Bila dah jarang-jarang
update entri blog yang tak best ni..
Kadang-kadang terusik juga
perasaan rindu tu.,
Anak-anak pun dah pandai
main sendiri² dah..
Saya cuba curi masa
sekejap buka laptop,
Terus log in, dan cuba
sikit-sikit taip ayat untuk entri baru.
Belek-belek belah draft
entry,..Tetiba Terjumpa lak draft Apam Nasi.
Jeng jejengg.. terus
terbit idea nak menghabiskan story
apam nasi saya..
Rasa teringin nak try buat
apam nasi ni bermula masa..,
selak² FB, ternampak pulak Pija
(biras kawan saya)
up gambar apam nasi yang
mahbeles ni..
kemain gebu apam nasi si Pija ni..
hati meronta² nak buat gak
Apam Nasi.
cergas menggogle resepi Apam Nasi, lalu terjumpa lah resepinya;
3 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
2 cawan gula (saya
buat secawan gula saje)
1 paket mauripan
2 cawan nasi
3 cawan air
Saya masukkan je semua
bahan tu kat blender
Gelak besar encik abah
tengok saya guna blender buat kuih.
Pemalas nak keluarkan
mixer punya pasal, blender yang jadi mangsa.
siap je kukus.. terus bahagi-bahagi kan adunan untuk di warna-warnakan,
Peduli lah.. asalkan semua sebati, dan halus di kisar.. masa pun jimat.
siap je kukus.. terus bahagi-bahagi kan adunan untuk di warna-warnakan,
Peduli lah.. asalkan semua sebati, dan halus di kisar.. masa pun jimat.
Nak basuh blender tu pun
senang je berbanding basuh mixer. Banyak part nak kena basuh kan.
Kemain lagi warna warni
ceria..
cermat je saya susun satu-satu apam, teliti dan kusyuk..
cermat je saya susun satu-satu apam, teliti dan kusyuk..
Sambil menunggu apam siap
di kukus, layan magnum caramel sensorang kat dapur.
Bila dah siap, en abah dan
anak-anak makan 2-3 biji aje..
Selebihnya saya yang
perabis…
Mujur saya memang buat
sikit , 2 kali je kukus.
Dapat la beberapa biji
apam.
Warna je la menarik minat
anak² saya makan sebiji..
Anak² dan suami saya
memang tak berapa pergi dengan kuih-muih yang manis² ni..
Saya pun gitu gak.. sebiji
dua je makan,
Jadi la kan Apam Nasi buat sendiri untuk minum petang kami sekeluarga..
5 comments:
Hai Zulie...lamanya x update..itu sebab JM lama x singgah sini ..ahaha..ALASAN kan..Apam nasi? ingatkan blender beras tadi hihih..boleh lah try
wahh,..rajinnya puan ieta buat apam ya..kalerful lagi..:)
salams, bgs jugak idea pakai blendar tu:)
cantik apam nasi kaler2....akak suka makan apam:)
Hello. And Bye.
apsal tak bawak opis sket? ishkk memang tau..
Post a Comment