Wednesday, February 11, 2015

SLE



APAKAH SLE??

Systemic Lupus Erythematosus (SLE) adalah penyakit kronik auto-imun di mana badan pesakit menghasilkan protein darah dengan banyaknya. Protin darah yang dipanggil antibodi ini dengan sendirinya memberi tindak balas terhadap tisu seseorang. Punca penyakit SLE tidak diketahui.

WHAT IS SLE??
Systemic Lupus Erythematosus (SLE) is a chronic, auto-immune disease of unknown cause where the patient’s body makes large quantities of blood proteins called anti-bodies that react against the person’s own tissues.

Penyakit Lupus ada 3 jenis;

1)  Discoid Lupus Erythematous (DLE)
Yang hanya melibatkan kulit
Jarang merebak ke organ lain

2)  Systemic Lupus Erythematosus (SLE)
- Boleh merebak ke organ lain
- Boleh mengakibatkan kematian

3)  Neonatal Lupus
- berlaku pada bayi yang dilahirkan oleh pengidap SLE.
- Mungkin disebabkan auto-antibodi di dalam darah ibu yg di panggil anti-Ro (SSA)
  dan anti-La (SSB)
- akibatnya bayi ini akan mendapat radang kulit,
  masalah hati & darah (low blood counts)
  Gejala ini akan hilang sedikit demi sedikit dalam masa beberapa bulan.

- Walaupun kes² ini jarang dijumpai, bayi yang lahir dengan neonatal lupus ini berisiko mengalami masalah jantung yang menganggu perjalanan jantung.

Mengikut Statistik  SLE,

Lebih kurang 90% pengidap (SLE) adalah wanita,
sementara 10% adalah lelaki dan kanak-kanak

lebih kurang 90% wanita yang mengidap (SLE) berada di dalam
lingkungan umur boleh hamil iaitu di antara 15 hingga 50 tahun.


***********************************************************


Sepupu saya salah seorang yang tergolong
dalam 10% kes penghidap lelaki SLE.
beliau telah pergi untuk selama-lamanya pada 10hb December 2014 akibat SLE.

Pada awalnya sepupu saya ini
Disahkan menghidap penyakit SLE 2013 yang lalu..
penyakit SLE yang di hidapi oleh arwah
telah mengakibatkan buah pinggang nya kurang berfungsi dengan baik tahun ni.
bermula dari pertengahan tahun 2014,
rutin nya setiap minggu berulang
ke pusat dialis untuk buah pinggangnya.

Arwah seorang yang baik,
Perginya dengan mudah. Segala-galanya di mudahkan..
8hb terasa sakit, masih lagi boleh berjalan, berborak seperti biasa.
Berjalan sendiri masuk ke wad kecemasan Hospital Tuanku Jaafar, Seremban
Masih lagi boleh bergurau dengan abangnya,
Siapa sangka, Lepas zuhur dia dah terbaring dan koma..

Doktor mengesahkan keadaan sepupu saya tenat,
Nyawanya Cuma bergantung pada bantuan mesin saje masa tu.

Syukur Alhamdulillah terdetik hati saya untuk menziarah di siang hari 9hb.
Rupa-rupanya..di awal 1 pagi 10hb Disember 2014,
arwah pergi untuk selama-lamanya..
betapa sedihnya hati saya mengenangkan beliau.
Arwah adik beradik memang rapat dengan keluarga saya.
Terimbau kenangan masa arwah kecik² dulu
saya yang cebokkan arwah kencing,berak.. mandikan..
teman bermain.. di dukung.. kejap-kejap kak juli.. kejap-kejap akak…

huhuhuhu sedihnya… menaip ni pun airmata masih lg mengalir….

Ajin, semoga rohmu ditempatkan pada golongan yang beriman. Amin.
Alfatihah utk mu Mohd Faizee b Jamal (1988-2014)




boleh rujuk ke http://www.lupusmalaysia.org/ untuk info lanjut

4 comments:

arysha_fayyadh said...

Assalam ieta,
salam perkenalan yer :)
my aunty pun pengidap SEL ni
dia kena serang bahagian urat saraf
tapi alhamdulillah kesihatan masih dalam paras memberangsangkan :)
pa pun kalo sudi jemputla singgah & join blog iols jugak yer :)

AMIIZAA@Mieja said...

sedih kak mieja baca:(
alfatihah buat mohdfaizee jamal
moga beliau diletakkan dikalangan para solihin...

Anonymous said...

You ought to be a part of a contest for one of the best websites on the web.
I am going to highly recommend this blog!

My homepage busana muslim

Jari Manis said...

Al-Fatihah buat Arwah..semoga roh nya di cucuri rahmat aminn