Friday, October 10, 2014

Corat Coret Raya 2014



Banyak betul pending cerita nak di cerita kan..
blog agak terabai sejak hujung bulan Jun yang lalu.
Rentetan dari rakan sekerja 2 bulan bercuti bersalin.
Selama dua bulan kelam kabut handle urusan pejabat sensorang.

Hahaha syabas puan ibu, anda Berjaya menguruskan semua nya secara solo!
Dengan admin, account, sales, purchasing, coordinating..
Pengalaman yang betul² mencabar kesabaran.
Lagi² dalam bulan Ramadhan. Phewww!! *lap peluh
Kat rumahnya pula, Dengan tempahan jahitan selendangnya lagi..
Bagus-bagus..
memang anda telah berjaya berkerja bersungguh-sunguh Di usia anda!
Yeyy!! I am a Multitasking Mummy.

Cerita buka puasa ke raya ke untuk tahun ni
Takdepon di kongsi kan ke blog.. huhuhu sedih pulok takde kenangan.
*famili kecik kami.. sedap mata memandang sedondon warna biru..*

Raya tahun ni raya yang seronok. Ziyad dah 2 tahun,
Dah besar, dah handsome, dah pandai salam raya. Sweet sangat!
baju melayu en abah dan anak-anak saya siapkan awal.
Mujur en abah pun setuju beli baju awal-awal. Senang kerja!
Family Besar saya.. tapi kurang satu keluarga..,
Angah and family beraya di Terengganu dahulu di raya pertama.

Sebelum 1 ramadhan, dah siap dah baju melayu en abah, haziq & ziyad.
Baju raya untuk saya dah siap 3 pasang lagi awal dari beli baju melayu mereka.
Siap sekali dengan 3 helai selendang lagi.
sehelai selendang 2 meter, 2 helai half moon
Senang jahit shawl sendiri ni.. boleh tamak buat 2 pesen.
 


Aktiviti masak memasak lauk-pauk hari raya seperti biasa
Sehari sebelum 1 syawal.
Jadi aktiviti Raya pertama kami, bangun seawal pagi.
Setiap kali Raya, Atok ki (abah saya) akan bertindak sebagai ketua warden yang garang.
Habis satu rumah di jerit kan suruh bangun pagi mandi sunat aldilfitri.
En abah memang muka wanted dah paling last bangun mandi raya..Hahahaha! Rasain!
Bersiap cepat-cepat untuk pergi Masjid, Solat Sunat Aidilfitri

*gambar bersalaman takde, gambar masa nak mulakan tahlil je yang sempat ambik.*  


Balik je dari solat sunat Aidilfitri, kami akan bersama-sama berkumpul
Bersalaman memohon ampun dan maaf.
Dan upacara tangis-tangisan pun bermula dengan jayanya.
Huhuhu syahdu sedih betul rasanya.
Macam biasa abah saya akan buat tahlil pendek, untuk di sedekahkan pada
Keluarga kami yang dah tiada,
(Arwah atok laki & atok pempuan mak abah, arwah abang saya ,
arwah ayah mertua along saya, dan tak lupa pada arwah ayah mertua saya)


Raya pertama tahun ni giliran Negeri Sembilan, turn belah saya.
Berkobar semangat raya saya tahun ni..
Hari Raya kedua, macam biasa agenda belah saya
Akan berombongan ke Muar, Kampung Mak abah saya.

 kami berenti solat di masjid area Bukit Gambir..

Route perjalanan rombongan kami di syawal kedua,
Air Hitam, N9 > Serom 3 > Gerisek > Bukit Gambir > Chempelak

Memang dah jadi rutin balik Muar tiap kali raya turn saya,
Ziarah kubur arwah atok belah abah dan mak saya
juga ke kubur arwah abang saya.

saya dan ziyad tinggal dalam kereta, tak larat nak kejar si ziyad berlari-lari



Lepas ke kubur barulah pergi beraya ke rumah sanak saudara.
Walau Cuma menyinggah 4 buah rumah aje pon,
Tetap macam kelam kabut tak cukup masa..
Happy tapi penat..sampai rumah mak saya pun lebih kurang dah malam..
Angah sekuarga tiba dari k.terengganu pun malam tu,
saya dah pengsan sampai ke bulan. Langsung tak sedar dari lena.



Syawal ke tiga saya balik Dungun, turn rumah mertua pula.
Balik lepas sarapan, lebih kurang pukul 10 lebih.
Plannya lepas subuh nak gerak balik.
Tapi hati ni berat je nak gerak awal-awal…
Angah saya pun baru je sampai malam nya tu kan, melampau lah kan .. kalau terus balik.
Kemas punye kemas nak dekat pukul 11 gak nye jalan.. cantik betul timingnye tu.



Tengahri dalam jam 12 lebih tu sampai Bandar Temerloh.
Saja-Saja try Cari kedai ikan patin,
kot-kot la boleh lunch nasi campur ikan patin temerloh.
Sekalinya, semua kedai² yang di suggest di internet semua nya KATUP..
Semua orang cuti Raya kan..
Makcik ni pikir dia sensorang je raya. Macamkan orang lain tak raya.
Tu yang konpiden nye cari kedai ikan patin di pagi raya keTiga.. ape daa..!





En abah pun dah panas, luar dan dalam
cepat² teruskan perjalananan ke Highway LPT.
Seb baik ade hentian R&R (Rehat & rawat) Temerloh
Sedang elok bertemu jodoh dgn Ikan Patin di R&R Temerloh..
Biarkan En abah makan bersama anak² teruna.
Saya makan mee sup sensorang.
Nyummmss! sedap.
Lepas kenyang bermula kembali perjalanan pulang ke Dungun..


Oihh panjangnya entry..
Sekali update, terus tamak berjela cerita. Hohohoho..
Nanti lah sambung lagi, korek gambar dulu kot ade.
Kalau takde gambar.. hilang ingatan tak tau buat ape mase raya haritu..
Jumpa lagi ye di lain entry..

Tata!


 

1 comment:

Jari Manis said...

serononya bila anak2 membesar depan mata..ietams muda lagi adh dh besar..dh ada 2 org Hero...huhuh..JM ni jgn kata anak..pasangan pun nan hado