puncak Jalil,
Terus lah kami ni gerak ke
Puncak Jalil lepas jemput anak-anak dari sekolah, Belum pun jauh mana perjalanan, baru je sampai BK6..
Jalan dah sesak. Trafik padat dengan kereta.
Memang malas nak habis kan
masa dalam kesesakan lalu lintas,
u-turn kereta terus jalan
je area BK5,tetiba ternampak kedai baru.
Unik lak
namenya tu.. Bangrak Thai Cuisine
Ziyad nak bubur nasi,
Haziq nak nasi putih dgn
tomyam,
En. Abah nasi putih dgn
daging merah,
Dan semua menu yang kami order Memang best!
Sembang punya sembang dgn tuan kedai.
Kedai ni memang kedai orang Thailand, asal dari Songkhla.
Jangan risau merekanya muslim,
walau mereka berkomunikasi dalam Bahasa thai antara satu sama lain.
Lokasi Kedai nya hanya setentang aje dengan Masjid Al Ehsan BK5 Bandar Kinrara
Usai je azan Maghrib berkumandang, sorang demi sorang
Staff kedai ni berhenti solat maghrib.
air yang kami order, teh tarik 2 untuk en abah dan ziyad,
1 Jus Apple untuk haziq, 1 limau nipis ais untuk saya
total keseluruhan dinner kami malam tu RM39.00.
4 comments:
Ietams makan pulut mangga je ke,..food nampak sedapppp :)
Daging merah tu yang buat aku terliur .
ok la harga tu kan.. :D
abaikan la apa kata orang
penat la nak fikirkan orangnya mulut mampu kita tutup
pulut mangga tu ohsem...kalau mcm tu tom yum dorang mesti marveles kan
Post a Comment