Monday, July 21, 2014

Majlis Iftar Ramadhan Ewana FM 2014 di Pak John Steamboat E-Curve Damansara

10 Julai yang lalu, saya berpeluang join Majlis Iftar Ramadan Ewana FM 2014 yang bertempat di Pak John Steamboat E-Curve Damansara.




Penuh cabaran juga saya nak pergi majlis iftar ni pada hari tu.
Perancangan awalnya, saya nak gerak awal dari Puchong.
Dek kerana tugas pejabat petang tu tetiba datang melanda sibuk sangat-sangat,
Tak dapat saya nak balik awal. Pukul 5.30 juga gerak ke Damansara. Phewww!!..


frust dah mula rasa.. give up pun dah muncul juga mase tu.
saya Whatssap Yana Tanya kan beliau boleh tak kalau saya bawa suami temankan.
Bila yana kata boleh bawa +1, Alhamdulillah la boleh
Saya minta tolong en suami sahaja yang menghantar dan bersama berbuka puasa.
Dah tentu-tentu sesak jalanraya nak ke Bandar Utama/ Damansara sana tu..
Bawak je lah anak-anak.. takde sape nak jaga dah time kecemasan macam ni.
saya fikir-fikirkan Anak saya ni bukannya pemakan sangat ponn..

Sesampainya saya di sana,
ruang kedai dah cukup meriah ..dengan tetamu-tetamu yang dah datang.
Saya register pun dah lambat. Pukul 7.12 dah masa tu.
Setiap pendaftaran akan dapat borang peraduan Lucky Draw. 
Ada juga food review Contest,  
Tapi saya tak dapat pon.. orang datang lambat kan.. 
#pic kredit pada PakJohnFB, Tq!

Masa register tu, Halim tanya saya ada baca idok terms & condition 
pasal tak boleh bawak kanak-kanak ke majlis tu.
Serasa saya macam takde pulak Nampak T&C tu.

Bila dah macam tu,
saya pun bagitau je Halim 
yang saya register kehadiran saya sajelah dan tak payah masuk buka poser.
ye lah kan.. Dah sape pulak nak menjaga anak-anak saya tu kalau saya tinggalkan.
asalnya memang nak datang sorang je. Tapi dah kecemasan dah kelambatan..
tu yang minta tolong en abah drive kan ke sini....
dan mengsekali hangkutkan anak-anak tanpa dirancang..hewhewhew..

Tetiba lak Halim kata takpe lah.. bawak je la anak-anak tu..
Pilih tempat duduk belah belakang-belakang.
Yana pun dah tolong reserved kan 2 tempat dah utk saya.
terima kasih ye yana! lebyuuuu ketat-ketat..


Baru duduk 2-3 minit, dah sampai waktu berbuka.
En abah ambilkan air je lebih dulu untuk kami.
Makanan tak ambil lagi.
Tapi banyak la dia nye menu.




kuah sup steamboat ni di datangkan dengan pelbagai perasa,
ada tomyam, sup tulang lembu, kari, sup Miso dan sup Ayam. 






































Ada dimsum, sayur-sayuran,dan dah tentu ada bAAAAANyyak menu-menu steamboat
Udang, sotong, ayam, daging utk grill
Ada ais krim, waffle, nasi goreng.. macam-macam menu ada..
Semua disediakan secara buffet.
Ambil lah banyak-banyak ikut suka. Sampai kenyang makan.



Haa…tengok tu menggelegak kuah tomyam saya merebus.. Nyum! Nyum!! nyamann..



Ni je yang saya makan.. jadi laahhh.... tomyam nya.. betul!betul terangkat...


Untuk kami, Menu pilihan yang kami amik grill ayam, daging, dan menu steamboat.
buffet macam ni, en abah je la yang makan banyak berkali-kali..
saya dan anak-anak, makan secukup rasa je.




#sempat bergambar dengan Ana Rafali.. Slim dan cantik serta ayu je Ana Rafali ni.

Ada lagi seminggu puasa ni,
Jangan berlengah2x untuk merasai menu yang banyak sampai nak pengsan ni. 
cepat-cepat tau! cubalah pergi buka puasa dengan Ramadhan Buffet Berbuka Puasa Pak John Steamboat ni. Harganya RM39++ aje.
Kanak-kanak umur 8 tahun kebawah free.





Pak John Steamboat & Yong Tao Foo
Wangsa Walk Mall
Lot GL-02 & FL-02, Wangsa Walk Mall,
Wangsa Avenue
No. 9, Jalan Wangsa Perdana 1, Bandar Wangsa Maju,
53300 Kuala Lumpur

Tel: 03-4141 8898

Restaurant Pak John Steamboat & BBQ
eCurve
Lot LG-13A & LG-15,
Lower Ground Floor, eCurve
No. 2A, Jalan PJU 7/3, Mutiara Damansara
47810 Petaling Jaya

Tel: 03-7733 3913









terima kasih Halim Brothers, PakJohn Steamboat, EwanaFM
atas peluang yang diberikan ni ye.






1 comment:

Anonymous said...

Ucap Salam Aidilfitri , mohon salah silap dimaafi,
Terkadang kita bicara dan menitip kata, Yang terkadang mengguris rasa, Walau menyepi seketika, Ingatan itu tetap ada. Terima kasih terus menyokong KA , Selamat hari raya, maaf zahir & batin dari KA sekeluarga