Wahhhh.. cukup lamanya saya hilang menyepikan diri.
apakan dayanya..Bulan December & January memang bulan yang paling busy untuk saya,
orang kerja makan gaji.. kena la utamakan lebih dulu kerja yang di gajikan ni...huhuhu..
tertarik saya nak kongsi kan info yang berguna tentang Ikan yang ada merkuri yang tinggi.
saya baca macam ianya berguna untuk pengetahuan,
tu yang saya rasa elok saya kongsikan juga info ni kat blog saya.
Nak-nak pada ibu-ibu mengandung, memang perlu tahu kan ikan yang mana yang tinggi merkuri ni.
Mana lah tau menggogle pasal merkuri ikan, tersinggah pulak kat entry saya ni kan..
kurang² boleh juga tau sikit² info.
Eh ikan yang merkuri tinggi ni bahaya tau untuk janin..
nak tau apa yang bahayanya, kita tengok dulu contoh² ikan yang ada Merkuri yang tinggi ye..
Ikan yang mempunyai kandungan merkuri yang tinggi;
Ø Ikan yu
Ø
Ikan todak (Swordfish)
Ø
Ikan kembung raja (atlantic mackarel)
Ø
Ikan kerapu
Ø
Ikan tuna kuning (Yellowfin Tuna)
Ø
Ikan marlin
** kalau tak silap saya ikan marlin ni ikan layaran la kot rasanya..
Ø
Ikan tenggiri amerika (King Mackarel)
Kesan yang boleh berlaku akibat dari ikan
yang mengandungi merkuri yang tinggi adalah;
1.
Membolehkan gangguan perkembangan saraf
(neurologi)
pada janin, bayi dan kanak-kanak.
2.
Menganggu kemampuan kognitif (Aktiviti Otak)
- kemampuan kognitif adalah aktiviti otak
yang merangkumi aspek Hafalan, Pemahaman, Penerapan,
Analisis,
Sintesis dan Penilaian
3.
Penurunan kemampuan deria rasa yang biasanya
berlaku di tangan,
kaki dan sekitar mulut.
4.
Melemahkan kemampuan berbicara, mendengar,
berjalan dan kelemahan otot.
5.
Penyakit Minamata
(Minamata Disease) adalah penyakit
saraf
yang
di sebabkan dari keracunan merkuri.
Info dan gambar-gambar ikan ni semua nya dari hasil Google an saya..
Terima kasih banyak pada Encik Google ni.. memang banyak panduan dan hasil yg berguna.
sampai sini dulu ya..
nanti ada masa dan peluang.. saya update lagi blog entry..
saya tengok masa log in tadi, banyak rupanya draft entry saya..
huhuhu meragau la kau mengedit bagai utk publish...