Thursday, May 29, 2014

live from Penang Hill



















Day 2 - Penang Hill




Wednesday, May 28, 2014

Hello Penang!





Assalammualaikum..
Saya sekarang tgh mood bercuti.

Destinasi pilihan saya sefamili kali ni
Adalah...

PULAu PINANG..
YEYYY...!!!

Start 28hb hinggalah ke 31hb saya ada di Penang.

Eh! & kalau tak silap saya..
Kak wantie (lovingwantie) dok Penang kan..

Hai kak wantie...
Pst..pstt... kak wantie...
if dpt meet up ni best juga ni kan          































saya dan mak saya bergambar di RnR Tapah jam 3 pagi tadi

















































Monday, May 26, 2014

Majlis Pelancaran Produk Baru Havarline Diamond D-Collagen, Royal Chulan Damansara




Pada Jumaat baru-baru ini, bertarikh 23 May 2014,
Satu Majlis yang penuh meriah dan juga glamour telah diadakan  
di Hotel Royal Chulan, Damansara.
Majlis ini diadakan bersempena Pelancaran Rangkaian Produk baru yang dikeluarkan oleh Havarline Diamond Sdn Bhd 



dan Saya berkesempatan menghadiri jemputan 
ke Majlis yang gilang gemilang ini yang bertemakan warna biru.




Majlis yang gilang gemilang ini yang telah dirasmikan oleh
Yg Bhg Senator Dato' Seri Ahmad Bashah Bin Mohd Hanifah
Timbalan Menteri Kementerian Perdagangan 
Dalam Negeri Koperasi Dan Kepenggunaan.



orang-orang kuat Havarline Diamond,
En. Hamka, Cik Mar, Cik Nim dan Cik Ya






Rangkaian produk baharu yang dilancarkan ini termasuklah D-Collagen, D-Babes iaitu White Coffiee minuman intim dan dalaman untuk wanita dan rangkaian pilihan D-Soap iaitu sabun rawatan Spa Carbo Bar Soap,Bird's Nest Soap, Dead Sea Mud Soap dan Marina Collagen Soap.



Havarline Diamond Sdn Bhd (HDSB) telah ditubuhkan pada
tahun 2013 dan terlibat secara aktif dalam menyediakan
suplemen kecantikan berkualiti tinggi dan produk kosmetik
di Malaysia. 



HDSB menjadi pilihan utama rakyat Malaysia sejak memperkenalkan produk sulungnya, D-Kolagen 
yang menggabungkan kebaikan kolagen marin dan bahan-bahan
premium lain seperti sarang burung, madu, Pitera,
Goji Berry dan delima yang telah terbukti secara klinikal untuk memperbaiki keadaan kulit dan 
di iktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.



Produk HDSB meliputi pelbagai suplemen kecantikan 
yang kini boleh didapati di lebih 200 rakan kongsi
perniagaan di seluruh negara.



Untuk Lebih Lanjut boleh Hubungi Havarline Diamond
yang ber Alamat di;
Havarline Diamond Sdn Bhd
3A25, Level 3A, Blok A, 
No. 1, Jalan SS20/27, 
Damansara Intan, 
47400 Petaling Jaya, 
Selangor Darul Ehsan

Hotline: +6019 968 8000
Phone: +603 7731 1021
Fax: +603 7731 1021


dan juga Social Media mereka;
Facebook: dcollagen
Twitter: dcollagen
Instagram: dcollagen




dan saya akhiri entry ni dengan #OOTD saya di majlis itu.







#kredit pada AyuJean untuk gambar-gambar.. Tq Ayu!








Tuesday, May 20, 2014

Secawan Kopi saya Di Waktu Pagi






Katanya.. kopi ni bagus..
Katanya lagi kopi boleh buat kita kurus..
Katanya juga kopi ni menyihatkan..
Katanya lagi kopi ni perlu
Tapi katanya.. kopi ni pahit
Katanya lagi kopi ni bahaya diminum banyak² sebab kaffeinnya tinggi
Tapi katanya ..kopi ni menghilangkan ngantuk

Terpulang pada diri sendiri aje la kan..
Minum Sedikit ke minum banyak ke kopinya..
Ada kelebihan dan ada juga kekurangannya..
Ada kebaikan.. dan ada juga keburukannya..



Dan Kesimpulannya,
berpada-pada lah pada setiap yang kita lakukan, minum, makan,..
 jangan terlebih dan jangan terkurang…

jemput Minum yaa!

Sunday, May 18, 2014

Nuffnang Invitation - Mamee Factory Visit



Haritu dapat invitation dari Nuffnang pergi rombongan..
fully sponsored ke kilang Mamee kat Melaka 31 Mei nanti.



best nya dapat pergi kan...
enjoy sangat join rombongan ramai-ramai naik bas ni.







Wednesday, May 14, 2014

#WW ~ tumpang Glamour dicelah Cik LilyPutih






tahniah pada Cik Lily Putih
masuk Harian Metro Jumaat lepas
saya tumpang bangga!




dan saya dapat gak tumpang selit kat gambar sudut bawah tu.. hahahaha
dapat selit sikit pun jadi lah kan..dah happy kemain dah pun ha!







Tuesday, May 13, 2014

#OOTD by Jubah Gorgeous




selamat bercuti Wesak..
bagus gak ade cuti ni ha. Tetiba lak demam selsema.
dapat ler melepet kat rumah aje.
asal baring je zass lelap nyenyak tido dek ubat selsema.
kuat betul kan ubat tidur ubat selsema ni.
saya jarang telan ubat-ubat sejak berumur nih.. (hukhukhuk*cough)
tapi bila dah hidung blocking, nak tidur malam pun tak boleh malam tadi.
terus telan je lah ubat selsema.
dapat nyenyak tidur sampai ke pagi..

oh ye.. patutnya semalam saya nak up entry gambar saya pakai jubah.
tapi Isnin kan da busy day for me in office.. hewhewhew...
makanya cuti ni je la saya upkan entry ni..

jubah ni jubah yang saya menang giveaway blogger intan berlian bulan February dulu..
baru je boleh pakai..
agaknya berkat berZUMBA hari Ahad aritu kot..
terus rasa kurus ramping sikit (sikit aje ponn) badan ni.





OOTD saya bersama jubah by JUBAH GORGEOUS
shawl by Ilham Ibu by zulie ieta's homemade.

esok kerja dah..
jom cergas cergas!!!


chow!












Friday, May 9, 2014

Vitamin Hair Serum NSA Beauty PENYELAMAT Masalah Rambut Anda






Penjagaan rambut amat penting untuk kita kan.
Kadangkala rambut itu memainkan peranan penting untuk gaya seseorang individu.
Tengok saje lah artis-artis korea;(gambar bawah)

Jae Jong (JYJ) penyanyi & pelakon Korea

Eun Hye - Pelakon Korea


Boleh tukar-tukar rupa kan bila tukar-tukar style rambut.
Tukar gaya cenggini, jadi cenggini..
Bila tukar ala-ala perempuan.. yang lelakinya dah jadi rupa perempuan..
Begitu juga dengan yang perempuannya, 
bile potong rambutnya ala-ala rambut lelaki.. ,
boleh terus nampak maskulin. Dah boleh menyamar jadi lelaki.
Bolehlah kita umpamakan rambut ini mahkota setiap insan.
Kita impikan untuk punyai Rambut cantik.. rambut sihat.. 
rambut berkilat, lebat, bersinar sentiasa kan... 
Cantik kah kita jika rambut kita semakin nipis dek kerana sentiasa gugur,
rosak dan bercabang? 
Sihatkah rambut kita kalau terkeruk-keruk aje kepala tu dek kulit kepala penuh kelumumur?
Penjagaan rambut yang baik Bukan cukup sekadar bersyampu hari-hari..
Sebenarnya kan kita yang bertudung ni tak perlu sangat untuk mencuci rambut kita setiap hari.


Bayangkan orang yang bertudung seperti saya ni setiap pagi mandi pagi cuci rambut. 
Lepas tu rambut yang basah tu tidak dikeringkan dengan cukup kering setiap hari
dan terus je ikat rambut lalu pakai tudung,
Apa yang hasil kita boleh dapat bila macam tu?
Yerr…!!!.. 
Boleh mengakibatkan rambut yang basah di dalam tudung tu terus terbit bau yang kurang menyenangkan. 
Hamaigaddddd!!... Orang nak dekat pun takutt hokeyy… busyukkkkk!…
  
Dah la berbau rambutnya..,
lepas tu gugur senggenggam rambut pulak!! tuupppp.... tertinggal kat kerusi..
alahaii!!.. naya jadinya kan ..
oleh itu,
Sayangilah rambut kita sama seperti kita menjaga kulit wajah dan penampilan diri yang lain.



 NSA Beauty ada satu Vitamin Hair SERUM khas untuk penjagaan kesihatan rambut bernama DAMAGE REVERSE RESTORATIVE HAIR SERUM.


Ia berfungsi memastikan rambut kelihatan sihat dan di jaga rapi. 
Serum ini 100% berasaskan herba dan dari bahan² semulajadi tanpa bahan pengawet.
  


Fungsi DAMAGE REVERSE RESTORATIVE HAIR SERUM;
  
* Melembutkan & melembapkan rambut
* Menyinarkan rambut 
* Rambut mudah diurus
* Elakkan dari rambut bercabang
* Merawat rambut rosak akibat bahan kimia
   & alat pedandan rambut
* Melebatkan rambut 
* Rawat masalah rambut gugur 
* Hitamkan rambut
* Melindungi rambut dari sinar UV



100% BERKESAN.
DIJAMIN ANDA BERPUAS HATI !!


ANTARA LAIN KELEBIHAN PRODUK INI ADALAH;

*Pertumbuhan Rambut Baru

*Menyelesaikan masalah Rambut Gatal

*Menghidupkan sel-sel Akar Rambut Kulit kepala Menjadi Bersih Dan Sihat 

*Merapikan Rambut yang kusut Menghilangkan Sakit Kepala ,stress kepala Dan Migrain.
*Mengurangkan demam Panas 

*Meggelakkan Dari Lesu Dan Tidak Bermaya

*Merawat Dan Mencegah Uban

*Mengatasi Rambut berbuah dan Dan Bercabang



Siap dengan 12 tips penjagaan rambut saya bagi kat korang..

Cuba tengok rambut adik comel gambar atas ni.. punya lah lebatnya kan.
inilah hasil dari pemakaian hair vitamin serum ni.
Terbukti berkesan dan selamat digunakan. Budak kecik pun boleh pakai!Hasilnya membanggakann..


Antara testimoni-testimoni pengguna yang telah menggunakan vitamin hair serum yang berpuas hati dengan keberkesanannya;
  
#testimoni pengguna 1


#testimoni pengguna 2

#testimoni pengguna 3




Usah di Tunggu Lagi ..,
Cepat-cepat dapatkan Damage Reverse Instant Restorative Hair Serum Sekarang !


Nama syarikat: NSA Beauty Sdn Bhd
Nama produk: Vitamin Hair Serum With Damage Reversal




Wednesday, May 7, 2014

Zumba Party at D'Adza Fitness


 





Assalammualaikum..

Pernah dengar senaman Zumba tak??

Kalau Zumba di google search kan, didefinisikan sebagai;

an aerobic fitness programme featuring movements inspired by various styles of Latin American dance and performed primarily to Latin American dance music.

 

Kiranya kalau dalam Bahasa Melayu nya senaman Zumba ni bermaksud satu program senaman aerobic yang dicampurkan dengan pelbagai rentak tarian dengan menggunakan lagu-lagu berirama rancak seperti senaman aerobik dalam bentuk tarian hiphop, soca, samba, salsa, merengue, mambo dan juga tarian Bollywood serta gelek dan segala nya rentak muzik yang rancak. Haaa begitu la kirenya maksud Zumba ni dalam Bahasa melayu.

Senaman ini telah terbukti memberi kebaikan kepada kesihatan organ kardiovaskular, menurunkan berat badan, melegakan tekanan dan meningkatkan keyakinan diri.

Saya ni kan.. ingin sangat nak ber Zumba dari sejak-sejak Zumba ni di kenalkan. Saya ni memang suka aerobic, senam, jogging, menari pun suka.. Cuma malu je yang lebih.. dedulu masa zaman sekolah rendah memang-memang penari sekolah sesaje saya ni setiap kali hari Majlis ucapan & pencapaian hadiah sekolah rendah setiap ujung tahun. Best sangat-sangat lah kalau dapat menari!

Oleh yang demikiannya, dengan ini.. dengan sukacitanya
Saya nak war-warkan pada peminat Zumba,
(terutamanya pada diri saya memang ternanti-nanti nak berZumbanya ni)

pada tarikh 11hb Mei 2014 , D'ADZA FITNESS (M) SDN BHD, bakal mengadakan sebuah acara Zumba iaitu D'ADZA ZUMBA PARTY bertempat Dewan Cempaka Ampang .
WOW!! Best sangat kannnn…,

 


D'ADZA ZUMBA PARTY

Tarikh : 11TH MAY 2014
Masa : 11.00am – 3.00pm
Lokasi : Dewan serbaguna cempaka, ampang jaya

Pelbagai aktiviti menarik ada tau. Antaranya;
 
è Zumba Fitness

è Zumba for Kids

è Zumba Gold

è Cabutan Bertuah

è Bazaar Jualan
 
 

Kalau tak nak join sama-sama berzumba pun takpe, korang datang untuk cabutan bertuah je..

Haaaa… saya tau, ada yang suka sangat cari tuah ni kan.. mana lah tau kot-kot korang salah seorang yang bertuah hari tu kan..

Hadiah cabutan bertuah best-best tauu..
 
#Ada hadiah hampers ;
#Ada hadiah barangan elektrik;
#Ada hadiah Telefon Bimbit Lenovo;
#ada hadiah 1 pakej penginapan TM RESORT PD 2 hari 1 malam ;
#ada hadiah 1 pakej penginapan TM RESORT FRASER HILL 2 hari 1 malam .




 



Wohooo!! Lumayannya hadiah-hadiah cabutan bertuah niii!!!

Jangan tunggu lagi, cepat-cepat lah register! Boleh cuba nasib utk menang cabutan bertuah.

Boleh juga kita berzumba bersama-sama.. hoyyeh!! *ewah*

*{ Event Details }*

Date : 11TH MAY 2014

Time : 11.00am – 3.00pm

Lokasi. : Dewan serbaguna cempaka, ampang jaya

11:00am : Registration

11.45am. : Bacaan doa

12.00Pm. : ZUMBA KIDS with ZIN ELLA (RM10 only for 7-11yrs kids)

12.30pm : live performance by ALFIE ALWI(TIGA)

12.45pm : lucky draw

1.pm : ZUMBA FITNESS by ZIN D'ADZA RINA also featuring special guests singer's from D'ADZA BAND members..
☆Tuty d'adza band ☆Shazroul d'adza band ☆E-one d'adza band

1.45pm. : lucky draw

2pm : ZUMBA GOLD by ZIN JLO GOJES


2.30pm : games and photo session with participants, zin's , crews and vip ..

 

Pre-Register : RM40.00

Register at the Door : RM50.00 { WAYS TO REGISTER AND PAY EARLY }

Adza tutyrianti bt adenan

0142335336

Cimb bank 14760001625205

Maybank ( 112259114990 )


(will give address to mail receipt and do sent me reference payment number)

 

{ WE ARE ALSO STILL ACCEPTING VENDORS! }

Spot fee is Rm50 for 1 table with 2 vip passes .

We will not duplicate vendor type. First come first serve!

Contact Adza Tuty at 0142335336 to reserve your spot NOW...!!!!

 

{ GOODIES } –

200 pax goodies bag : free mineral + tidbits+ goodies (1st come 1st serve)

 

Eh! ada Lagi satu specialnya…
Ada VIP PASS untuk Blogger juga tau.., boleh terus hubungi Mak Dara gojes untuk butiran lanjut.
 
 

 D'Adza Fitness Medial social;
 
D ADZA FITNESS INSTAGRAM http://i.instagram.com/dadzafitness/
D ADZA FITNESS FB FANPAGE https://m.facebook.com/dadzafitness/
D ADZA FITNESS BLOG http://dadzafitness.blogspot.com/



 ni saya iringkan sekali klip video Youtube zumba nak bagi korang panassss!!
biarkan hati itu geraam aje nak berzumba.
jom berzumba jommm!!! yiiiihaaaaaaa...!!!





 
Amacam?? ada rasa panas nak gelek-gelek??
hahahahahaha *larikss..









Bento Simple




dulu-dulu masa Takafuchi san (former MD) bawak bekal makanan dari rumah,
kagum-kagum je saya tengok betapa variety nya bento nya dibekalkan isteri beliau setiap kali dia makan..

saya tanamkan azam suatu hari nanti saya nak jadi macam isteri beliau,
bekalkan makanan suami ke office.
tapi apakan daya, en abah tak dan nak bukak bekal.
kebarangkalian bekal tu di makan ketika sampai dirumah waktu balik betul-betul tinggi.
en abah tuu.. memang boleh je di bawakkan bekal ke pejabat.
tapi.. gaya dia bawak bekal...Masuk je office pagi tu, tingalkan bekal tu atas meja,
tuan badannya entah kemana ke site visit, meeting itu.. meeting ini..kesana.. kesini..
last-last, kesudahan bekalnya tu nanti,
kalau tak tertinggal semalaman di meja kerja ataupun di bawak balik ke rumah tanpa di sentuh..

jadinya,.
saya ubah azam saya ...
saya berazam tiap-tiap hari tanpa culas saya nak bawak bekal ke pejabat.. hahahaha..

meh tinjau Bento saya hari ni
dari kiri ke kanan, 2biji mangga siam, roti filling telur dan sos cili, kek pisang
orang lain, buahnya di hiris nipis disusun cantik aje di sudut tepi bekas..,
datang cik melah ni... pakai hangkut je 2 bijik mangga.  hambek KOOO!! ... MUAHAHAHAHAHA!!!!


yang gambar bawah ini bukan bento tau,
ini sarapan pagi saya.
Nasi putih lauk tomyam kaki ayam beserta sayur-sayuran #mainhantamsaja

ape menu anda pulak?
jom makannnnnn!















Tuesday, May 6, 2014

Boyfriend Gelap?



hari tu lah en abah tu..
sesuka hati je cakap ade boyfriend gelap hantar surat..

masa tu tengah salam solat asar..
bila terdengar mulut en abah yang macam *!`*^%$& je tu..
tersentap hati cik melah hokeyy mendengarnya..
en abah tu memang takdenya berbaik sangka.
buruk sangka ke saya memang hobi dia..

bila saya tengok surat tu, tetiba hati melonjak girang..
sape tak suka.., JariManisTravel kawan blog saya hantar surat ke saya.

Blog JM ni kan saya tak pernah miss nak baca blog travel beliau hari-hari.
walau kadang ade harinya dia tak ber update,
saya tetap jenguk membaca blog Cik JM ni ..
dek suka sangat tengok travelog Cik JM.


ohhh rupanya Cik JM ni minta alamat rumah aritu, sebab nak bagi fridge magnet Jepun ..
sangat-sangat terharu !!!!...


tanpa lengahh.. terus tampal!!


TENGGggg!! cantik ye iya di situ berkimono...

JM!! I lovee... the fridge Magnet soooo much muchhii...
Thank you sangat².. Jangan lupa tau.. ai nak follow yu next-next travel kalau berpeluang ikutt..
en abah dgn budak-budak tinggal. bagi chance mak melah ni berjalan ... hahahahaha...*evil














Monday, May 5, 2014

Hukum Jirus Air ke Kubur






Amalan menjirus air ke kubur hukumnya SUNNAT di dalam mazhab Syafi`e.

Tetapi yang disunnatkan hanya dengan air semata-mata dan bukannya air mawar sebagaimana kelaziman sesetengah masyarakat kita.

Menjirus air dengan air mawar dihukumkan MAKRUH kerana ianya dikira satu pembaziran.


Imam asy-Syafi`i meriwayatkan daripada Ibraahiim bin Muhammad daripada Ja'far bin Muhammad daripada ayahandanya bahawasanya Junjungan Nabi s.a.w. telah menyiram (air) atas kubur anakanda baginda Ibrahim dan meletakkan atasnya batu-batu kerikil. Riwayat ini terkandung dalam "Musnad al-Imam al-Mu`adzhdzham wal Mujtahid al-Muqaddam Abi 'Abdillah Muhammad bin Idris asy-Syafi`i r.a.", juzuk 1, halaman 215.





info ini di kongsi dari Sini.