**entri gile lama tersangkut kat draft..yang baru hegeh-hegeh nak di publish**
Khamis malam Jumaat 22/8/14 lebih kurang jam 1pagi,
Ziyad, anak no 2 saya menggelisah merengek-rengek menghempas-hempas badannya ke badan saya.
masa tu saya sekeluarga dah lena diulit mimpi.
adalah memang pelik bila tengah malam, ziyad menangis macam tu..
ziyad ni jenis nyenyak tidur di malam hari. Memang susah dia nak meragam di waktu tidur malam.
dah bila dia nangis² dalam tidur, terbangun tidur terus maknye ni.. rasa suhu badan ziyad panas yang amat.
cepat² saya dukung ziyad sambil kejutkan en. abah.
bagitau ziyad demam panas secara tiba-tiba,
memang kelam kabut kami suami isteri. Cepat² pergi ambil ubat demam yang memang ada dalam freezer.
en abah lak pergi cepat² basahkan tuala untuk balut badan ziyad. baguss.. takyah disuruh.
ziyad ni kalau bende yang dia tak puas hati, memang biasanye dia suka hempaskan badannya kat saya.
merasa lah saya dihempas² dek ziyad malam tu..
pastu semalaman saya kene repeat cara tidur rutin saya masa anak² masih bayi dulu.
tidur duduk dengan meriba anak.
memang tak boleh nak tidur sangat.. ziyad merengek resah gelisah serba tak kena..
hinggalah ke subuh, saya meriba ziyad. dekat pukul 6 pagi, barulah lena nyenyak ziyad tidur.
pukul 8, saya report office ambik EL jumaat tu.
Pergi Klinik Qistina, Tmn Equine.. Jauh dari rumah. Tapi anak² saya rasi dgn ubat klinik Qistina.
Bawak haziq sekali ke klinik. tengok Badannya lemah je..rasa badan haziq.. tak panas lak.
saya cutikan haziq sekolah agama pagi tu. Sama-sama dua beradik ni pergi cek doktor.
lagipun minggu lepas haziq memang dah demam & batuk.
cek-cek dua-dua,
dua-dua dapat ubat demam & batuk. Surat MC untuk haziq. bagus takyah minta terus di bagi.
balik rumah bagi haziq dan ziyad makan ubat lepas makan.
ziyad terus hilang panasnya,
tetiba haziq pula yg naik panas nya.. rutin la saya bagi ubat demam kat haziq selang 4 jam.
tetap tak surut panas haziq..
hinggakan maghrib sabtu, tetap tinggi panas badan haziq.. lepas tu badan haziq terus lemah dengan tak selera makannya lagi..air pun dah tak lalu nak minum.
mula risau saya tengokkan haziq..
sebabkan malam Sabtu tu wad penuh, Haziq ditempatkan sementara di Wad katil dua bilik.
en abah yang temankan haziq di wad malam tu.
saya dan ziyad balik ke rumah. Walau beg dah siap di packing baju untuk kami 4 beranak.
lemah sesangat haziq masa tu.. masuk drip terus tertidur.
dan pukul 11 ahadnya, haziq dapat tukar bilik katil 1
lepas zuhur, saya dan ziyad pun ke hospital.
rutin saya sejak 25hb, seawal pagi 6.30am gerak dari KPJ damansara balik ke rumah kinrara.
bersiap-siap utk ke pejabat. 7.30 hantar ziyad ke daycare.
balik kerja 5.30 terus jemput ziyad, balik masak dan bekalkan dinner
usai solat maghrib, bergegas saya dan ziyad ke hospital bersama bekalan makan malam.
berempat makan jemaah dalam hospital. hahahaha.. macam rumah kedua dah jadinya.
saya dan haziq..
oh tangan tu di balut bagi wayar drip tak lari. bukan nya apa-apa.. hehehehe..
saya dan nanny haziq.. ops! en. abah.
en abah yang amik cuti jaga haziq di wad sepanjang tempoh haziq di wad.
kami dah ready nak tido.. yeyyy!
roti sardin utk sarapan kami di hari last di wad... ngeee.. en abah pegi tapau kat Mokhsin TTDI.
27hb lepas lunch time, haziq dah boleh discaj.. yeyyy dah boleh balik rumahh..
ziyad yang paling happy abg long nya dah keluar wad.
dah ade geng main kat sekolah..
23hb Ogos 14 ~ 27hb Ogos 14 haziq bermalam di wad KPJ Damansara.
demam panas, amik blood test.. ade jangkitan virus dalam darah.
syukur alhamdulillah bukan virus kritikal denggi ke influenza ke..
1 comment:
ala siannya abang long. skg ni musim bdk2 demam kot. alhamdulillah dah sihat
Post a Comment