Thursday, February 5, 2015

Apam Nasi



Bila dah jarang-jarang update entri blog yang tak best ni..
Kadang-kadang terusik juga perasaan rindu tu.,
Anak-anak pun dah pandai main sendiri² dah..
Saya cuba curi masa sekejap buka laptop,
Terus log in, dan cuba sikit-sikit taip ayat untuk entri baru.
Belek-belek belah draft entry,..Tetiba Terjumpa lak draft Apam Nasi.
Jeng jejengg.. terus terbit idea nak menghabiskan story apam nasi saya..

Rasa teringin nak try buat apam nasi ni bermula masa..,
selak² FB, ternampak pulak Pija (biras kawan saya)
up gambar apam nasi yang mahbeles ni..
kemain gebu apam nasi si Pija ni..

hati meronta² nak buat gak Apam Nasi.

cergas menggogle resepi Apam Nasi, lalu terjumpa lah resepinya;

3 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
2 cawan gula  (saya buat secawan gula saje)
1 paket mauripan
2 cawan nasi
3 cawan air

Saya masukkan je semua bahan tu kat blender
Gelak besar encik abah tengok saya guna blender buat kuih.
Pemalas nak keluarkan mixer punya pasal, blender yang jadi mangsa.

siap je kukus.. terus bahagi-bahagi kan adunan untuk di warna-warnakan,

Peduli lah.. asalkan semua sebati, dan halus di kisar.. masa pun jimat.
Nak basuh blender tu pun senang je berbanding basuh mixer. Banyak part nak kena basuh kan.





Kemain lagi warna warni ceria..
cermat je saya susun satu-satu apam, teliti dan kusyuk..




Sambil menunggu apam siap di kukus, layan magnum caramel sensorang kat dapur.




Bila dah siap, en abah dan anak-anak makan 2-3 biji aje..
Selebihnya saya yang perabis…

Mujur saya memang buat sikit , 2 kali je kukus.
Dapat la beberapa biji apam.
Warna je la menarik minat anak² saya makan sebiji..
Anak² dan suami saya memang tak berapa pergi dengan kuih-muih yang manis² ni..
Saya pun gitu gak.. sebiji dua je makan,
Jadi la kan Apam Nasi buat sendiri untuk minum petang kami sekeluarga.. 



5 comments:

Jari Manis said...

Hai Zulie...lamanya x update..itu sebab JM lama x singgah sini ..ahaha..ALASAN kan..Apam nasi? ingatkan blender beras tadi hihih..boleh lah try

Kamsiah yusoff said...

wahh,..rajinnya puan ieta buat apam ya..kalerful lagi..:)

AMIIZAA@Mieja said...

salams, bgs jugak idea pakai blendar tu:)
cantik apam nasi kaler2....akak suka makan apam:)

Anonymous said...

Hello. And Bye.

Cik Lily Putih said...

apsal tak bawak opis sket? ishkk memang tau..