it is true that the present is coloured by the past. It is also true we can choose the colours of the future..
Saturday, March 29, 2014
angin laut
buat mase ni
tuan blog tengah bercuti ke dungun.
balik kampung en abah.
name je full bar coverage celcom kat sini.
tapi.. haremmm je dia punye connection.
aktiviti petang tiap tiap hari
melepak ke pantai teluk lipat . dungun.
sejengkal aje dengan rumah mertua saya laut tu.
kali ni balik.. aktiviti ke laut banyak sikit.. hahaha..
siap tengok nelayan angkut ikan live lagi.. best sangat.!
okey ye..sehingga berjumpa lagi..
selamat bercuti dari saya.
Tuesday, March 25, 2014
Rukun Iman
Percaya kepada Allah
- Percaya kepada Nabi-Nabi dan Rasul-Rasul
- Percaya kepada Malaikat-Malaikat
- Percaya kepada Kitab-Kitab
- Percaya kepada Hari Akhirat
- Percaya kepada Qada' dan Qadar
kalau saya tengok rukun iman yang ke 6, Percaya kepada Qada' dan Qadar,
boleh tak rasanya kalau saya kaitkan rukun ke 6 dengan isu kehilangan #MH370 kita ...,setiap kejadian tu ada rahsianya..
terlalu ramai yang bagi komen..
sana sini itu ini begitu dan begini.
itu salah dia salah.. sana salah.. ramainya yang tau siapa jadi puncanya kehilangan MH370.
kita sebagai umat islam kene percaya pada Qada' dan Qadar..
dan Hanya Allah s.w.t. yang mengetahui segalanya.
dan orang² yang berada dalam MH370 saja yang tau ape misteri yang berlaku..
Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal
“ " Tidak ada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) yang ditimpakan di bumi dan tidak juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di dalam Kitab (pengetahuan Kami) sebelum Kami menjadikannya; sesungguhnya mengadakan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kamu diberitahu tentang itu) supaya kamu tidak bersedih hati akan apa yang telah luput daripada kamu dan tidak pula bergembira (secara sombong dan bangga) dengan apa yang diberikan kepada kamu dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri. (Surah Al-Hadid: 22-23)
media asing dan juga pada semua yang suka buat spekulasi,
yang bersungut, rasa ketidakpuashatian terhadap pihak Malaysia maupun pihak MAS..
pohon tolonglah berhenti membuat sebarang spekulasi dan persoalan yang tak enak didengar.
tak suka la pulak bila tengok pemberita² asing yang bagi soalan yang tak best
dalam sidang media-sidang media yang Malaysia buat.
patutnya dorang berterima kasih, bagi dorongan ke sokongan ke kat Pihak Malaysia ..
bukannya Malaysia suka-suka dan gembira dengan kejadian sebegini,
tanya Nuffnang
hari tu kan..,
saya bukak dan tengok akaun Nuffnang saya..,
bila tengok bahagian earning,
nampak kat tepi sudut bawah ranking bintang Leaderboard dgn Scraper saya
kelihatannya lansung tidak memberangsangkan. huhuhu..
terus rasa DOWN.
google kan la tips nak naikkan ranking bintang Leaderboard dgn Scraper.
ade satu dua tiga gak blogger yang pernah merasai perasaan yg sama dengan saya dulu-dulu.
bila baca tips-tips dari blogger yang Nuffnang bagi banyak earning RM,
tertarik pulak dengan satu saranan seorang blogger ni..
katenya, ape je timbul persoalan tentang Nuffnang ni,
selamba kan aje tanye Nuffnang ape yang kite musykil kan tu.
dan-dan le bersemangat saya ni hantokan tiket pertanyaan kat pihak Nuffnang.
Soalan saya,
Bagaimana nak dapatkan Full Rate Bintang untuk status Leaderboard & Skyscraper?
Nuffnang jawap,
Hi there,
The stars given at your ads are merely indicators of how many people that have been clicking on that particular ad. The higher the CTR (click through ratio) the more stars you will get for that ad. Basically, there is nothing to worry as the stars are just there as an indicator as to how your blog is performing, that's all and it definitely will not affect your earning. Hope this helps. Thank you and have a nice day! :)
Cheers,
Rosanne Tan
Nuffnang Sdn Bhd
Terima kasih Nuffnang.. merungkai persoalan saya itu..
saya hargai sangat!
dengan ucapan.. meh la bagi earning saya banyak-banyak...
salam takziah pada semua keluarga penumpang & crew #MH370.
sayu hati mengenangkannya kan..
bertambah sayu bile dengar lagu-lagu sedih yang berkumandang di radio pagi ni...
Thursday, March 20, 2014
KidZania Kuala Lumpur Sambut Ulang Tahun Kedua
Pernah tak pergi Kidzania Kuala Lumpur?
saya tak pernah pergi pon selama kini..
Haziq siap dah dua kali pergi Kidzania..
dah pergi dua kali tu pun anak saya si Haziq ni ajak pergi lagi ke Kidzania ni..
alasannya nak bawak adiknya Ziyad untuk merasai kegembiraan berada dalam Kidzania.
eh tahu tak Kidzania Kuala Lumpur telah
Dicalonkan Taman Tema Kanak-kanak Paling Popular di Malaysia,
Dengan Hampir Sejuta Pengunjung sejak 2012
Dengan Hampir Sejuta Pengunjung sejak 2012
boleh tak saya anggapkan orang Malaysia ni kaya-kaya.. dapat bawak anak mereka masuk Kidzania.
uii tiket nye pun bukan nye murah kan.. mahal gak.
kalau untuk saya satu famili punya harga tiket, kene ada RM165.. hewhewhew..
Dewasa Warganegara Malaysia (umur 18-59)= RM35kanak-kanak Warganegara Malaysia (umur 4-17) = RM60kanak-kanak (umur 2-3) = RM35pengsan gakkk.. bayar ratusan untuk beli tiket.
pada 6 Mac 2014 yang lalu, Kidzania Kuala Lumpur, malaysia telah mengadakan sambutan
Ulang tahunnya yang kedua bersama rakan kongsi industri, kanak-kanak dan ibu bapa dengan tema sambutan ‘All Good Things Come in 2s’! Woohooo!!
Sempena ulang tahun kedua KidZania, 200 pengunjung pertama diberi tiket masuk percuma manakala pengunjung berikutnya diberi diskaun 40% daripada harga tiket biasa. Persembahan istimewa oleh Beaming Strings Ensemble dan KidZania Kuala Lumpur Artistic Percussionists serta 200 pek majlis berisi bertih jagung dan barang dagangan eksklusif untuk kanak-kanak yang datang pada jam 2:00 petang untuk memeriahkan lagi suasana
Pada majlis tersebut, pemenang peraduan video sempena ulang tahun kedua KidZania Kuala Lumpur juga diumumkan. Pemenang hadiah utama, Emily Gunn Shian Mum, 11 tahun, dari Petaling Jaya dan Lau Hau Shien, juga 11 tahun, dari Klang, menerima hadiah percutian yang dibayar penuh untuk empat orang setiap satu ke KidZania Dubai bernilai RM25,000.
Majlis sambutan ulang tahun kedua ini dipengerusikan oleh Gabenor KidZania Malaysia, Yang Mulia Tunku Dato’ Ahmad Burhanuddin, yang juga Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Themed Attractions and Resorts Sdn Bhd, Encik Andrés Fabre, Ketua Pegawai Operasi Global KidZania Central Government, diiringi Encik Mohd Daud Mohd Arif, Setiausaha Bahagian Pembangunan Industri, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (MOTAC) dan Tuan Haji Zainuddin Abas, Pengarah Bahagian Ko-Kurikulum dan Seni, Kementerian Pendidikan Malaysia bagi merasmikan upacara memotong kek.
Satu tinjauan Children Career Survey of Malaysia[1] baru-baru ini yang mendapati kanak-kanak sekolah di Malaysia berumur 7 hingga 14 tahun bercita-cita menjadi pelakon, guru, doktor, model dan chef. Karier lain yang menjadi idaman adalah perisik, pembuat coklat, pemandu pelancong, pereka fesyen dan penyampai TV. Kesemua ini merupakan profesion yang boleh dirasai di KidZania Kuala Lumpur.
“KidZania Kuala Lumpur membolehkan kanak-kanak merasai lebih 100 pilihan karier dan platform kami yang berasaskan realiti adalah efektif dan popular. KidZania Kuala Lumpur terus menjadi pilihan kanak-kanak dan ibu bapa dan diiktiraf oleh industri. Tahun lepas, kami memenangi anugerah Best Experience for Kids di majlis anugerah Best of Malaysia Awards (BOMA) 2013 oleh majalah Expatriate Lifestyle dan Anugerah Gangsa untuk kategori “Best Online Driver” untuk kempen “Kids for a Greener World” di majlis anugerah Marketing Events Awards 2013,” kata Tunku Dato’ Ahmad Burhanuddin.
Dengan lebih 950,000 pengunjung sejak 2012, pusat didik hibur ini berhasrat untuk bekerjasama rapat dengan Kementerian Pelancongan Malaysia dalam usaha mempromosi Malaysia sebagai destinasi pelancongan yang ideal bagi pengunjung tempatan mahu pun luar negara. Kerjasama juga sedang dirancang dengan Kementerian Pendidikan Malaysia bagi memperkenalkan kanak-kanak sekolah kepada pelbagai karier secara role-play.
Jadi apakah yang boleh dijangka daripada KidZania pada tahun 2014?
“Lebih banyak program pendidikan dan hiburan akan diperkenalkan bermula Mac dan kami akan bekerjasama rapat dengan sekolah-sekolah dalam program ini. Program tersebut adalah seperti KidZania CongreZZ, satu platform untuk kanak-kanak mengutarakan pandangan demi kebaikan komuniti KidZania, dan Kids for a Greener World, satu acara tahunan yang memberi inspirasi dan menguasakan kanak-kanak dan orang dewasa agar lebih prihatin terhadap alam sekitar. Pendek kata, lebih banyak keseronokan, lebih banyak profesion, lebih banyak cabaran kehidupan sebenar yang menanti kanak-kanak dengan perspektif dan pandangan yang unik,” jelas Tunku Dato’ Ahmad Burhanuddin.
boleh ke https://www.kidzania.com.my/ untuk info lanjut
Alamat :Curve NX, No. 18, Jalan PJU7/5, Mutiara Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor
Tel No. : 1-300-88-5439
Wednesday, March 19, 2014
#WW - Password Expired
paling tak best bila kene set password baru..
jenuh nak mikir nak letak password apa.. hewhewhew..
Friday, March 14, 2014
Menang Mega Giveaway Intan berlian
dapat parcel dari Pos Laju..
yey!! hadiah saya menang Giveaway Intan berlian haritu dah sampaii..
suka suka sukaaa sangatt..
saya menang cabutan ke 6
dapat sehelai jubah cantik gojes dari Jubah Gorgeous.
terima kasih ZarIna Naniey!..
ni jubah yang saya menang,
kalau nak lagi detail boleh terus pergi kat page Jubah Gorgeous,
ada banyak lagi pilihan jubah-jubah gorgeous kat sana..
biar model yang cantik je kasik post gambo jubah yg saya menang tu kat sini eh...
nak tunggu tuan tanah possing kan jubah ni,
kene tunggu diet kurus menjadik, baru boleh pakai.. hewhewhewhew...
*sekarang tuan tanah tgh mengalami masalah pertambahan inci lemak
Packed Food @ Bento
Salam Jumaat.
pagi tadi, saya bekalkan haziq Mihun goreng.
haziq sekarang bawak bekal makan (aka Bento) untuk sekolah petang aje..
dia tak nak makan bekal ibunya waktu sekolah pagi.
kate haziq, dia nak beli makanan aje kat sekolah agama (sekolah pagi)
katenye lagi, hari-hari dia nak beli dan makan nasik lemak tersedap di dunia..
huihh HOVER nau Haziq puji melambung nasi lemak acik kantin sekolah pagi nya.
paling tak menahan,
sempat lagi haziq kondem nasi lemak ibu masak pun tak sedap macam nasik lemak kantin sekolah agama.
sentapppp hati mak.. NAkkkk.... huwaaaaa!!!!!
tapi tak pe lah haziq..
haziq makan le nasi lemak acik kantin yang tersedap di dunia tuuu..
ni ibu masakkan haziq Meehoon Goreng ibu yang terlazat di dunia
dah jadi menu rutin wajib haziq hari-hari dah Mihun ni.
nak bekal kan nasi ke roti ke.. haziq cakap tak cukup masa nak makan.
haziq sendiri yang minta bekalkan dia mihun aje hari-hari.
sebagai penambah selera,
saya tambah telur ayam rebus sebiji, 3 biji fishball yg di rebus juga.
pastu satu pek sos KFC utk penambahan perisa.
*pandangan dekat
*dari pandangan jauh sikit..
*siap untuk bi bekal.
yang ni lak, nasi lemak yang ibu masak hari-hari untuk jualan..
walaupun anak saya si Haziq cakap nasi lemak ibunya tak sedap..
syukur alhamdulillah, bisnes nasi lemak saya masih berjalan lancar.
buat julung kalinya, saya reveal kan bisnes nasi lemak saya kat dalam blog ni..
hehehe.. tahun ni dah nak masuk tahun kedua dah saya ni ber bisnes packed breakfast.
baru nak belajar-belajar berniaga.., sambil-menyambil kate orang..
rutin harian saya memang tak cukup masa dan rehat sebenarnya..
tapi insyaallah saya akan buat yang terbaik selagi sihat dan bertenaga, Doakan saya ya!! tenkiuuu...
pagi sebelum pergi kerja saya masak packed breakfast,
malam-malam / hari cuti saya amik upah jahit tudung.. hahaha.. over gak nak jadi superwoman kan..
*menjahit tempahan di waktu rehat di pejabat
Menu utama bisnes packed breakfast saya mihun dan nasi lemak.
saya letak mihun dgn nasi lemak tu kat stesyen minyak.
haziq sorang je cakap tak sedap.. mencikk tau!!
cakap je la dah jemu makan nasi lemak ibu masak.
ni cakap tak sedap pulak.. sabau je la anak ibu nii...
Monday, March 10, 2014
Solat Cara Duduk
Mode saya hari ni masih lagi memikirkan kehilangan pesawat MH370.
tapi dek kerana pinggang saya sakit,
lalu saya rasa tak berapa mampu untuk solat berdiri seperti biasa.
Bila google punye googled cara solat Duduk.,
Maka terjumpa la satu gambar mengenai Solat Duduk ni..
yang bagus untuk di kongsi bersama.
Still hoping the miracle will happen for our MH370 aircraft.
#PrayForMH370
Sunday, March 9, 2014
Identiti dua penumpang MH370 dengan pasport palsu sudah dikenalpasti
Malaysia Airlines (MAS) MH370 dengan pasport palsu telah dikenalpasti
dan dihantar kepada agensi risikan Malaysia dan antarabangsa
tetapi tumpuan utama masih diberi kepada pencarian pesawat malang itu.
Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein
Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein
berkata pihaknya mempunyai rakaman CCTV yang memaparkan dua individu tersebut.
Walaubagaimanapun, beliau berkata kewarganegaraan
Walaubagaimanapun, beliau berkata kewarganegaraan
kedua individu tersebut tidak dapat didedahkan kepada umum.
“Saya tidak mahu mendedahkan apa-apa maklumat yang boleh
“Saya tidak mahu mendedahkan apa-apa maklumat yang boleh
menjejaskan siasatan seperti ini kerana ia melibatkan ancaman keselamatan.
“Tunggu sehingga maklumat lanjut boleh didedahkan tetapi tumpuan kami
“Tunggu sehingga maklumat lanjut boleh didedahkan tetapi tumpuan kami
adalah untuk mencari pesawat,”
katanya semasa satu sidang media di Hotel Sama-Sama, KLIA.
Sebelum ini, Jabatan Penerbangan Awam (DCA) mengesahkan
Sebelum ini, Jabatan Penerbangan Awam (DCA) mengesahkan
hanya dua pasport dicuri yang digunakan penumpang MH370
bukan empat seperti yang dilaporkan sebelum ini.
Menurut Ketua Pengarahnya, Datuk Azharuddin Abdul Rahman,
Menurut Ketua Pengarahnya, Datuk Azharuddin Abdul Rahman,
pengesahan dibuat berdasarkan rekod rakaman kamera litar tertutup (CCTV)
di kawasan pemeriksaan balai berlepas
Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Sementara itu, Hishammuddin berkata laporan bahawa beberapa serpihan pesawat
Sementara itu, Hishammuddin berkata laporan bahawa beberapa serpihan pesawat
yang ditemui di luar pantai Timur Barat Malaysia masih tidak disahkan lagi.
“Saya tiada maklumat terkini tentang serpihan itu.
“Saya tiada maklumat terkini tentang serpihan itu.
Peganglah pada apa yang kita maklumkan secara rasmi,” katanya.
Ia dilaporkan bahawa pegawai kanan Pentadbiran Penerbangan Awam China, Li Jiaxiang berkata,
Ia dilaporkan bahawa pegawai kanan Pentadbiran Penerbangan Awam China, Li Jiaxiang berkata,
serpihan terbabit ditemui di kawasan longitud 103.29 darjah timur dan latitud 6.42 darjah utara.
Satu lagi laporan menyebut bahawa serpihan itu konsisten
Satu lagi laporan menyebut bahawa serpihan itu konsisten
dengan satu gambar serpihan yang diambil oleh seorang penumpang
yang menaiki sebuah lagi pesawat Malaysia Airlines dari Beijing ke Kuala Lumpur,
yang telah mendarat pada pagi Ahad.
Gambar-gambar tersebut dikatakan sebagai imej serpihan yang terapung di permukaan laut,
Gambar-gambar tersebut dikatakan sebagai imej serpihan yang terapung di permukaan laut,
selepas 90 minit perjalanan dari Kuala Lumpur.
berita ni saya copypaste dari #AstroAwani
bila dah masuk hari kedua hari ni..
tak dapat nak tahan rasa sebak di hati bila tengok berita,
apabila membayangkan mangsa-mangsa yang terbabit dalam kehilangan pesawat ini..
kalau lah mereka masih hidup entah macamane la keadaan mereka sekarang ni..
jauh disudut hati saya masih lagi mengharapkan keajaiban berlaku.. #PrayForMH370
berita ni saya copypaste dari #AstroAwani
bila dah masuk hari kedua hari ni..
tak dapat nak tahan rasa sebak di hati bila tengok berita,
apabila membayangkan mangsa-mangsa yang terbabit dalam kehilangan pesawat ini..
kalau lah mereka masih hidup entah macamane la keadaan mereka sekarang ni..
jauh disudut hati saya masih lagi mengharapkan keajaiban berlaku.. #PrayForMH370
Saturday, March 8, 2014
Pesawat MH370 hilang
salam sabtu..
pagi ni kita dikejutkan dengan berita pesawat MAS MH370
Telah hilang/terputus hubungan dengan menara kawalan trafik udara Subang
kira-kira jam 2.40 pagi tadi.
MH370 yg dalam perjalanan KL-Beijing berlepas dari KLIA
kira-kira pada jam 12.41 pagi tadi yang
membawa seramai 227 penumpang termasuk 2 orang bayi dan 12 anak kapal
sepatutnya dijangka mendarat ke Beijing pada jam 6.30pagi.
tetapi pesawat itu tidak mendarat pada waktu jangkaan mendarat itu.
pihak MAS telah menafikan dakwaan pesawat itu selamat mendarat di Nanning,China.
China melaporkan tiada laporan pesawat terhempas
diperairan China dilaporkan setakat ini.
pihak MAS telah bekerjasama dengan pihak berkuasa yang mengaktifkan pasukan mengesan dan menyelamat pesawat yang hilang ini.
orang ramai boleh menghubungi talian 03-7884 1234 untuk maklumat lanjut.
oleh itu marilah kita berdoa bersama -sama supaya pesawat itu dijumpai dengan keadaan yang selamat.
p/s: tiba-tiba saya terbayang cerita Con Air yang Nicholas Cage berlakon
jadi banduan.. huhuhuhu...
Wednesday, March 5, 2014
#WW-Tuna Salad Croissant
Breakfast saya hari ni
Tuna Salad Croissant
beli kat De Brio Cafe.. wahhh curlass name cafenya..
harganya RM4.50,
portionnya agak besar dan padat. kene lah dengan regenye..
Dannnnn,,,....dah selamat dah ponn dalam perot..
alhamdulillah kenyang.
Tuesday, March 4, 2014
Florentine Nougat Candy
fenomena kuih-kuih, biskut-biskut dengan nama-nama hebat, moden lagi terkini
banyak betul sekarang ni kan..
saya pun gatal-gatal juga la mencuba sendiri resepi-respi yang moden.
bila google-google resepi.
Eh!Eh! macam senang aje..
sebulat yakin tekad nak buat sendiri
Florentine Cookies.
dek kerana buat sendiri.. ikut suka saya je ubahkan Florentine Cookies,
terus bertukar buatkan dia Florentine Nougat Candy..
sebabnya saya buatkan ia dengan tebal dan penuh dengan isi.
sesuka hati saya je ubah sana sini ikut suka..
ape lagi..kan,
ajak en. abah pegi beli barang-barang bahan-bahannya..
balik rumah, tidurkan Ziyad.
Zasss! kung kang kung kang kat dapur.
Bahan-bahan saya,
Tepung Florentine harga RM19 utk 500grm
saya guna setengah je dari tepung tu..
maknanya cuma 250grm tepung aje yg saya guna
pastu saya ambik hirisan badam 250grm.
dan juga 250grm biji labu
*3 gambar di atas ni bukan gambar saya sendiri.. ketiga² diatas adalah hasilan Google. Tq sangat!
utk resepi ni.. saya guna badam dgn biji labu je.. bijan hitam lupe nak beli..kekekeke..
Cara membuatnya:
hirisan badam dan biji labu di bakar sekejap untuk 5 minit menggunakan suhu 150◦c
campurkan tepung florentine, hirisan badam dan biji labu tu dalam satu bekas.
gaulkan kesemua sampai semuanya dah mesra.
Saya ambik aluminium punya bekas ni, tuangkan semua adunan tu.
ratakan dengan senduk.. Kemudian tekan adunan tu untuk padat-padatkan.
masuk dalam oven, bakar selama 8 minit. Guna suhu 200◦c.
bila siap je 8 minit tu, keluarkan dan boleh terus di potong masa ia masih panas tu.
kalau potong mase sejuk, alamatnya pisau pun patah.. hahahaha..
bila ia siap di bakar, saya terus potong-potongkan ia.
sesudah dipotong, sedia kan ke dalam mangkuk/pinggan
dan siap sedia untuk di makan..
nyummmsss! haziq sebagai model Florentine Naugat Candy ibu..
Subscribe to:
Posts (Atom)