**Ampun maaf di pinta, entry ni adalah entry
tertunggak tahun lepas**
bercuti ke Kuantan ni
sebenarnya percutian yang tak dirancang.
Cuti terkejut-kejut
gitteww..
Tapi ai suka sangat cenggini
yang benarnya..
Siapa tak suka pi jenjalan
kan..
Memang en abah dah pernah
pasang impian dari mula saya kahwin dulu lagi..
Nak bawa mak abah saya
pegi kuantan makan Seafood
Dari hari ke hari, bulan
ke bulan sampai la tahun ke tahun..
Bila kira-kira balik, dah
10 tahun rupanya en abah bagi janji tak tunai lagi
Hahahahaha.. rasa sedikit
kelakar kat situ.
Dan tetiba nya secara
kebetulan 1haribulan Mei 2014 jatuh
cuti pada hari Khamis,
Maka saya dan en abah
sepakat ambil cuti Jumaat tu balik kampong N9
Hari Sabtu, 3hb ke Kuantan
tidur semalam 4hb balik.
Seawal pagi pukul 10.30a.m, 3hb
Mei saya dan adik saya (2 buah kereta) bergather-gather
Ikut jalan Temerloh, sebab
kalu dari rumah mak saya memang dah dekat je dengan Temerloh
Dalam 45 minit je.. lebih
kurang sama je masanya kalau ke Seremban.
ishhh nyampah betul selfie muka penuh parut jerawat..
masa ni memang teruk muka saya, banyak pula jerawat tumbuh dengan jayanya..
masa ni memang teruk muka saya, banyak pula jerawat tumbuh dengan jayanya..
pakai kamera 360 lah terus lah menyelfie.. baru nampak gebu je licin muka.. hahahaha..
Sampai Temerloh, cadangnya nak singgah mana-mana kedai ikan patin
Cari punya cari, tak jumpa pun kat internet.
Cari punya cari, tak jumpa pun kat internet.
Malas la nak dengar en abah pot pet membebel..
Teruskan aje perjalanan sampai ke Kuantan,
Lepas check in baru pegi cari makan..
Sebab target kami nak makan seafood kuantan sepuas hatinya.. nyum!nyum!
sementara en abah buat urusan check in bilik, ziyad berpossing ala-ala model aje dengan busunya..
kemain lagi dia ni..
Nak jadi cerita, semua hotel yang ada swimming pool yang shortlisted Fully Booked
Dapat la Hotel Seri Malaysia.. tak kisah la last choice pun..
Asalkan ada kolam mandi.
Saya Booking 2 bilik deluxe kot rasanya.
Dah kebetulan adik saya ada sekalikan,
sementara en abah buat urusan check in bilik, ziyad berpossing ala-ala model aje dengan busunya..
kemain lagi dia ni..
Betul-betul last minute
punya rancangan..
Cari hotel utk stay kat
Kuantan hari khamis pagi sebelum hari buruh..
Nak jadi cerita, semua hotel yang ada swimming pool yang shortlisted Fully Booked
Telefon sana telefon sini, rupanya Kuantan banyak event berlangsung hari minggu tu..
manalah kami tau kan.. kami ni unplanned vacation ..kekekeke...
Dapat la Hotel Seri Malaysia.. tak kisah la last choice pun..
Saya Booking 2 bilik deluxe kot rasanya.
Satu bilik tu saya sefamili, satu bilik lagi mak abah dan adik saya
Bilik mak abah adik saya, saya tambah 1 tilam lagi..khas untuk adik saya si Busu golek-golek senang hati..
hotel seri Malaysia ni dapat diskaun untuk kakitangan kerajaan,
rasanya semua hotel boleh kot dapat potongan penjawat awam ni kan..
Dah kebetulan adik saya ada sekalikan,
saya pun gunakan beliau untuk dapat potongan harga kakitangan kerajaan.
dapat la diskaun sikit kan..
dapat la diskaun sikit kan..
Urusan check in pun dah
siap,
Angkut barang-barang ke
bilik, solat jamak sesiap..
Kami pun keluar cari
makan-makan petang pulak.
Target kami nak cari
makan-makan yang ringan yang boleh alas perut..
Eh panjangnya
menaip.. ada Sambungan nya ye..
lepas ni nak cerita pasal kami makan makanan untuk mengalas perut pula ...
No comments:
Post a Comment