Thursday, July 30, 2015

Kadang-kadang Pembaharuan itu tak BEST

Macam terkejut-terkejut bila
Balik bekerja lepas cuti raya seminggu haritu
Tengok tandas tingkat office saya telah bertukar wajah baru.
 
Ermmm..
Sejujurnya saya lagi suka tandas tradisi sebelum bertukar ni
Ada pili air dan hos.. senang nak jirus-jirus.
 
Tandas yg baru ni ala-ala moden la..
ada juga geram bila kadang² ada pengguna yang tak tau guna tandas ni.
Bersepah² lebihan ..pastu tak boleh nak flush betul-betul
Ishhh… betul tak bertanggungjawap tau pada mereka ni.
 
 
 
 
kadang-kadang pembaharuan ni ada yang tak bestnya
Contoh mcm toilet office saya ni,  walaupun kelihatannya Nampak cantik,
Tapi ….ada tapinya ye..
apa-apa je la kan.. tu nasib baik ada gak air..
dari public toilet kat oversea yg takde hose air tu, lagi parah kan..
saya nyibuk je nak omel-omel kosong hari ni.. tata!
 
 
 

Tuesday, July 28, 2015

Homemade Tailor – Baju raya




Selamat Hari Raya!..
Tahun ni tahun gemilang saya,
Bukan sebab saya sakan bershopping raya
Ataupun sakan bermewah-mewah nya..

Gemilang saya maksudkan sebab tahun ni saya berjaya menjahit baju raya sendiri.
Termasuk baju melayu teluk belanga anak-anak saya.
Terasa lain bangganya raya ni bila tengok baju raya kami.
semua Berjaya di siapkan sebelum Hari Raya. yey!! tahniah untuk diri sendiri
insyaallah panjang umur murah rezeki tahun depan leh repeat jadi tailor untuk keluarga lagi

meh nak share baju-baju hasil jahitan saya, semuanya jubah tahun ni

ni sebahagian dari baju-baju anak-anak buah saya..
jumlah semuanya ade 12 helai jubah utk anak² buah perempuan saya. =)
cuma jubah yg corak biru putih kelabu tu yg saya punya.
 
3 pasang jubah raya saya
 
yang ni tak sempat pakai untuk raya..
sebelum raya dah pakai..tak boleh declare baju raya. hihihi..
 
ni baju kebaya saya.. boleh kira baju raya. sebab tak sempat pakai lagi
 
dalam gambar saya satu family ni semuanya hasil jahitan saya.
kecuali baju melayu en abah je dari kedai.
jgn merajuk ye en abah.. tahun depan kita beli kain cukup-cukup untuk en abah dan anak-anak.
 
kesian gak kat beliau ade sentap-sentap manja bila tak jaitkan baju melayu utk dia..
 
 
syukur Allah pinjamkan saya bakat menjahit ni.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Monday, July 27, 2015

716


Selamat Hari Raya!..
Hari ni hari Isnin permulaan hari minggu ni selepas seminggu bercuti raya ye.
Tapi saya dah start kerja dari minggu lepas lagi.

Baru hari ni sempat nak menjengah entri blog sendu saya.
Masuk kerja je hari tu, masa nak buka email..
Memang dah boleh agak confirm berpusu-pusu email nak masuk.

Sekali tengok, Hah amekaw!! 716 email..


Seronok gak tengok mailbox received banyak email cenggini,
Yang jenuhnya nak kena baca satu-satu email tu.
Kalau tak bacanya karang, boleh keliru jalan cerita satu-satu email tu.

nanti sambung lagi la..
bagi release entry email saya ni dulu.. kekekeke..

Friday, July 10, 2015

Cuak nak Raya!



assalammualaikum,

perasaan gedebak gedebuk seram sejuk saya dah makin terbit.
baju raya saya tak siap-siap lagi..
padehal kain tu saya beli awal sebelum puasa lagi.
sebabkan buntu tak tau cemane nak gayakan nak potong kain berkaki atas bawah,
terus pending tak buat-buat sampai ke hari ni.

badan saya letih sangat-sangat la bulan puasa ni..
tak boleh nak overnite sampai ke pagi macam dulu-dulu.
en abah dah bising baju melayu anak-anak bujang dia saya tak siapkan lagi.
adusss!! tambah lagi la berdebar seram sejuk takut

baru saya tau perasaan tukang jahit nak kejar timing siapkan tempahan baju raya.
tu sebab la tukang² jahit ni ade limit hari-hari nya kalau nak hantar tempah baju kan ..
saya sudah memahaminya!!...hew..hew..hew..!

malam ni kalau tak ape aral nak ajak en abah pergi cari baju melayu dia..
bukan sebab saya taknak buat baju melayu dia sekali.
tapi sebabkan kain utk baju melayu yg ade tak cukup kalau nak sekali jahitkan untuk beliau.

kain baju melayu yang ada tu pun kain stok 4 tahun lepas.
sebabkan tak ter hantar tempah sampai 3thn berturut-turut,
itu yang ambik je guna kain tu buat baju anak-anak.
mase beli dulu, hanya cukup untuk en abah dgn haziq yg berumur 5thn masa tu,
sekarang ni, haziq dah 8thn, tingginya dah tinggi bahu saya, 126cm.
yang ziyad nya pun dah 3 thn .. memang kain tu ukur-ukur dua beradik tu punye baju melayu aje la.

so okay la..
raya..raya..raya..
rindu nak makan rendang ketupat lodeh sambal kacang raya! nyummmmm...,
aaaaarghhh! saya masih cuak weh







Thursday, July 9, 2015

Dah Nak Raya!




Raya lagi 8 hari ke tinggal 7 hari lagi..ye..
Huhuhu awat le cepat sangat masa berlalu ni.

Baju raya untuk jalan beraya, en abah dan 2 anak teruna saya dah settled
Kelmarin dulu kami berdua amik cuti.
Pakej sekali anak-anak ponteng sekolah.
Seronok betul dua beradik tu tak sekolah hari tu.
Lepas zuhur kami ke KL,
Menuju terus ke SOGO.
SOGO ni rutin kami setahun sekali datang ke sana untuk shopping raya.
Hari-hari biasa memang tak datang pun ke SOGO tu..
Masalah jammed yang tak pernah surut kalau nak kesana yg buat kami tak rajin nak ke SOGO tu.

Part yang paling debar nya baju raya saya tak siap lagi..
Huwaaaaaa!! Paling debar. Baju melayu haziq dgn ziyad pun tak siap lagi. Adoi!
Tempahan Jubah untuk anak-anak buah saya semua dah completed siap.
Macam tak caya juga kadang² fikir saya dah pandai buat baju,
Oh tahun ni saya  jadi tailor untuk jubah raya semua anak buah perempuan saya.
Mudah-mudahan mereka semua seronok dan suka jubah buatan maklangnya ye.

Gambar masa shopping tak dan nak snap-snap.
Sebab yang menyopping nya saya sorang je, senang melangkah sensorang pilih baju.
Kejap cari baju tidur sana sini.. kejap cari baju jalan sana sini..
En abah dgn anak-anak stay dekat Playland yg floor kids world SOGO tu..

Tapi awal-awal anak-anak saya dan pesan,

“Ibu kena beli baju sama tapi berlainan saiz untuk haziq dgn ziyad tau ibu….”

“Bahekkkkk la anak²!!”Jawap ibu.

 
 
Gambar kami masa menunggu turn utk renew membership je yang ade.

Takpela kan.., tepek je la sini buat kenang-kenangan…

 
sampai jumpa lagi..
minggu depan raya!!... huhuhuhu..
 
 

Sunday, July 5, 2015

Chic & Basic - Amethyst



bukak Instagram, jamu-jamu mata..
ternampak kawan sekolah punya gambar.
dia update pic insta clearance sale tudung naelofar.


tah kenape, tetibe macam terpikat pulak nak mencuba selendang instant naelofar ni.
bila dah komen menanya "berapa regenye dah clearance ni??"
tak sangka pulak di reply dgn sepantas kilat
ija nama beliau.. dia suruh pm ke fb page dia..
tak memasal laju je tangan on facebook.
tetibe pantas juga pm ija bertanya kan harga.
daripada tanya saja-saja pada asalnya.. tak tau kenapa datang pulak minat utk membeli tanpa di duga.
deal punya deal...
ter berkenan dengan satu color tu..
pantas saya meng google kat NelofarHijab



ye... Amethyst jadi pilihan di hati...

#
#
#
#
#
#
#
#
#
#
#
#
#
#
#

Tengok patung ni pakai nampak sweet-sweet..
terus terbayangkan empunya diri sendiri akan jadi sweet seperti patung tu jugak
berdoa- dan berdoa..



#
#
#
#
#
#
#
#
#
#

penuh harapan moga moga shawl ni dapat labuh menutupi dada depan dan belakang
almaklum mengenangkan harganya puluhan ringgit.
risau juga bila difikir-fikir..
timbang tara rasa ... kalau tak tutup macam yg diharap
mesti rasa kerugian tersadai je kat lemari esok-esok

#
#
#
#
#
#
#
#
#
#
#
#
#
#
#
#
#
#
#
#
#
#
#
#
#
#
#
#
#
#

dan sesampainya parcel pos laju ni,
saya menerai tudung tanpa lengah,












yes!! menepati kehendak hati..
dapat tutup depan dan belakang.
walaupun tak seberapa sweet nya macam patung model Naelofar..
perasan sendirikan aje la sweet tu sikit pun jadi lah...
terima kasih ija.. akak beli iye..